Klik Saya

Monday, 31 October 2011

~Raya Haji ramai orang buat tak kisah jer!!!~

Assalamualaikum...

Hye korang...sihat?..harap sihat semuanya..amin..hidy dah lama dah nak update tapi takda masa untuk hidy nak feeling2 gitu...memandangkan hidy terlalu sibuk dengan hal-hal kerja hidy.maka entry ini hanya dapat dibuat sekarang...(uisshhh..feeling bz la kononnya kan...)...=P...ok tak tipu..hidy memang bz untuk jangka waktu seminggu ini...ececeh....cepatla sampai hari sabtu kan....

Pejam celik dah nak raya haji pula...Di kesempatan ini hidy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL  kat korang semua..semoga raya haji tahun ini memberikan erti pengorbanan yang bermakna dalam hidup kalian semua..amin...Ok..hidy nak tanya sikit...kenapa bila raya aidilfitri orang panggil raya puasa dan bila raya adiladha orang panggil raya haji???? cer jawab siapa yang boleh bagi jawapan hidy belanja makan free kat kedai hidy...=)...Hidy dah ada jawapan tapi tak nak bagitahu lagi..=p...Fikir-fikirkanlah...hehe

Sebenarnya hidy nak kongsi pendapat korang semua mengenai raya haji ni? Hidy macam pelik, kenapa bila raya haji ni ramai orang buat macam tak kisah jer...tak sama langsung macam raya puasa..kalau raya puasa, habis licin licau rumah tue berkilat, tukar langsir barulah, buat baju rayalah...yang paling best kuih raya nun hah....berbalang-balang....bila raya haji semua buat endah tak endah jer... (ok..hidy memang terasa...huhu)

Korang semua rasa tak benda yang hidy rasakan ni? Wah!!!!  kalau korang pun rasa macam yang hidy rasa makanya kita ada chemistry la..tak ghitu...=D....hehe...Eh...hidy...cuba ko cakap tue macam orang yang berpelajaran sikit..ni sembang benda yang ntah pape kan...Ok2x...kita serius sikit bila berbicara pasal RAYA AIDIL ADHA ni yer...=)

Hari RAYA AIDILADHA dikaitkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk dijadikan korban demi memenuhi perintah Allah S.W.T. Akan tetapi dengan kuasa Allah, kibas menjadi pengganti Nabi Ismail. Begitu besar kekuasaan Allah kan kalian?..Subhanallah...

Selepas sembahyang hari raya aidiladha, akan ada penyembelihan korban. Akan adalah lembu dan unta yang akan dikorbankan. Dulu hidy ada tengok lembu dikorbankan dekat masjid rumah hidy. Kebiasaanya di kampung hidy, kaum lelaki akan bergotong-royong menyembelih dan melapah daging lembu, dan kaum perempuan pula akan bergotong-royong untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Contohnya seperti kari daging..Aktiviti seperti ini memang akan merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk kampung. Selepas penyembelihan, akan adalah agihan daging untuk setiap penduduk kampung. 

Hah...nampak macam eduction tak entry hidy kali ini..=). Hidy rasa semua orang tahu pasal hari raya haji=korban ini. Dalam kehidupan seharian kita, berbagai-bagai pengorbanan yang saban hari kita lakukan, sama ada korban untuk diri sendiri ataupun korban untuk orang lain. Korban yang paling besar adalah korban seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Nasihat hidy untuk diri sendiri dan juga kalian semua, sayangilah ibu anda kerana tanpa mereka anda tidak dapat melihat keindahan ciptaan Allah ini. Sudah pasti tidak lupa korban seorang ayah yang tidak mengenal erti susah yang mencari rezeki untuk kesenangan ahli keluarganya. Korang semua pernah berkorban??? Korban dari segi apa??  Jangan cakap dekat hidy kalau korang katakan korban cinta macam Aris Ariwatan tue. hehe...

Oklah...Setakat ini je la entry hidy kali ini yer..hidy nak kongsikan beberapa gambar pada raya haji hidy pada tahun lepas...(^_~)




daging lembu yang dah siap digantung...



kepala lembu..=)




Proses nak melapah...


Hidy ada ambil video juga tetapi macam malas nak upload...=P...so kita tengok hari ahad nanti macam mana yer..=)


P/S: Pengorbanan penting dalam kehidupan kita walaupun kadang-kadang amat perit untuk kita hadapi. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada hidy...





Saturday, 29 October 2011

~Sabtu dah kot....chillllllll...=)~

Assalamualaikum...

Wah...sudah hari sabtu...=)...maka hari ini hanya bekerja sehingga pukul 1 sahaja...maka haruslah tepat jam itu terus memecut pulang ke kampung halaman...=)...nampak sangat hidy tak boleh berpisah dengan familikan? Yurp..its true..hmm...hidy rasa kalau hidy kahwin nanti macam manalah kan...hikhik...Sekarang ni hidy rasa masa  berjalan tersangat pantas..Tanpa kita duga dah tiba keesokkan harinya..Pejam celik dah sampai..begitulah perumpamaan yang orang selalu kata. 

Korang...ingat lagi tak hari tu hidy ada kata nak pergi makan kat satu kedai ni...Hidy dah pergi dah...tapi hidy tak rasa best sangat kedai tue sampai ramai gila orang berpusu-pusu kat kedai itu.. Hidy tak nak la bagitahu kedai nama apa..but rasanya kalau korang baca entry yang lepas mesti korang boleh detect kedai apa kan...Ibu hidy macam excited gila nak pergi kedai tue hari itu....nasi lemak dia memang cepat sold outla...Kira kami bertuahlah sebab makcik tu ada hantar lagi nasi lemak...So, not badlah rasa dia...kira macam tak ralat sangat datang since nasi lemak dia quite good kan...Hidy ada beberapa feedback pasal kedai itu..It just from my opinion la:

1. Hidy rasa kedai itu tak amalkan sangat kebersihan dia..Since orang boleh tengok daki2 dekat cawan n pinggan..Bila hidy tengok tempat bancuh air diorang..hidy rasa macam nak muntah pun ada..You guys mesti tahu sebab apa kan..

2. Roti canai dia tak la sesedap mana pun..and then kuah dia cair jer..hidy pernah makan yang lagi better..

3. Pekerja dekat situ memang tak mesra rakyat..sebagai seorang peniaga kita kenalah ramah dengan pelanggan..Im not saying that kena layan customer over sangat..senyum pun dah cukup...=)...

Rasanya lepas ni hidy takkan datang dah kedai tu..But hidy macam pelik gak kenapa ramai gila orang makan kat kedai tu..or tekak hidy ngan family je rasa lain..Rasanya tak...ada je bila hidy tanya orang diorang kata memang tak sedap..Korang pernah dengar tak pasal pelaris??? Pelaris tue sebenarnya apa yer? Untuk menarik pelanggan datang kat kedai kita ke even tak sedap pun..huhu...Hidy pun berniaga gak tapi hidy tak guna pun pelaris mende alah ni..mungin sebab tuela kedai hidy tak vogue macam tu kot....hehe...Hidy nak kongsi tips sikit kat korang kalau nak tahu kedai tue ada pelaris ke tak:


Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


Hidy just nak kongsikan since hidy pun baru jer baca dekat wall facebook cikgu hidy...So kita semua mungkin boleh cuba kalau nak tahu kesahihannya kan...


K la entry kali ini berhenti di sini...Will continue later...=)




Amat menyelerakan...=)


Pic ihsan Mr Google....(^_~)





Friday, 28 October 2011

~Short Update~

Assalamualaikum...

Hye semua...moga korang semua sihat dan sentiasa senyum lebar hingga ke telinga yer...=)))))...Hidy tak da apa pun nak story mory kat entry kali ini..hidy baru jer menggodek hidy punya blog...mesti siapa yang pernah datang bloh hidy akan nampak perbezaan dia kan...

Tadi chat ngan member dan dia la buat hidy excited nak mengubah suai walaupun tak berapa nak pandai..takpe...hidy buat slow2 jer..hidy tak terer macam korang semua..lagipun..blog ini hidy akan update kalau hidy ada masa jer..=)...

K la hidy nak kemas-kemas barang dulu yer...mahu balik sudah...(^_~)...Still tune k for the next entry....

(^_~)V...

Thursday, 27 October 2011

~Tak sabar haihhh!!!!~


Assalamualaikum....

