Thursday, 16 February 2012

~Rasukan Si Botol Kecil~

Assalamualaikum...

Dah pukul 12 tengah hari.. Hidung hidy ni dah macam2 bau dah ni. Tak tahu nak kata bau apa dah. Mula terkinja-kinja mencari mangsa untuk menghidu botol kecil ini. Dari seorang ke seorang. Hampir kesemuanya memberi respon yang sama iaitu bau botol kecil ini tidak mengasyikkan tetapi lebih kepada bau ubat. Hidy tidak campurkan mana-mana ubat pun di dalam botol ini. Sedikit kehairanan kerana hidy merasakan bau botol ini sangat selesa di hidung hidy dan hidy merasakan bau ini akan memberi satu impak pada projek baru hidy nanti. Mungkin hidy perlu lakukan sesuatu untuk memastikan mereka selesa seperti hidy.

Amat sukar kalau seorang yang tidak berpengalaman cuba untuk melakukan sesuatu di luar jangkauan dia. Oh..bau ini amat menyenangkan. Kenapa mereka tidak dapat mentafsirkan seperti hidy. Bau seakan aromaterapi ini amat menyenangkan dan dapat membuatkan kita berhenti melakukan sesuatu kerana asyik menikmati baunya.

Ok2x....Tetiba jer hidy berada di dalam mood keawang-awangan disebabkan rasukan si botol kecil ini, Tahukah anda botol kecil ini memberi 1001 makna kepada hidy. Seandainya ia disukai ramai maka akan berakhirlah langkah pertama hidy dan hidy akan terus ke langkah yang seterusnya.

Hidy ingin menikmati bauan ini dahulu. Teruskan bersama hidy lagi. Chill...(^_~)V

Lebih kurang species botol kecil ini..



4 comments: