Friday, 23 March 2012

KENAPA PASANGAN MEMILIH UNTUK BERPISAH?

Assalamualaikum...

Malam ini hidy macam nak kongsikan pendapat hidy mengenai percintaan yang putus di tengah jalan. Ramai kawan-kawan hidy yang berhadapan dengan masalah seumpama ini. Soalan yang terlintas di fikiran hidy ketika ini ialah KENAPA KEKASIH MEMILIH UNTUK BERPISAH?.

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi seperti ini? Tidak kira sama ada lelaki @ perempuan hidy rasa masing-masing pernah terfikir mengenai perkara ini kan? Apabila hidy tahu kawan hidy baru lepas putus dengan pasangan mereka soalan KENAPA KEKASIH MEMILIH UNTUK BERPISAH? terdetik di benak hati hidy.

 
Hati kita akan menafikan jika dia bukan orang yang kamu cari. Pintalah kepadaNYA,DIA maha mendengar..

Ada beberapa sebab yang hidy rasakan mengapa seseorang mengambil keputusan yang agak drastik seperti ini setelah bersama-sama mengharungi suka duka dalam percintaan.

1. Pasangan itu mula merasa ketidakselesaan dalam perhubungan

Walaupun hubungan yang terjalin telah bertahun-tahun pasti ada di mana situasi yang menyebabkan ketidakselesaan itu timbul. Dalam percintaan tidak semua pasangan menunjukkan sikap sebenar mereka 100%. Sikap yang agak jelas apabila pasangan itu mula mengelak apabila untuk dihubungi tidak kira sama ada mesej ataupun panggilan Apabila ketidakselesaan itu ada, maka jalan terakhir adalah mengakhiri sahaja perhubungan itu.

2. Pasangan kita ada orang ketiga

Situasi ini sering berlaku apabila perpisahan itu hadir. Tipulah kalau tiba-tiba sahaja pasangan kita berubah hati, sering mencari kesalahan kita walaupun kecil. Mesti ada orang ketiga yang mula menggoyah hatinya @ mencuit hati dia. Setiap orang mencari kesempurnaan dalam kehidupan tetapi hati yang telah diberi harapan agar sukar menerima hakikatnya. Jangan kita sakiti hati orang jika tidak mahu kita disakiti.

3. Pasangan kita tidak dapat memberi komitmen

Setiap yang bercinta semuanya mengimpikan hubungan itu berakhir dengan sebuah perkahwinan yang dihiasi dengan kasih sayang dan juga kebahagiaan. Jika kita telah bercinta bertahun-tahun lamanya akan tetapi pasangan kita tidak memberi sedikit pun  komitmen untuk menuju ke arah itu, mungkin kita akan rasa sedikit goyah dan mula memikirkan percintaan ini hanya sia-sia. Kebiasaanya apabila membicarakan soal komitmen ini, ia lebih tertumpu kepada kaum lelaki di mana mereka harus bersedia dari segi kewangan dan juga kerjaya. Kaum lelaki yang akan menjadi nakhoda dalam sebuah perkahwinan. Zaman sekarang ekonomi merupakan tunggak utama kebahagiaan sebuah perkahwinan.

4. Tidak mendapat restu keluarga

Setelah berusaha sedaya yang mampu tetapi masih tidak lagi mendapat restu keluarga pasangan kita mula merasakan perhubungan ini tidak akan kemana-mana kerana percaya tanpa restu keluarga sebuah perkahwinan itu tidak akan mendapat keberkatan. Tidak ingin merumitkan keadaan beserta pasrah dengan apa yang terjadi, pasangan itu percaya dengan takdir. Ada jodoh insyaallah tidak akan kemana. Indahnya percintaan jika semua orang gembira.

5. Pasangan masih tidak mahu berubah

Mungkin ada sikap pasangan yang tidak disenangi tetapi setelah dinasihati pasangan masih tidak berubah. Mungkin pasangan mula merasakan dia tidak akan ada masa depan yang bahagia jika sikap pasangan ini masih berterusan. Maka berpisah adalah jalan terakhir.

Banyak lagi sebab mengapa pasangan memilih untuk berpisah. Terlalu banyak yang hidy rasa tak mampu hidy kongsikan. Sedikit sebanyak hidy harap info ini dapat membantu mereka yang di dalam dilema sama ada ingin meneruskan perhubungan ataupun tidak. 

