Saturday, 31 December 2011

~Osbon Juara MLM~

Assalamualaikum....

Hidy tak berkesempatan nak tengok MLM malam tadi..Yela...mana hidy ada amek pakej tue...hukhuk..Ni pun tengah giat mendownload MLM ni...Sambil menunggu hidy surf siapa juara MLM..Ternyata sangkaan hidy melesetlah...Hidy ingatkan BOBOI....rupa2nya OSBON...Tahniah hidy ucapkan kepada mereka..Wah...Untung betul diorang...dalam masa 10 minggu je dah boleh dapat ratus2 ribu....Memang terbaiklah....Rezeki masing2kan...=)....

Veteran pun ada taring tau...


psssttt...berangan jela nak jadi kaya...hahaha..


~2012 Just Around The Corner~

Assalamualaikum...

Hye semua...Lagi beberapa jam jer dah nak masuk tahun 2012...Pejam celik pejam celik sekejap jer setahun berlalukan...Hidy bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melayari kehidupan ini dengan penuh onak dan duri....(chewah..)

Well...hidy pasti ramai orang nak sambut Tahun Baru ni kan..Tapi janganlah obvious sangat yer..Berpada2...Ramai orang kata ramai yang terkorban New Year ni..So be carefulla...Hidy hope dapat tengok bunga api malam ni..=)....

Azam korang tahun lepas dah dicapai ke belum? @ korang bawak azam korang untuk tahun 2012 nanti? Hidy pun will continue 1 @ 2 azam yang tak dapat hidy capai lagi to 2012.. But..hidy harap hidy akan menjadi seorang anak yang baik untuk ibu bapa hidy dan seorang hamba yang taat kepada penciptaNYA. Insyaallah...

Belum tiba 2012, macam2 cerita hidy dengar perkara yang akan berlaku tahun 2012. Hidy tak pasti sama ada benda itu akan terjadi @ tidak. Harap2 hidy janganlah perkara buruk berlaku. Moga tahun 2012 akan memberi kita semua manfaat dan kita semua akan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama dan juga bangsa. 

Last but not least, anggaplah 2011 mengajar kita untuk menjadi seseorang yang lebih matang untuk kita menempuhi 2012 dengan jayanya...

"SELAMAT TAHUN BARU....WELCOME 2012"



~Pizza Hut~

Assalamualaikum...

Hye semua...Hari ni baru hidy berkesempatan nak update blog dengan panjang lebarnya...=)....Apa yang hidy notice entry hidy dua tiga menjak ni selalu pendek2 jer...hehe...Sorry...Kekangan masa ni buatkan hidy tak berkesempatan. Hidy nak cerita last week hidy and family pergi Pizza Hut selepas shopping barang adik hidy. Orang kata apa..."Welcome Back to School". Ok hidy adalah jeles jugak tengok beg sekolah yang lawa2 ni. Rasa macam nak beli jer. Tapi bila fikir balik nak buat apakan. So hidy belikanlah untuk hidy sorang ni yang hidy berkenan. Untung dia..Pakai beg mahal2..Masa hidy dulu pakai beg murah jer...Asalkan ada begkan...Opps....macam lari topik jer ni...hehe...Jom hidy nak tayangkan pizza yang hidy makan ni...hehe...




It`s look yummy kan....yurp...=)

Yang ini untuk budak yg pelik...


Nila budak pelik tue...


Kenapa hidy kata adik hidy pelik? Yela...dia ni kalau nampak species bawang @ sayur dia sanggup tak makan daripada makan. Even bawang yang kecil tue 2 pun dia boleh nampak.. Memang pelik....hahaha...So, we all decide belikan dia pizza yang lain biar dia makan sorang2...tak kacau orang lain nak makan...hehe...

Malam sebelum tue, ibu hidy belanja makan dekat Muara Tomyam. Not badlah as hidy memang penggemar tomyam. But a bit dissapointed jugalah sebab tomyam tue tak seperti yang dibayangkan.. Well...licin jugalahkan...hehe...

Dalam 2 jam lagi nak dekat pukul 1. That`s mean hidy pun akan balik ke rumah...Walaweh!!! Bestnya...tak payah nak fikir pasal kerja dah buat sementara waktu. Hari ini adalah hari terakhir kita di tahun 2011. Jadikan ia hari yang paling momentas dalam diri kita yer...K la..chill....=)




Friday, 30 December 2011

~Cinta Tanpa Restu Umpama Jasad Tak Bernyawa~

Assalamualaikum....

