Assalamualaikum...
Merawat hati yang kecewa memang sukar kan? Sesungguhnya kita memerlukan hati yang cukup kental untuk kita betul-betul ingin merawatnya. Walau bagaimana pun cara kita cuba untuk merawatnya, pasti akan terasa juga kesakitannya pada suatu saat. Saat kita rasakan kita dah cukup kuat tetapi kita terduduk lesu kerana tiba-tiba ingatan yang lama menjelma kembali.
Kenapa hati kita kecewa? Apa sebenarnya perasaan kecewa ini? Adakah sama dengan patah hati? Adakah sama dengan perasaan dikhianati @ ia adalah suatu perasan yang sukar untuk ditafsirkan? Kecewa adalah suatu norma perasaan yang berlaku pabila kita mengharapkan sesuatu dengan begitu yakin, tapi harapan kita menjadi layu di saat kita betul-betul mengharap. Harapan yang selama ini secara tidak langsung terbit dari dalam hati tanpa dipinta, mekar subur di dalam taman hati yang dibajai dengan gelak tawa, senyuman dan juga gurau senda. Perasaan kecewa pabila mengetahui apa yang kita impikan selama ini tidak dapat kita gapai. Perasaan di mana kita tidak tahu apa yang patut kita lakukan. Perasaan di mana kita sangat sedih dan sakit tetapi kita tidak mampu mengeluarkan sedikit pun air mata. Perasaan di mana kita berasa sangat keliru dengan rasa hati. Perasaan di mana kita telah hilang kepercayaan kepadanya. Perasaan yang kita rasa sia-sia usaha kita. Ya...perasaaan kecewa ini memang sukar ditafsirkan. Bergantung juga dengan situasi individu itu sendiri. Kebiasaannya ia adalah perasaan pabila kita sangat mahukan sesuatu dan kita tidak mahu kehilangannya. Mesti korang pernah rasakan perasaan ni..Sakitkan..Peritkan..
Jangan pendam perasaan kecewa itu sendirian. Luahkanlah..Keluarkan dia dari dalam hati korang. Jangan biarkan ia merundum pendam dalam hati. Itu lebih menyakitkan. Jika menangis boleh hilangkan segala kesakitan buat seketika, menangislah. Paksa diri anda untuk menangis. Paksa..Hanya itu sahaja cara yang paling melegakan perasaan perit yang kita tanggung.
Bila korang rasa kecewa akan sesuatu perkara, REDHA...Ya..REDHA adalah jalan yang paling mudah..Kita kena REDHA...Kerana apabila kita redha akan sesuatu hati kita akan jadi lapang. Fikiran kita tidak akan rasa dihempap batu..Kita akan rasa suatu perasaan yang sangat tenang. Ketenangan yang kita cari. Percayalah..Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Walau kita tanya berkali-kali apakah hikmahnya perasaan kecewa ini, tiada siapa dapat memberi jawapan yang tepat. Hanya kita yang mengetahui bila tiba masanya.
Hidy juga pernah kecewa. Dan kini masih berada di dalam kekecewaan. Ya..Hidy akur..Sukar untuk buang perasaan kecewa ini. Ia seakan-akan bermimpi di siang hari. Saat kita rasa kita dah dapat gapai, kita terjaga dari mimpi dan ia pun hilang, lenyap begitu sahaja. Hidy cuba mencari keredhaan dalam hati. Alhamdulillah..Secara perlahan-lahan perasaan kecewa itu hilang. Sekarang ini hidy cuba untuk berfikiran positif. Ya..Positif..Allah uji hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA itu cukup kuat untuk hadapinya.
Bersabarlah duhai hati. Kebahagiaan ada di depan sana. Kamu hanya perlu melalui jalan ini, jalan di hadapan kamu dan menuju ke arah sinar kebahagiaan itu. Allah dah aturkan segala-galanya. Yakin janji Allah..Allah takkan biarkan hambaNYA berduka.
~ALLAH MUNGKIN TAKKAN BAGI APA YANG KITA MAHUKAN, TETAPI ALLAH AKAN BAGI BENDA YANG KITA AMAT PERLUKAN~
No comments:
Post a Comment