Klik Saya

Friday 27 April 2012

Huwaa!!!...Ketumbit...Sakit...

Assalamualaikum...

Hye korang...T_T....Sakit mata...rasanya mata hidy ni kena ketumbit...Hurm...Lama dah rasanya hidy kena ketumbit dulu..Tup2x..Jadi balik...Pagi semalamlah..bangun2 je mata rasa bengkak je..Sakit..Hari ini kebesaran dia makin menjadi2...

Semalam call ibu..ibu cakap tenyeh dengan bawang putih...Hidy dah try dah..Tapi rasanya makin membengkak adalah...Lepas tu hidy ada guna Eye Glo gak..Macam tak da kesan je pakai..Hidy tak sampai melarat macam dulu..Nak ruku` pun susah..Bangun pagi pun susah sebab kelopak mata melekat dek kerana tahi mata kan...huhu...

Korang pernah kena tak ketumbit ni? Sharela petua dengan hidy..T_T...baru ingat nak cuti2 4 hari ni...huhu


Huhu...hidy punya belah atas ketumbit dia..berat je mata hidy belah kiri ni...T_T


Wednesday 25 April 2012

My Transition Spectacles

Assalamualaikum...

Hye Semua....

Hari ini hidy da dapat dah spec mata yang hidy tempah hari tu..=)..Suka2x...Tapi kali ni hidy buat spec mata yang transition tu.. Rasanya korang pun tahu kot. Kalau mata kita terdedah dekat sinaran matahari automatik lense hidy akan berubah warna. Bolehlah feeling2x nak pakai spec mata hitam juga kan.

Tapikan lense hidy ni mahal sangatla. Untuk lense dia sahaja RM480.. Memang rasa macam...Aduh..rabak duit. Tapi bila memikirkan bukan selalu hidy tukar spec, so hidy pejam mata jela..

Baru mula pakai ni rasa macam pening2 lalat jugalah. Sebab spec mata hidy yang lama tu kan da bercalar. So power dia macam dah lari sikit. Okla..will update later..daa..=)


Wednesday 18 April 2012

Masa Berlibur Bersama Rakan...Bukit Tinggi...

Assalamualaikum...

Wah...Lama juga rasanya tak update blog. Hidy buka blog hari-hari tapi nak mengupdatenya..hurm...semangat M tu menebal sangat tau.. Hari tu hidy cakap hidy nak pergi bercuti dengan bff  hidy kan.Jom hidy nak share sikit percutian singkat hidy...=)

6 April hari tu, bff hidy Hannah turun Ipoh dari Penang. Wah...memang tahap keterujaan melampau jugalah sebab dah nak dekat 2 tahun kot hidy tak jumpa dia. Tapi we all still contact by phone n Gtalk..Hari Sabtu hidy ngan Hannah planning pergi KL jumpa kawan hidy sorang lagi, Atikah..=)...Lepas tu kitaorang plan naik Bukit Tinggi yang digembar gemburkan sebagai kawasan peranginan untuk mereka-mereka yang nak hilangkan stress...

Ni pertama kali hidy drive sendiri pergi KL..Wohoohoo..memang mencabar tahap gaban dengan tak tahu jalannya..Memang kenangan manis betulla tahun ini..Ok2x..stop melarut2 pasal benda yang tak penting. Jom layan pic dulula..=)


Macam dalam cerita Rapunzel pula reka bentuk dia..



My close friend hannah & tikah..


Nice view kan..=)



Wish Well..=)...Dont believe it..=P



Ok..Bajet dekat Paris ok...hahahha



Sejuknya pemandangan..



Time ni memang tak best sebab kena daki..huhu...Japanese Village



Jenjalan dekat Chow Kit..Hari2 macam ni memang tak taula nak cakap cam mana...



KLCC...Lepaking...=)


Ok..sebenarnya banyak benda nak cerita tapi rasanya macam tak tahu nak mula dari mana. Apa yang pasti hidy sangat enjoy hari tu sebab dah lama hidy tak berjalan-jalan. Maybe we all nak planning pergi Langkawi pula..=)...