Hye semua...Hidy pasti ramai yang tengok Tentang Dhia kan semalam? Hidy tak berkesempatan nak tengok semalam dan memang tak nak tengok pun....Sebabnya hidy baru tengok sampai episod 25...So pagi tadi hidy marathon sampai habis...=)...

Memang tangkap leleh jugaklah..Thumbs up la dekat citer ni..So lepas ni bolehlah hidy concentrate sikit dekat kerja hidy...=P...Aduh...Malaslah nak cakap pasal kerja. Kejap ni baru jer chat dengan BFF hidy...Hurm...dia dapatlah Pegawai Anti Dadah tue...Jeles sungguh...Takpe..Hidy kan tak apply position tue so hidy leh cool sikitlah...1st exam dia dah lepas..So kena tunggu 2nd exam plak..Pape pun moga BFF hidy ni berjaya...=)

Okla..Nak sambung kerja balik...Daa

Wednesday, 28 December 2011

~Rasa macam nak menjerit kuat2x!!!!!!~

Assalamualaikum...

Hye semua..Hidy rasa macam nak menjerit jer kuat2..Tapi takde port yang sesuai...hurm....=(.....Hidy nak jerit dekat blog jela....aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!.............aaaaargggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....Fuh....lega sikit walaupun hanya monolog dalaman...

Banyakmya kerja hidy datang bertimpa2x...yang dulu punya pun tak setel lagi..dah datang yang baru...dah bertindih2 sampai tak ingat mana satu yang patut buat dulu...Sekali bos mintak semua dalam sekelip mata....Aduhhh!!!! Tensionnya hidy...lama dah tak tension macam ni...Nak tidur pun otak dok ingat nak kira2x formula...Malang betul nasib hidy bulan ni...Kerja engineer pun hidy kena buat jugak...Issshhh...geram betul...Hidy tak kisah dapat kerja banyak..Tapi janganlah bagi berlambak terus...Bagi masa dekat hidy...Hidy bukan robot nak buat semua tanpa henti....

Sekarang ni hidy ikut jer badan hidy nak buat kerja yang mana satu...otak dah toink2x..bila meeting hidy just diam, angguk n tulis..Dah tak banyak soal dah..Malas nak soal nanti hidy yang kena pk jawapan dia balik...angguk2x geleng2x jela...

Okla korang..hidy nak setel kerja hidy dulu yer...Ada masa hidy update lagi....Daaa...


Rasa macam nak gigit je lappy ni....



Tuesday, 27 December 2011

~Lately malas nak update blog~

Assalamualaikum....

Hye semua...dalam beberapa minit je lagi nak balik rumah. Aduh...Penatnya hidy hari ini. Banyak betul kerja nak kena buat...huhu...Entahlah..dua tiga menjak ni macam malas nak update blog. Mungkin dari segi faktor masa yang tak berapa nak ada. Bila balik rumah haruslah berehat2 dan ketepikan benda yang lain..

Moga sikap M yang mula menebal ni, akan terkikis sikit demi sikit....

Psstt: Mungkin tengah marathon tentang dhia habis-habisan ni kot...=P



Friday, 23 December 2011

~Tak Puas Hati!!!~

Assalamualaikum...

Hmmm...Pagi2 mood hidy dah spoil la...baru jer semangat waja nak buat kerja. Geramlah hidy dengan sistem pengurusan production ni. Bagi kerja last minute, lepas tue kerja dia suruh kita yang buat. Mana sempat nak buat test kalau esok dah naik shipment. Isshh....rosak terus schedule hidy hari ini..(fuh!!! sabar2...hari ini kan hari JUMAAT)


Okla..Nak pergi marah dekat production site sebab buat schedule huru hara...Daaa...

Thursday, 22 December 2011

~Download movie~

Assalamualaikum...

Hye korang...hari ini macam tak best sikit sebab tak boleh nak download movie...huhu...line kat ofis tak berapa nak laju. wireless plak dia boleh block pula website tue...ish...selalu ok jer..bosanlah hidy malam ni..dahlah banyak cerita baru nak download ni...sigh***

Okla..nak kemas nak balik da..bye3x...

Mood: Hampa..

~Semangat!!!~

Assalamualaikum....

