Wednesday, 30 November 2011

~Miker nak droghyan~

Assalamualaikum...

Korang...Hidy teringin nak makan durian. Tapi hidy tak tahu beli. Takut nanti beli mangkor macam aritu..huhu..


Aduh...sedapnya...dah terliur da ni..

Lepas ni nak pergi pasar malam..Harap-harapla ada orang jual..


~Selamat Hari Lahir ke-25~

Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir hidy ucapkan buat si dia. Moga dengan meningkatnya usia si dia, akan mematangkan lagi dirinya. Tiada apa yang mampu dy berikan, tapi hidy doakan agar si dia sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki. Amin.





P/S: Coklat wakil utusan dy untuk awak..=)

Tuesday, 29 November 2011

JOM join SEGMEN| 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat !!

Assalamualaikum...

Hello readers...hidy telah ditag oleh En. Lan kita ni untuk join segment Cik Bolat ni seperti banner di bawah.



Banyak juga perkara pelik tentang hidy ni, but hidy tak pasti ianya pelik bagi korang ataupun tidak. Jom lihat rahsia identiti yang bernama Miss Hidy ini...(^_~)...


1. Kalau korang semua nak tahu, dalam family hidy, hidy seorang je yang panggil IBU, adik-beradik hidy yang lain semua panggil MAK. Nampakkan kepelikkan hidy ni...huhu..Masa kecik2 dulu pernah tanya gak, hidy ni anak angkat ke, mestilah takkan..=)..Bagi hidy panggil ibu tu nampak lagi lembut dan terus sampai ke hati...chewah..=P

2. Dalam family hidy juga, hidy seorang yang lahir 25hb, but 3 lagi adik-beradik hidy semua lahir 4hb. Nampak lagi macam pelikkan. Pandai betul ibu hidy bajet nak lahirkan 4hb..Dan hidy seorang jer yang nama bermula huruf H, yang lain semua S..huhu..Pelik sangat le kan..

3. Hidy seorang  yang jenis, kalau hidy nak sesuatu benda hidy akan dapatkan juga walau dengan apa cara pun. Selalunya parents hidy akan tunaikan juga semua permintaan hidy. Sian adik beradik yang lain, diorang takkan dapat apa yang diorang nak on the spot macam hidy. If i wish to have handphone, ibu n abah hidy akan terus belikan. Anak kesayangan la katakan..(^_~)..No la..mungkin hidy ni pandai bodek@emoi parents hidy. tue yang terus dapat tu..=)



4. Hidy juga jenis yang tak suka member2 pinjam barang hidy @ pape yang berkaitan milik hidy. Maybe macam kedekut kan. Tapi hidy tak suka kalau diorang pinjam dan susah sangat nak pulangkan semula dengan erti kata dalam keadaan yang baik. 

5. Hidy juga tak suka pakai baju yang sama dengan orang lain. Contohnya macam hidy pakai baju kurung dan tiba2 ternampak ada orang pakai baju yang sama dengan hidy, hidy lebih rela balik tukar baju lain..hehe..Malu seh..citarasa sama dengan orang lain. =P

6. Yang paling pantang bagi hidy adalah kalau orang tue tidak bersih atau jenis yang suka sepah2 barang. Pernah masa study dulu, hidy rimas rumate hidy punya katil dan meja study berselerak. Hidy lebih rela kemaskan barang dia daripada sakitkan mata hidy. Kan tenang mata kita bila tengok semuanya dalam keadaan teratur.

7. Kalau lipat baju dan sidai baju, hidy lebih suka specify kan diorang. Misalannya macam sidai tudungkan, hidy akan sidai semua tudung hitam dulu, then tudung warna yang seterusnya. hehe...Kalau lipat baju pula, kalau baju t-shirt lengan pendek dengan lengan pendek je, panjang dengan panjang dan hidy akan make surekan setiap segi baju yang dilipat tue semua sama jer. So bila kita letak dekat rak nampak kemas. So tak berserabut matakan..

8. Kebiasaanya kalau hidy nak kemas rumah, hidy lebih suka takde sesiapa dalam rumah tue masa hidy mengemas. Sebabnya, bila hidy dah kemas ruang tamu, bila tengah nak kemas dapur, keluar balik tengok ruang tamu tu dah berselerak balik. Tension jadinya kalau macam tu..hehe

9. Kalau hidy nampak budak perempuan dan lelaki, hidy lebih cenderung nak layan budak lelaki sebab diorang memang sangat comel dan memang hidy memang suka budak lelaki. If kahwin nanti harap2la dapat anak lelaki dulu..hehe..tapi sebenarnya tak kisah pun..(^_~)...

10. Hidy cemburu tengok kawan2 hidy yang jadi doktor. Rasa macam nak jadi macam mereka, tapi hidy geli tengok darah banyak2 dan hidy tak rasa hidy mampu nak study medic kan. So, terima sahaja dengan menjadi seorang chemist pun dah berbaloi.

Adakah pernyataan di atas ada yang pelik bagi anda? Mungkin tak pelik bagi korang but for me, macam pelik jugala kan..


So, dekat sini, hidy nak tag Atie Zakaria, Cik Tikah dan Alya

Jom bersama-sama menceritakan kepelikkan anda...=P



Monday, 28 November 2011

~Salam MaalHijrah 1433~

Assalamualaikum...




Selamat Tahun Baru, Salam MaalHijrah 1433. Alhamdulillah bersyukur kita sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas menyambut tahun baru bagi umat islam. Moga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua akan menjadi yang lebih baik daripada diri kita sebelum ini. Insyaallah. Amin.

Hidy tahu hari ini hampir semua pekerja sedang berehat-rehat di rumahkan. Alangkah bahagianya kalau kilang hidy ni pun cuti juga, Tapi jawapannya haruslah tidakkan. Demi sesuap nasi hidy teruskan juga bekerja pada hari ini. (padahal memang takde cuti pun..huhu)...

Hidy drive dari rumah tadi dalam pukul 6.30 pagi, agak sedikit kehairanan pada mulanya kerana jalan tersangatlah lengang, heaven jer waktu drive tadi tanpa perlu tergopoh gapah. Rupanya baru teringat hari ini cuti umum, dengan ,mata yang masih kengantukkan hidy pun drive la juga untuk menuju ke Sungai Siput.

Korang pernah kena speed trap tak? Hidy ni tak tahulah pernah kena ke tak, tapi hidy memang bawa kereta laju, semalam BFF hidy cakap jalan Ipoh-Lumut tu ada speed trap, ramai orang kena. Tapi macam pelikla, jalan dekat situ memang clear habislah kalau nak bawa laju. Hidy pun terpengaruh nak drive laju2 sebab semua orang bawak speed lebih drp 100km/j..hidy paling tinggi pun boleh lari 120 km/j..Kalau malanglah nasib hidy, haruslah dapat surat cinta nanti. Harap-harap janganlah kan. So, siapa dekat sini yang pernah kena? Mahal tak saman dia? huhu...rabak poket hidy lepas ni..

Ok2..tak nak cerita yang sedih2 dah. Sempena dengan tahun baru ini, hidy berazam untuk menjadi seorang yang bijak berbelanja dan pandai menabung. Hidy ni boleh dikatakan species yang boros, yela..selagi ada duit, selagi tuelah nak belanja. Harap2 hidy lebih bijak menguruskan kewangan hidy dan tidak terlalu mengikut kehendak daripada keperluan hidy sendiri. Semoga hidy akan berjaya. Amin.

Macam mana dengan azam korang pula? Moga2 kita semua berjaya merealisasikannya kan. Insyaallah...