Okla..hidy will update a new story lagi ye.. Birthday someone close to me..=)




Monday 2 April 2012

Kasih Ibu

Assalamualaikum..

Pengorbanan seorang ibu semestinya tidak akan terbalas oleh kita. Kasih seorang ibu membawa ke syurga. 9 bulan 10 hari di dalam perut kita dikandungkan. Ramai anak-anak yang lebih rapat dengan ibu mereka. Semalam baru hidy perasan, helaian rambut putih mula tumbuh di anak-anak rambut ibu. Baru hidy sedar yang ibu hidy sudah menginjak memasuki umur hampir pertengahan abad. Selama ini hidy rasakan ibu hidy tak pernah tua masih berumur di dalam lingkungan 40++ tahun. Sayu rasa hati bila mengenangkan segala susah payah seorang ibu.

Hidy bersyukur mempunyai seorang ibu yang sangat menyayangi hidy. Tanpa semangat ibu, hidy rasa tak mungkin hidy berada di tahap ini. Tanpa ibu hidy tak mungkin lahir di dunia ini dan tanpa ibu hidy tak mungkin dapat mengharungi perjalanan yang penuh onak dan duri. Ya Allah..Kau panjangkanlah umur ibuku dan ayahku dan berikanlah kepada mereka kesihatan yang sempurna dan kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga.Amin.

Ibu sentiasa ada bila hidy ditimpa kesusahan. Ibu sentiasa ada ketika hidy memerlukan ibu. Ibu...Angah rindu ibu. Angah sayang ibu. Angah nak sentiasa gembirakan ibu kerana kegembiraan ibu adalah kegembiraan angah.
Tak dapat hidy bayangkan jika hidy kehilangan ibu hidy. Hidy anak yang paling rapat dengan ibu. Ibu tak pernah menghampakan hidy. Akan ditunaikan segala permintaan hidy jika dia berkemampuan. Tidak terbalas pengorbanan ibu oleh hidy. Allah yang maha mengetahui berapa banyak jasa ibu dan pengorbanan ibu terhadap anak-anaknya.

Ibu,

Maafkan angah jika seandainya angah pernah terkasar bahasa dengan ibu, mengguris hati ibu sebelum ini. Maafkan kami anak-anak ibu jika ada tingkah laku kami yang membuat ibu bersedih. Maafkan kami kerana tidak sedar yang ibu sudah semakin dimamah usia. Halalkan makan minum kami ibu. Kami janji kami akan sentiasa menggembirakan hati ibu dan abah. Tidak akan membuatkan ibu dan abah risau akan kami. Kami janji.

Kasih ibu,

Tiada apa dapat dibayar dengan kasih ibu. Tiada apa pun di dalam dunia ini yang mampu menggantikan kasih ibu. Hargailah ibu kita sebelum dia pergi meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkannya. Kucup tangan ibu dan dahi ibu kita agar kita sentiasa di dalam restunya. Renung mata dia sedalam-dalamnya dan kita akan lihat harapan di dalam anak matanya. Sesungguhnya kasih ibu dibawa ke syurga.



Orang Kutuk-Kutuk

Assalamualaikum..

2 April dah hari ini..Hurm..pagi-pagi dah nak mengeluh..Tak baikkan mengeluh..Hidy nak tanya pendapat korang.. 

APA YANG KORANG AKAN BUAT BILA KORANG TAHU ORANG YANG KORANG BAIK + RAPAT RUPANYA KUTUK KORANG BELAKANG KORANG?

Hurm..Serius hidy memang susah nak percaya..Yela..kita baik dengan orang, tak pernah ada masalah dengan dia..tapi..tiba-tiba dengar cerita yang tak sedapkan..Serius..hidy touchingla...T_T

Dalam fikiran hidy sekarang ni dok berlegar-legar...

TANYA DIRECT TERUS KAT ORANG YANG KUTUK TU..
 @
TANYA DULU KAT ORANG YANG CERITA PASAL KORANG
@
BUAT BODOH JE

Hati cakap nak buat bodoh je..Tapi rasa macam nak jer tanya..Yela..hidy tak suka orang yang kutuk-kutuk hidy belakang2 ni..

Hurm...Malas nak fikir sangat..huhu