Assalamualaikum...
Hye semua!!!! Korang tak pergi lunch lagi ke? Hidy tengah tunggu pukul 1 ni. Nak balik rumah time lunch. Rumah hidy dengan kilang hanya makan masa 2-3 minit jer. hehe...giler punya dekatkan rumah hidy dengan tempat kerja. Mungkin rezeki hidy kot. Taklah terbeban sangat dengan duit minyak nak ulang-alik pergi kerja. =)...
Sementara nak tunggu time lunch tadi, hidy godek2 file gambar hidy dengan family hidy. Hmmmm...rindunya hidy dengan diorang. Hidy rasa saat yang paling manis dalam hidup hidy adalah bila hidy bersama dengan family hidy. Hidy sangat rapat dengan parents hidy dan juga adik-beradik yang lain. Dari masuk sekolah menengah sampailah sekarang ni, hidy tak pernah duduk lama2 dengan family hidy macam orang lain. Yela..masa belajar duk asrama dan juga universiti. Bila time kerja pun duk jauh juga dengan famili. Nasib baik tak jauh sangat. Kalau tidak jenuhlah hidy asyik selalu sakit jer. Korang nak tahu tak habit hidy daripada dulu. Tak tahulah secara sengaja ataupun tidak sengaja, tapikan hidy paling lama boleh berenggang dengan family hidy hanya 3 minggu jer. Lepas tue hidy kena balik jumpa ibu. Kalau tidak, mesti hidy demam. Hidy pun macam pelik kadang2. Tapi tuela yang terjadi. Kalau tak demam pun hidy rasa sunyi tahap gabanlah...
Tuela pasal masa hidy belajar kat USM Penang dulu, orang macam pelik sebab hidy ada jer tiap2 minggu kat rumah...hehe...Diorang pun tak tahu hidy belajar kat mana. Asyik dok nampak muka kat kampung jer..hehe...Sebab tu jugalah waktu lepas SPM ibu tak bagi hidy sambung belajar dekat India, sebab dia tahu anak dia mesti tak boleh tahan rindu punya. Mungkin semua dah tertulis dalam perjalanan hidup hidykan. Alhamdulillah..semuanya dipermudahkan oleh Allah.
Sekarang ni, impian hidy hanya satu. Ingin balas segala jasa orang tua hidy dulu dan hidy nak adik-adik hidy semua berjaya dulu dan barulah hidy nak fikirkan masa depan hidy yang seterusnya. Moga segalanya dipermudahkan olehNYA. Semoga hidy dan family dimurahkan rezeki. Amin Ya Robbal Alamin.
Opss...dah nak hampir masuk pukul 1. Nak kemas2 dulu yer..Bye2x....
Ni pic raya tahun ni...Tema kuning coklat lagi tue..=)
owh .. pnaz lak x penah berengang jauh2 .. tapi mula 18 ni dh kena berjauhan .. melaka dgn penang jauh tu .. huhu
ReplyDeleteye ke? jauh tue...sambung belajar ke? LI eh..lagilah terasa kalau x pernah brenggang...bwak bekalan rindu byk2 tau..(^_~)
ReplyDelete