Hye korang...macam mana dengan cuti? Mesti bestkan...mesti jalan sokmo semua ni...=)...hidy tak pergi mana-mana pun...dok rumah jer..memang rehat habis-habisan la...esok nak balik Sg Siput dah...aduh...malasnya rasa nak balik...tapi bila fikirkan hanya 1 1/2 hari jer hidy pun macam rileks jer...hehe...Sebenarnya hidy tak tahu nak update apa pun...memang blank kepala...lagipun masih berada dalam mood kemalasan..

Tapikan hari ini memang tak best langsung...yelah..masa hidy nak ambil duit tadi..kad hidy kena TELAN....uiishhh...serabut kepala hidy..ye la..mana nak guna duit lagikan...tengok2 kena telan dengan mesin gedabak tue..nasib baik hidy bawa buku bank...so keluar duit guna buku la...nasib baik...=)...sampai sekarang hidy rasa pening lagi..tak tahulah pasal apa...mungkin jap lagi hidy nak telan panadol lagi kot...

Ok2...bukan nak cerita tue sebenarnya...sebenarnya hidy tak sabar nak tunggu lagi 2 minggu...harap-harap kali ini berjayalah...moga semuanya dipermudahkan...amin...nanti bila jadi minggu tue, hidy kongsikan yer...memang excited habis kot...lepas tue dalam kepala tak tahu nak buat apa hari tue...bukan apa..hidy tak plan pun lagi..nanti plan2 tengok2 tak jadi pula..serabut jer...=)

K la..hidy nak tengok tv dulu naa...kalau rajin hidy update lagi...harap-harap esok semuanya dipermudahkan dan hidy akan kerja dengan hati yang girang..(^_*)V...k daaaaa...


pic xda motif...=p

Tuesday, 25 October 2011

~Saya pun nak cuti gak!!!!!!~

 Assalamualaikum....

Hohoho...hari ini ramai da start cutikan...kalau kat kilang hidy, almost 89% worker dah cuti...hidy sangat jeles akan mereka...huhu...bukan apa...tak bestlah keje sunyi2 ni..padahal memang kerja sorang-sorang pun kan....=P...xpe2...at least company hidy bagi hidy cuti 2 hari untuk merehatkan minda sambil beronggeng dengan family...hahahaha...Mybe tomorrow ibu nak ajak breakfast kat kedai yang menjadi bualan setiap orang..nak gak rasa betapa sedapnya makanan di sana..hihi...

Korang cuti berapa lama untuk Deepavali ni? Hah...ni mesti lama sebab korang pun sambutkan...hehe....Sebenarnya hidy nak cerita sikit...Semalam kat tempat kerja hidy ada buat majlis sambut deepa kecil-kecilan..hidy just join and jadi photographer diorang...Jom layan gambar dulu...=)


Ni diorang lukis kat depan pintu masuk..=)

Cantikkan bunga ni..kombinasi warna pun catchy..=)


Dua gambar ini je hidy dapat kongsikan..yang lain lebih kepada privasi..hehe....bukan apa..nampak pula karang gambar kilang hidy...=P...Sebenarnyakan hidy ada persoalan..kenapa bila deepavali ni, kaum india suka buat corak-corak macam ini?..adakah melambangkan apa-apa? Siapa rasa tahu leh share dengan hidy  yer...sharing is caring gitu...(^_~)..

Hidy hari ini dah tak berapa rasa nak kerja sangat pun..da dapat mood cuti..susah sikitlah kan...huhu...padahal kerja berlambak giler tak siap..rileks3x....banyak masa lagi...hehe....K la korang..karang hidy melalut ntah pape lagi kan..wait for next entry yer...confirm cair punya lah tengok nanti...=P...

P/S: Sesiapa yang nak drive balik kampung, drive safety k..ingatlah orang tersayang...pesanan untuk diri sendiri juga....bye3xx....

Saturday, 22 October 2011

~ABC ader..Cendol ader...Laksa Hao Liao pun ader..MAI3x!!!!~

Assalamualaikum....

Hye Korang!!!..Rasa keterujaan telah melanda diri ini. Memandangkan hari ini adalah hari Sabtu, maka sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling best dalam banyak-banyak hari. Hari ini mau pulang ke kampung halaman...yeehaaa!!!!!..Dapat lari daripada stress kerja yang datang bedebuk menghimpap kepala hidy tika ini. Malas da hidy nak fikir...hehehehe...dalam masa sejam lagi, hidy akan memecut balik ke Ayer Tawar....(^_~)....