Selamat Pagi bloggers....
Moga hari ini dipermudahkan yer..Hidy banyak sangat kerja nak kena selesaikan bulan ni. Semua kena settle before masuk tahun baru..Will update later...=)

Psstt: Dilema nak pakai apa pergi annual dinner...sigh*




Wednesday, 21 December 2011

~Suddenly Google Disabled My Account~

Assalamualaikum..

Morning semua!!! Fuhh!! Lega masih boleh jumpa blog ni. tadi hidy nak komenlah kat blog blogger lain tetiba je dia kata account disabled. Hidy rileks lagilah..Lepas tu hidy nak buka blog hidy tak jumpa. Kata dah removed. Giler tak cuak! Rasanya hidy mana ada langgar pape pun diorang punya terms. Menggelabahlah sekejap tadi.


Somebody help me please!!!


Hidy try lagi sekali. Mr G ni cakap ada unusual activitylah dalam blog hidy ni. And hidy pun tak tahu apa benda yang unusual nya..huhu..Luckily, lepas hidy mintak verify code terus hidy boleh sign in. So bewarela kalau benda ini terjadi kat korang ye...


Fuhh!! Lega...=)

Oklah..Nak sambung buat kerja dulu..Bye3x....

Tuesday, 20 December 2011

~RA One~

Assalamualaikum....

Selamat Pagi semua...(^_~)...

Siapa yang gila movie??? haaa...ada pun orang macam hidy..ingatkan takda tadi. Malam tadi hidy tengok cerita RA ONE...Shah Rukh Khan ni berlakon. Wah...dah macam cerita ROBOT pula..Bollywood sekarang dah nak jadi macam Hollywood dah. Memang baguslah. Cerita dia pun best...=)

Korang dah tengok ke cerita ni? Hidy malas nak review pape..Kalau korang nak tengok jom download kat sini...



Memang berbaloilah tengok....(^_~)...



Monday, 19 December 2011

~Tafsiran Mimpi Ular~


Assalamualaikum...

Korang pernah mimpi ULAR tak? Hidy rasa berkemungkinan besar ramai yang pernah bermimpi ularkan? Hidy pun pernah. orang tua2 cakap kalau mimpi ular maksudnya nak dipinang orangla tue..Itu semua adalah andaian yang paling tidak logik...

Bila kita bermimpi sesuatu yang pelik lebih baik kita bertanya sendiri @ mencari jawapan daripada sumber yang boleh dipercayai. Hidy pernah mimpi ular yang amat menakutkan. Yela..hidy mimpi ular yang besar kejar hidy dan ingin mematuk hidy. Tapi hidy lega lepas tue hidy terus terjaga. Nasib baik tak dan kena patuk...huhu...(macam betul2 je kan) 

Tontonlah video kat bawah ni kalau nak tahu maksud mimpi ular dari sudut Islam...



Dah dapat jawapan dia??? Baguslah macam tue. Moga kita semua dipelihara daripada gangguan sihir. Insyaallah. Lepas ni sama2lah kita amalkan ayat 3 qul sebelum tidur agar kita sentiasa dilundingi daripada gangguan syaitan.


~Jaguh Futsal Tue!!~

Assalamualaikum...

Hye readers!!! Tadi hidy janji nak tempek gambar artis kan??? Rasanya tak jadi kot..Sebab tak berapa nak smartlah angle dia...hehe...Nanti kena kutuk pula kan...=P..Ni nak cerita minggu lepas dekat kampung hidy adalah buat futsal untuk budak2 remaja ni. Hidy sokong 100% program seperti ini. Yela daripada tengok diorang merempit sana merempit sini, baik diorang buat aktiviti yang berfaedah kan??

Nak dijadikan cerita adik hidy pun join benda ni. Hidy macam tak percaya dia masuk..hahaha..terukkan angah dia...hehe...So dengan excitednya hidy pun nak pergi la tengokkan. Tapi bak kata sorang pakcik ni. Sambil menyelam minum air...hehe...adik hidy jual air dekat padang sementara nak tengok si kecik ni main futsal. Nak tengok gak taring dia yang selalu digembur2kan...haha...


Si kecik tue tengah mengejar bola..=P...Aim pada bulatan yer..hikhik..


Eh...mana bola tadi...hahaha...


Jauh sangat tak berapa nak pasti dia buat apa ni..hehe...

Shahril2x....Cakap dia memang tak boleh siapa nak lawan..Ada jer dia balas balik..Mulut dia..Mak aihhh!!! Potpet2x...Tapi kalau takda dia sunyi gak rumah tue..hehe..Lately ni ramai nak jadi Nazmi Faiz..Semua pakat nak jaringkan gol macam Nazmi...hehe...

Pape pun..adik hidy ni Jaguh Futsal ni...hahaahaha...Mengikut kata dia sendiri...Oklah...saje untuk santai2 entry kali ni...=)


~Pesta Air Lumut~

Assalamualaikum..

Hye you olls!! Dushh!! Geli geleman hidy rasa..hahaha...Ok2...Hidy baru jer transfer pic masa Pesta Air Lumut hari tu..11 Disember 2011.. Hidy pergi hari Ahad. maksudnya dah hari ketigalah berlangsungnya Pesta Air ni. Hari Ahad hari tu, ibu hidy bagi kitaorang CUTI..(xyah niagalah maksudnya...) Maka kami pun panjanglah langkahnya nak berjalan2..hihi...

Malas nak citer panjang..Jom layan pic dulu..(^_~)



With my little sister and brother...=)


Adik hidy yang bongsu dok tengok fixie show berjam lamanya...ish2x...


Teringin nak cuba buat labu sayung n tekat emas..Tapi segan sebab ramai sangat umat kat situ...hehe


Brother ni memang sempoi ar..Main calit2 je jadi cantik giler...

Aikk!!! Kata Pesta Air mana airnya??? hehe...Harap maaf ea..hidy tak pergi usha belah2 air sana sebab ramai sangat kaum adam, so macam seganlah sikitkan..hehe...Okla..next entry hidy nak tayang gambar artis pula...=P



~Minggu baru bermula~

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Semua!!! Hari pertama untuk minggu baru sudah bermula. Harap2lah minggu ini akan berlalu dengan pantas sekali...(^_~)..Minggu ni Krismas kan? So cuti pun panjang sikitlah daripada biasakan..hehe...Semestinya hidy memang suka bercuti..Bila sebut pasal cuti ni, ada bincang2 dengan family nak pergi bercuti nanti masa raya cina. Tapi destinasi tak berapa nak pasti lagi. Nak pergi Langkawi tapi macam lecehlah pula kan. Adik2 ajak pergi Pulau Pinang. Tapi hidy macam dah jemu dah dengan Penang ni. Wah..kejam sungguhkan..Hehe...

Dengar cerita Bukit Bendera dah baru yer..Tak berapa nak pasti sama ada naik train lagi @ kabel. Kalau kabel best woo...=)..So to penangites kalau tahu pape update pasal Penang ni mai habaq sat kat chek..Ne tau kot2 ada yang luar biasa ke..hehe...Insyaallah rezeki raya cina ni kalau ada nak bergembira bersama family...=)

Hidy nak wat research jap nak pergi mana cuti kali ni..(^_~)




Saturday, 17 December 2011

~I Love Saturday~

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Semua!!!! Mesti ramai yang tak bangun tidur lagi ni.. Hari ni hari Sabtu maka hari yang paling gembira bagi hidylah...Mahu pulang ketemu ibu...(^_~)...Takda apa sangat nak coret hari ini. Cuma hidy merasakan sekarang ni waktu semakin pantas berlalu. Macam baru jer hari Isnin. hehe...Oklah..Hidy nak sambung kerja balik..Bye2x...=)

Friday, 16 December 2011

'End Year Random Giveaway'

Assalamualaikum...

Hye semua. Tengok kat dashboard tadi ada GA...Apa lagi hidy pun nak joinlah..Walaupun tahu hidy tak pernah nak bertuah..hehe...


Korang nak join gak?? Jomlah..Klik Banner Gedabak kat atas ni yer..=)

Mana nak tahu kot2 dah hujung tahun ni bertuahkan. Hadiah pun menarik ni...=)

Hidy nak hebah2kan dekat teman2 hidy yg ohsem ni...



Korang yang lain pun boleh join..Klik INI dan INI..=)

All the best..(^_~)




Thursday, 15 December 2011

~Suka Jadi Stalker Tak??~

Assalamualaikum...

Selamat Malam!!!.Eh...macam nak tidur dah. Padahal mata punyalah besar tak mengantuk lagi. Ketensionan sebab nak download movie tenet macam siput. Hampeh betul. Maka, masa dihabiskan dengan stalk orang. Well...hidy kan low profile. So just stalk person daripada jauh jer. At least dapat tahukan perkembangan orang2 tersebut...hehe...

Korang suka stalk orang tak? Siapa yang korang selalu stalk? Hmmm...saper eh?..Hidy malas nak teka2 lah..Tapi hidy selalu stalk hamba Allah ni. Nak tengok dia bahagia ke tak...hehe...K la..nak stalk orang lain pula...

Selamat malam. Jangan lupa baca doa tidur dan basuh kaki...=)

~Blog Memang Kena Ada Lagu Eh!!~

Assalamualaikum...

Hye Pembaca...(^_~)

Macam mana hari korang hari ini? Baik2 sajakan..Harapnya macam tuelah. Hidy nak tanya, kenapa ramai bloggers suka letak lagu dekat blog diorang?? Korang rasa pembaca korang suka ke lagu yang korang pasang @ korang  yang syok sendiri? Bukan apa, setengah pembaca dia tak berapa nak suka sangat lagu2 ni. Ramai juga yang hidy ada dengar komen bloggers yang tak suka bloggers lain letak lagu. Sebab mengganggu ketenteraman. Tak dapat nak 100% nak faham apa yang bloggers coretkan. Mana taknya, dok menyanyi2 sekali @ dok fikirkan lagu apa yang didengarinya tue....(Based on my experiencela)

Lagi satu nak tahu kenapa hidy tak berapa nak blogwalking dekat blogger yang letak lagu ni?? Sebab bila hidy baru je nak baca blog diorang, lappy hidy pun terpadam. Ini disebabkan hardware video hidy problem. Ada rezeki sempatlah nak baca. Kalau tidak jangan harapla. So, hidy amek safety..Kalau dah ada dengar bunyi sikit tue, cepat2 hidy reject...hehe..=P

Korang yang lain macam mana pula??? Suka tak dengar lagu2 ni. Kalau slow2 motion okla..Tapi kalau yang macam nak ajak lawan shuffle tue harap maafla yer...hehe...

Oklah...Jangan marah dekat hidy pula naa..Ini semua gara2 lappy hidy yang sakit hampir2 nak nazak. Kalau dah sembuh hidy harus BW sampai lebam...(^_*)V...






~Mood senyum kambing di pagi hari...=)~

Assalamualaikum...


Wah!!! hidy tersangat gembira sangat pagi ini. Bos hidy datang offis hidy dan bagi hidy Executive Portfolio Diary untuk tahun depan. Hidy memang dah aim dah benda ni aritu. Tapi xkan nak mintak pula kan sebab benda tu memang limited editionlah...=)...Mungkin dia saja nak emoi2 hidy ni sebab produk baru hidy dah nak launch tahun depan ni..=)..Ok..gembira tak terhingga sampai asyik nak senyum macam kambing dah ni..hahahaha...

Ok..dah...Semangat nak buat kerja hari ini...=)...

Senyum tak perlu kata apa2..


~Sapu tangan ex???~

Assalamualaikum...




Hampir2 nak sama la sapu tangan ni...(croc`s)


Selamat Pagi Bloggers....Wah tajuk tangkap cintan kan? Tahniah hidy ucapkan kepada mereka yang tidak pernah mengalami putus cinta dengan kekasih lama. Hidy rasa kalau dah putus cinta mesti kita akan hapuskan segala benda yang berkaitan dengan barangan si dia dulukan?? 

Cinta Pertama?? Kenapa dikatakan cinta pertama amat sukar dilupakan walau dengan cara apa pun. Yer...Hidy akui benda ni. Hidy juga pernah mengalami cinta pertama yang tidak kesampaian sebelum ini. Tapi itu kisah lama. Malam tadi sewaktu hidy belek2 beg hidy, hidy terpandang sapu tangan croc ni. Terus fikiran menerawang ke zaman dulu2x...huhu...Mungkin bukan jodoh hidy dengan dia sebab banyak sangat halangan. 

Korang ada simpan lagi tak barang2 ex  korang?? Mesti ada gakkan..Jangan membenci walaupun kita dah takda pape hubungan. Anggap jer ex kita dulu tak pernah wujud. Insyaallah..mesti takkan ada rasa benci. Sebab rasa benci tue yang akan memakan kita satu masa nanti.