K la, will update later k...Bye2x..(^_~)V




Saturday, 26 November 2011

~Semuanya Selesai~

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Semua....Hari ini hidy rasa gembira sangat sebab hari ini adalah hari Sabtu. Makanya hidy akan pulang ke kampung. Seronoknya. Bila bersama family hidy langsung tak ingat pasal kerja dan akan memanfaatkan cuti hidy yang hanya 1 1/2 hari sahaja. Bolehlah daripada tak ketemu dengan ibu tersayangkan. =). Kini hati hidy pun dah tenang. Silap hidy juga sebab selama ini ego mengatasi diri hidy ni. Setiap orang ada ego masing-masing. Tapi kita kena tahu juga nak gunakan ego itu waktu bila. Tak salah kalau kita ketepikan ego kita untuk sesuatu yang menyenangkan kita kan. (^_~)V...

Hidy ni memang, kalau dah terasa sikit memang kuat merajuk. I`m too sensitive. Tapi sensitif dengan orang yang rapat dengan hidy jer. Dan hidy kalau tak dapat apa yang hidy nak pun hidy akan mogok. huhuhu..Buruk betul perangai. Ok just ignore about myself  k..

Oklah korang, hidy baru nak breakfast ni. Nanti hidy update lagikan. Bye2x..=)

Selapang-lapangnya hatiku..(@)_*)V


Friday, 25 November 2011

~I hate this kind of feeling~

Assalamualaikum...

Hye bloggers...Hope today is more shiner than yesterday. Lately i just  feel lonely and i think i missing something but i`m not sure what it is. Is my ego on me? Even my feeling is unstable right now i hope i will doing my job perfectly and do not let it affect my work. (yurp..i`m completely miserable..T_T)...

I`m telling myself no more tears after this because i want to be a strong person. If i got the chance to prove it, i will do it. But it seem happened to me then... sigh*..

5 years???? nothing is valuable with the number right?. Silence can heal the problem. Sounds right. I just want to make a surprise for you but it goes wrongly. Perhaps i got my best friend here to let it out. 

When i`m in miserable situation i love to speak in this kind of language. Maybe i should hide in the cave i think. huhu

P/S: Just give me time to think about it..I know you read this. Time, please going faster..





Thursday, 24 November 2011

~Deep in My Heart~

Deep in my heart...

I know you are for me....

I know you are the best for me..

I know you will give everything for me...

I know you will always in my side...

I know you will loving me forever...

But I want you to know...

You are the only person i need in my life..





~I wish i could help them~

Assalamualaikum..

There are a lot of things in my mind right now and unfortunately i cant make it. I wish i could help them and let them happy without worries any single things in their life. Please God, show me the way and i will do it. I`ll promise i will be the best for both of you. Give me some time.






~Kembali Sibuk~

Assalamualaikum...

Hye korang!!! Hidy hari ini berasa sedikit nervous sebab lepas lunch nanti bos hidy masuk ofis. Habislah hidy lepas ni. Mahu pecah kepala nak setelkan semua produk2 baru ni. (%$##$_*&). Ditambahkan pula dengan segala report yang bertapuk hidy buat derk jerk semasa beliau tiada..Yer betul..siapa suruh cari pasal. MALAS memang membawa MALANG!!!!



Mood: Undefined

~Anugerah Yuna Ditarik Balik??~

Assalamualaikum.....

YUNA...kewibawaan AIM terjejas
YUNA...kewibawaan AIM terjejas
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.
Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.
“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.
Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.
Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.





P/S: Tindakan seperti ini tidak wajar berlaku bagi hidy. 


Wednesday, 23 November 2011

~I LOVE KARIPAP SO MUCH~

Assalamualaikum....

Hye semua!!! Petang ni hujan lagi tak dekat tempat korang? Dekat tempat hidy ni hujan baru nak bermesra dengan tanah. =P...

Ok korang tengok tak tajuk entry hidy kali ni? Siapa yang suka karipap sila angkat tangan macam hidy..(~_^)V...Hidy mengaku yang hidy adalah insan yang sangat menggemari karipap terutama sekali karipap sardin...Walaweh!!!! Sedap kot. Tapi jaranglah nak jumpa orang jual karipap sardin ni disebabkan sardin amatlah mahal sekarang. Korang percaya tak sekarang ni sejak hidy dah jumpa gerai yang jual karipap PANAS+++ SEDAP, lunch hidy hanya dengan makan karipap jer. Hidy selalu beli RM2 karipap setiap hari. Lebih daripada ini pun hidy boleh makan tapi tak boleh sangatlah makan banyak2 sebab nanti gemuk....=)....

Malang sekali hidy tak pernah belajar nak buat karipap ni sebab memang tak da masa kan. But hidy akan belajar juga buat karipap ni satu hari nanti..(^_~)....

Time hidy belajar dekat USM, karipap dekat cafe siswa memang meletupla..Bila kita makan masa panas kita boleh rasa kentang dia melt dalam mulut kita. Wow!!! Sedap sangat..Setiap kali kalau lecture habis pukul 10 memang ramailah orang dok cari karipap dekat cafe siswa ni. Selalu sold out kalau lambat. Rumate hidy, Hannah dah tahu dah perangai hidy kalau dapat makan karipap ni..=)..Tapi tak tahulah bila lagi hidy dapat rasa karipap cafe siswa USM ni? Ada saper2 budak USM pernah rasa karipap dekat situ?? What do you think???..



Ni karipap pusing..=)



Ni karipap selalu orang buat..=)


P/S: Siapa rasa dia pandai buat karipap meh hantar sikit dekat hidy..=)





~WORDLESS WEDNESDAY~


Assalamualaikum....






P/S: Apa maksud semua ni???..T_T



Tuesday, 22 November 2011

~Post Memikat Hati!!!~



TEAM MALAYSIA Hebat kerana MALAYSIA ada


seorang MUSLIM, ada seorang THAMIL


ada seorang GURUdan yang penting TEAM MALAYSIA 


ada KHAIRUL FAHMI CHE MAT yang sentiasa CERMAT


menangkap bola dan MALAYSIA juga ada 


BADDROL BAHTIAR yang sentiasa 


BERIKTHTIAR menjaringkan gol dari


 jarak jauh,


dan yang paling hebat...


MALAYSIA ada ONG!!!!


(ONG KIM SWEE)



P/S: hidy jumpa post ni dekat facebook kawan hidy...Comelkan..(^_~)
       
       mintak share..=)



~Harimau Muda Membaham Sang Garuda~

Assalamualaikum....





Hye Peeps!!! Perasaan penuh semangat pada hari ini. TAHNIAH hidy ucapkan kepada Skuad Negara Pasukan Bola Sepak kerana telah memberi satu lagi pingat emas kepada kepada Malaysia setelah menumpaskan Indonesia dengan 5-4...(^_~)V...

Kedua-dua pasukan bermain dengan begitu hebat sehingga masih terikat 1-1 walaupun diberi 30 minit masa tambahan. Sepakan penaltilah yang memberi peluang kepada Malaysia untuk menang pada malam tadi. Kehebatan pemain-pemain negara amat membanggakan dengan semangat sepasukan yang kita boleh lihat dengan corak permainan mereka. Kehebatan Khairul Fahmi juga telah menyelamatkan gawang gol negara kita.

Tahniah sekali lagi hidy ucapkan kepada mereka. =)


Mereka melonjak kegembiraan..=)


P/S: Semoga perlawanan menentang Syria nanti juga membanggakan...=)


Monday, 21 November 2011

~Harimau Malaya Mengaum Lagi Malam Ni!!!!~

Assalamualaikum...

Selamat Petang semua di sana..Macam mana dengan hari anda hari ini? Awesome kan?? But not for hidy. Hurmm..Hidy masih lagi dalam keadaan yang tidak sihat dan anak tekak ini mula menari2 di dalam kerongkong hidy ni..Gatal seh....Ok...that`s not the point..

