Saturday, 29 October 2011

~Sabtu dah kot....chillllllll...=)~

Assalamualaikum...

Wah...sudah hari sabtu...=)...maka hari ini hanya bekerja sehingga pukul 1 sahaja...maka haruslah tepat jam itu terus memecut pulang ke kampung halaman...=)...nampak sangat hidy tak boleh berpisah dengan familikan? Yurp..its true..hmm...hidy rasa kalau hidy kahwin nanti macam manalah kan...hikhik...Sekarang ni hidy rasa masa  berjalan tersangat pantas..Tanpa kita duga dah tiba keesokkan harinya..Pejam celik dah sampai..begitulah perumpamaan yang orang selalu kata. 

Korang...ingat lagi tak hari tu hidy ada kata nak pergi makan kat satu kedai ni...Hidy dah pergi dah...tapi hidy tak rasa best sangat kedai tue sampai ramai gila orang berpusu-pusu kat kedai itu.. Hidy tak nak la bagitahu kedai nama apa..but rasanya kalau korang baca entry yang lepas mesti korang boleh detect kedai apa kan...Ibu hidy macam excited gila nak pergi kedai tue hari itu....nasi lemak dia memang cepat sold outla...Kira kami bertuahlah sebab makcik tu ada hantar lagi nasi lemak...So, not badlah rasa dia...kira macam tak ralat sangat datang since nasi lemak dia quite good kan...Hidy ada beberapa feedback pasal kedai itu..It just from my opinion la:

1. Hidy rasa kedai itu tak amalkan sangat kebersihan dia..Since orang boleh tengok daki2 dekat cawan n pinggan..Bila hidy tengok tempat bancuh air diorang..hidy rasa macam nak muntah pun ada..You guys mesti tahu sebab apa kan..

2. Roti canai dia tak la sesedap mana pun..and then kuah dia cair jer..hidy pernah makan yang lagi better..

3. Pekerja dekat situ memang tak mesra rakyat..sebagai seorang peniaga kita kenalah ramah dengan pelanggan..Im not saying that kena layan customer over sangat..senyum pun dah cukup...=)...

Rasanya lepas ni hidy takkan datang dah kedai tu..But hidy macam pelik gak kenapa ramai gila orang makan kat kedai tu..or tekak hidy ngan family je rasa lain..Rasanya tak...ada je bila hidy tanya orang diorang kata memang tak sedap..Korang pernah dengar tak pasal pelaris??? Pelaris tue sebenarnya apa yer? Untuk menarik pelanggan datang kat kedai kita ke even tak sedap pun..huhu...Hidy pun berniaga gak tapi hidy tak guna pun pelaris mende alah ni..mungin sebab tuela kedai hidy tak vogue macam tu kot....hehe...Hidy nak kongsi tips sikit kat korang kalau nak tahu kedai tue ada pelaris ke tak:


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


Hidy just nak kongsikan since hidy pun baru jer baca dekat wall facebook cikgu hidy...So kita semua mungkin boleh cuba kalau nak tahu kesahihannya kan...


K la entry kali ini berhenti di sini...Will continue later...=)




Amat menyelerakan...=)


Pic ihsan Mr Google....(^_~)





No comments:

Post a Comment