Bagi hidy, jika pasangan kita tidak dapat memberi komitmen seperti yang kita harapkan, janganlah kita sia-siakan masa kita. "Move on'".. Terdapat ramai lagi insan di luar sana yang boleh bagi komitmen seperti yang kita harapkan. Ramai yang mengatakan mencintai tak semestinya memiliki. Mungkin ianya benar tetapi selagi ada kemahuan untuk memiliki kita akan usahakan yang terbaik untuk membuktikan kasih sayang dan cinta kita kan? Jika ianya bukan jodoh kita maka redhalah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Simpan sedikit rasa sayang untuk diri sendiri agar kita tidak akan merasa sakitnya apabila kecundang dalam percintaan"

P/S: Let it go...Move on...Setiap orang berhak memilih...=)


 
Allah yang mengatur perjalanan hidup kita..Percaya kepadaNYA


Tuesday, 20 March 2012

AYUH MOTIVASI DIRI...

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...=)...Hidy nak share something daripada kawan hidy bagaimana nak motivasikan diri...=)


1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat




2. Senyumlah selalu kerana senyum itu satu sedekah...=)



3. Tidur yang berkualiti itu penting untuk kita.



4. Jangan membahayakan diri kita sendiri dan orang lain.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi



6. Sesekali hiburkan hati sendiri dengan melakukan perkara yang kita minati.



7. Tonjolkan penampilan diri yang kemas dan bergaya. Sesekali bergaya apa salahnya kan??...



8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan. Nanti jadi obes pula...



9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan hisap rokok yang membahayakan kesihatan...



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


Mari kita ubah diri kita agar menjadi lebih bermotivasi...=)

Saturday, 10 March 2012

~Debaran~

Assalamualaikum...

Hye semua..Debaran kian terasa dah setiap masa sekarang. Macam-macam debaran yang hidy rasa sekarang. Harap2 debaran ini akan berakhir pada minggu hadapan. Permudahkanlah urusan hidy. Insyaallah. Hari ini seperti biasa hidy akan balik ke rumah. Mungkin minggu hadapan family hidy akan datang rumah sewa hidy. Yela..Kan da cuti sekolah. Harap-harap ada kesempatan untuk hidy bawa family hidy bercuti. Sekarang ni takda masa sangat untuk hidy berlibur...huhu

Tak sabar nak hang out dengan teman-teman tersayang. Moga rezeki hidy dipermurahkan olehNYA. Insyaallah...Semakin berdebar bila memikirkannya. Okla..Will keep in touch ya..=)...






Thursday, 1 March 2012

~First Impression~

Assalamualaikum....

Selamat Pagi....(^_~).....

Macam lama sangat tak update entry...=)..Tak tahu nak update apa actually...Tapi pagi ni hidy dapat inspirasi nak update...chewah...memang tak boleh blah kan...=P...Hati sekarang ni tengah dup dap dup dap + excited segala...Memang betul kata orangkan..First impression memang memberi impak yang paling bermakna. Walaupun hanya daripada jauh kita masih boleh memberi macam macam atribusi terhadap orang tu. Termasuklah dengan diri hidy sendiri. 

Daripada jauh hidy nampak dia berjalan dengan penuh berwibawa. Terdetik dalam hati, tak mungkin fresh graduate yang berumur 23 bawah..Muka macam nampak matang. Mungkin keraguan ni disebabkan S/U cakap umur dia within 27..But dalam hati juga ada kata he belongs for someone..But dalam hati ada cakap juga..how about you try it....Wow....dah mulalah tukan hidy ni...=P...No la..hidy gurau jer...Tak salahkan kalau kita berkawan ramai ramai...Dapat tambah kenalan....

Tapi rasa macam seronok pun ada sekarang ni..sebab lepas ni tak perlu sorang2 dah sebab Allah dah hadirkan 2 orang kawan sebangsa hidy di sini...Alhamdulillah...Hidy taklah rasa kecil sangat diri ni...Yang paling best sekali..hidy salah seorang orang kepercayaan bos..=P....Macam tak caya pun ada kan..Tapi baguslah..bos hidy dah nampak kededikasian hidy bekerja...hoho...masuk bakul angkat sendiri ek...=)...

Okla...Hidy nak sambung buat kerja dulu yer...too many things i need to settle..too many....huhu

Keep in touch  yer...=)



Costumes are the first impression that you have of the character before they open their mouth-it really does establish who they are.

SMART