Pape pun hidy doakan korang bahagia dengan hidup korang semua. Nasihat hidy untuk adik2 yang masih bersekolah ni, tumpukan 100% kat pelajaran. After that korang nak bercintan bagai nak rak pun xpe. Asalkan pelajaran diutamakan....(^_~)


Pssstttt: Nak bertunang dah...=)



Wednesday, 14 December 2011

~Minggu yang Sibuk~

Assalamualaikum....

Selamat Pagi semua!!!!! Moga hari ini semuanya dipermudahkan olenya yer. Kerja hidy banyak sangat dengan analisisnya, document, report etc...Awal bulan 2012 haruslah hidy sibuk rasanya. Dok berulang alik ke Kl...Fuhh!! penatla badan den lagu ni.. Tapi takpe..Bukan selalu yer dak..=)...

Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mula dekat mana. So just keep it secret je la kan..hehe..Okla guys..Hidy nak buat kerja dah..Selamat bertugas...(^_~)

Tuesday, 13 December 2011

~Giveaway By Triple F~

Assalamualaikum....

Morning....Pagi2 ni hidy ditag oleh Cik Ayie untuk join GA Triple F ni....

Nak join gak???? Sila klik banner eh...=)

Kebarangkalian untuk menang amat tipis kerana menggunakan random.org. So just tryla..If you lucky you will win...=)...

Hidy nak tag:




Semoga berjaya....(^_~)


Monday, 12 December 2011

~Jumpa MAWI tue!!!!!~

Assalamualaikum.....

Hye korang!!!!...peace yor....=P...Tetibe hidy berubah jadi rockers ni...hahaha...Actually banyak benda hidy nak kongsikan dekat korang apa yang berlaku cuti hidy minggu lepas. Tapi tak tahu nak cerita macam mana....

Jap hidy nak simpulkan semua aktiviti hidy...(ceh...bajet banyak sangat le tu...=p)...Nak tahu tak semalam hidy jumpa artis peberet hidy masa dulu2x...hehe...Memang sangat terujalah..Yeler...miker dok kampung...tetibe nampat artis tak ke miker rasa seronok sangat....=P....Xdalah...biasa je pun...nak tahu hidy jumpa siapa??? Hidy jumpa MAWI beb....Adoi...tak boleh blah la masa zaman sekolah dulu...macam manalah hidy boleh minat mawi ni..Siap letak segala pasal mawi dalam diari tue + bergambar dengan gambar sebab tak dapat jumpa yang real...hahahah...(lubang sudah pecah...)...Mawi tak lama lagi akan menjadi ayah...Semoga MAWI bahagia dengan keluarga tersayang...(^_~)

Minggu lepas ada Gempak Selebriti Astro kat Giant Manjung....Semalam hidy singgah Giant jap..tak bajet pun ada lagi artis sebab dah hari ketigakan...So, hidy bertuahlah dapat jumpa..=)....Semalam ada MAWI, ACHA, ERUL, ARIL, ADIRA, EMA dan ZAHID. Close dengan stage tue hidy tengok...hehe..excited terlebihkan...Padahal berdiri selak khemah tue hah...=P...

Ok2...xnak cerita terperinci sangat. Tapi semalam hidy macam tak boleh blah ar dengan satu pak guard ni. Yela..semalam hidy lalu belakang khemah tempat artis2 dok kan. Tetiba ZAHID keluar nak pergi ambil barang dekat kereta. Hidy macam terkejut juga mula2...Ye la..ZAHID depan mata kot....hoho..(hidy tak minat dia k..) Pak guard tue boleh suruh hidy berhenti daripada jalan. Lepas tue hidy macam teragak2 nak lalu..Lepas tue, hidy pun buat selamba je la..hidy cakap hidy just nak lalu ke belah sana je pun..Bukan nak pergi terkam si ZAHID tu..xda function...hehe...Baru pak guard tue kata.."owh...lalulah..." Ceh!!!! Bajet artis ni beza dengan orang biasa ke? Si Zahid tue rilek jer dia yang lebih2..memang tak boleh blah...Opppsss...dah2...lupakan saje itu semua yer...(^_~)....

K la..ada lagi nak cerita tapi next entry yer...=)...Bye3x....


Ni la punca kenapa hidy nak sangat suami orang JOHOR nanti. Ntah papela aura si MAWI ni...hehe