Hidy confirm, malam ni mesti ramai orang terpacak depan tv untuk melihat perlawanan akhir bola sepak kan? Oh tidak..MALAYSIA akan bertemu semula dengan INDONESIA  sekali lagi. Pada perlawanan yang lepas pun kita semua boleh tengokkan cara pihak lawan main. Sangat kasar dan tidak mustahil malam ini juga mereka akan bermain kasar. Hidy harap skuad negara kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan mereka. 

Pertembungan 2 negara ini seakan-akan 1 pertembungan yang amat dasyat hidy rasa. Yela, skuad negara kita siap naik Baracuda..Memang keselamatan mereka diambil berat. Baik kita mengambil langkah berjaga-jaga sebelum apa2 terjadikan...

Hidy xnak cakap banyak2 sebab hidy bukan berapa tahu sangat pasal bola sepak ni. Apa yang pasti, hidy berharap malam ini kemenangan milik kita. Moga HARIMAU MALAYA mengaum sehabis baik!!!! Semoga mereka semua selamat...Amin...


baracuda SKUAD HARIMAU MUDA DIKAWAL SELEPAS KELUAR STADIUM
Skuad negara menaiki Baracuda..



P/S: Tengok Bola Sambil Makan Kuaci..Terbaik!!!!..(^_~)

~My 1st Smartphone~

Assalamualaikum....

Selamat pagi korang..(^_~)....

Wah...Hari ini kita semua mulakan minggu yang barukan? So, hidy harap korang jangan ada monday blue pula hari ini..hehe...Yela..manalah tahu masih berada dalam mood cuti lagi. Hidy harap hari ini akan buatkan permulaan minggu hidy yang baik. Harap2lah lepas bos hidy balik dari oversea dia tak bagi keja membukit. Haruslah hidy pengsan dekat situ nanti..hehe...=P

Ok2..Berbalik kepada tajuk hidy. Hidy rasa korang mesti tahu kan hidy baru jer beli handphone baru. So, kali ini hidy beli SMARTPHONE...Sekarang ni macam2 smartphone ada, yang bezanya dari segi brand sama ada nokia, samsung, sony dll...Yang paling membezakan adalah harga setiap satu smartphone. Sekarang ni 
tengah famous Samsung Galaxy SII...Wah...haruslah kan orang yang guna phone banyak gila duit. Nak dekat RM2K tu korang...tak mampuler teman jawabnyer...huhu.. Baik hidy beli notebook...hehe

Hidy beli smartphone murah jer..SAMSUNG GALAXY W (Wonder)...Yela..hidykan nak jadi wonder woman...hahahahaha..ok im just kidding...Disebabkan ini pertama kali hidy guna smartphone, hidy rasa macam...wah!! pun ada..hurm!! pun ada...arggghhhh!!! pun ada...Nak tahu kenapa?? Sebab wah!!! adalah kerana hidy dapat phone yang siap ada GPS so lepas ni confirm hidy tak sesat dah..hehe..hurm!! pula sebab hidy rasa macam lecehlah nak taip touchscreen ni mula2...lain tekan, lain yang timbul..hehe...Pasal aaarggghhh!!! pula sebab hidy memang tak berapa nak tahu pasal function smartphone ni. Yela nak wat ringtone message pun hidy pergi kedai tanya semalam...hehe...Buat malukan...Nampak sangat tak reti guna...=|....Biasalah tue...Kitakan belajar daripada pengalaman..(^_~)V...Peace yorr..

Now, hidy still lagi mengexplore function2 dalam smartphone  ni. Banyak lagi kena belajar. android??? hah...itulah lagilah tak berapa nak tahu..Takpe..hidy slow2 belajar...hihi....Terlampau banyak sangat berceloteh dan menyebabkan korang yang baca ni pun dah malas nak scroll down da..Ok2..hidy stop sampai sini..but layan pic dulu ea...=P


exactly like my phone..=)


Elegant white..=)


Credit to Mr G for pic..