Thursday, 15 December 2011

~Sapu tangan ex???~

Assalamualaikum...




Hampir2 nak sama la sapu tangan ni...(croc`s)


Selamat Pagi Bloggers....Wah tajuk tangkap cintan kan? Tahniah hidy ucapkan kepada mereka yang tidak pernah mengalami putus cinta dengan kekasih lama. Hidy rasa kalau dah putus cinta mesti kita akan hapuskan segala benda yang berkaitan dengan barangan si dia dulukan?? 

Cinta Pertama?? Kenapa dikatakan cinta pertama amat sukar dilupakan walau dengan cara apa pun. Yer...Hidy akui benda ni. Hidy juga pernah mengalami cinta pertama yang tidak kesampaian sebelum ini. Tapi itu kisah lama. Malam tadi sewaktu hidy belek2 beg hidy, hidy terpandang sapu tangan croc ni. Terus fikiran menerawang ke zaman dulu2x...huhu...Mungkin bukan jodoh hidy dengan dia sebab banyak sangat halangan. 

Korang ada simpan lagi tak barang2 ex  korang?? Mesti ada gakkan..Jangan membenci walaupun kita dah takda pape hubungan. Anggap jer ex kita dulu tak pernah wujud. Insyaallah..mesti takkan ada rasa benci. Sebab rasa benci tue yang akan memakan kita satu masa nanti.

Pape pun hidy doakan korang bahagia dengan hidup korang semua. Nasihat hidy untuk adik2 yang masih bersekolah ni, tumpukan 100% kat pelajaran. After that korang nak bercintan bagai nak rak pun xpe. Asalkan pelajaran diutamakan....(^_~)


Pssstttt: Nak bertunang dah...=)



4 comments:

  1. hehehe...brg xprnh kot.gmbr jela.putus cinta tak membawa maksud putus sahabat ke apa kn.xelok putuskan silaturrahim sesama manusia ni.

    ReplyDelete
  2. owh...hehe...gambar yer? btul2 tue..cuma kalau bagi hidy ssh nak anggap shabat da..huhu..

    ReplyDelete
  3. ada je lagi siap simpan lagi surat cantan masa dulu .. haha .. gambar lagi la .. berpisah kerana ilahi .. pnaz redha T.T

    ReplyDelete
  4. @cik pinaz: berpisah kerana ilahi mungkin bertemu di sana nanti..semoga berbahagia disamping si dia..=)

    ReplyDelete