Ok...Apa kena mengena abc, cendol segala ni..Nak tahu???? Ok3x...hidy cerita..dulu lepas grad hidy ada buka gerai @ warung dekat depan rumah. Dulu rancang just nak letak meja dan jual nasi lemak pagi-pagi kan..Last2x sekali ramai yang sokong hidy buat macam kedai makan. So nak buat macam mana memang darah yang mengalir dalam badan ini ada darah berniaga...chewahh...hahahaha....

Walaupun hidy dah kerja kat tempat lain, kedai hidy still buka lagi setiap sabtu dan ahad..Bukan apa, ramai sangat permintaan suruh kami buka kedai...walaweh!!!!..memang macam best sangat jer kedai hidy ni kan...=P...(mau masuk bakul angkat sendirilah jawabnya kan...hihihi)...Ibulah penguat segalanya..tanpa ibu memang takkan jadilah warung ini..Yelah..dialah chef yang menjadi kegilaan dekat Kampung Sungai Wangi ni haa...kalau tak caya der tanya orang-orang kat kampung hidy, mesti tahu gerai Cikgu Rubi MARVELLOUSSSS kan...=).....

So, kedai hidy ada just jual-jual makanan yang macam santai-santai gitu...yang jaranglah orang nak jumpa dekat rumah hidy tu...macam ABC dengan CENDOL...LAKSA dan LAKSA MEE merupakan menu utama dekat kedai hidy....Since sekarang macam dah ramai pelanggan, ibu ada juga buat makanan bergoreng macam mi goreng dan nasi goreng....Tapi apa yang hidy perasan pelanggan hidy ramai yang meminati MI BANDUNG ibu...haruslahkan...ibu hidy memang terer gila masak...main campak2 jer pun sedap...Tapi sayang..bakat memasak hidy tak dapat...bakat memasak ibu Allah anugerahkan dekat adik hidy...adik hidy ni pandai masak..kalah hidy....huhuhuh...But its not the point kan...setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing...Hidy terima jer...tapi hidy still belajar ilmu memasak ni daripada diorang...hehehe.....

next entry nanti hidy akan upload makanan yang hidy jual kat kedai yer...by the way..korang layanlah gambar pinjam dari Mr Google sekejap naa....=)


wah...nampak macam bestkan...siap ada aiskrim lagi....=)....


Ok...nanti hidy update lagi...Tunggu resepi masakan daripada Cikgu Rubi..(^_~)...

Master Chef Kampung Sungai Wangi...hakhakhakhak.....Daaaa.....

Friday, 21 October 2011

~Aku seorang CHEMIST~

Assalamualaikum....

Hye korang...hari ini rasa macam nak berceloteh pasal rutin harianku kini...Ramai member-member hidy yang memilih profesional menjadi seorang CHEMIST...Korang tahu tak chemist ni kerja macam mana? Hah...mesti korang rasa macam gempak habis kan...padahal takde maknanya pun...sama je...Hidy pun tak tahulah kenapa hidy excited sangat nak jadi chemist ni dulu...mentang-mentanglah dulu study ambil kimia...nak juga jadi chemist...Kalau ambil biologi confirm akan jadi BIOLOGIST kan...begitu juga kalo ambil fizik mesti jadi PHYSICIST kan...

Bagi Hidy jadi chemist memanglah best sebab hidy minat. Tapi sekarang dah tak berapa nak minat sebab kena kerja sorang-sorang...Bayangkan kerja dalam suasana yang sunyi jer..Mak aihhh...mahu mati hidy macam ni..Tapi alhamdulillah...hampir 9 bulan dah hidy menyandang jawatan sebagai seorang chemist...kalau cakap dengan korang yang bijak pandai ni mesti korang akan tahu pekerjaan ni...Tapi lagi..hehe...Cer makcik pakcik kat kampung tanya kerja apa...hah??? nak jawab apa?? Deme takdenya nak ngenal kerja chemist ni..deme je tahu pasal doctor, lawyer dan paling femes emes cikgu...Tiap kali soalan ini diajukan dekat hidy..hidy jenuh jugak nak mikiornya...eh...terloghat perak plak...hehe...

Selalunya bila orang kampung tanya hidy akan jawab pegawai kimia jer..kalau diorang tak faham hidy jawab pegawai sains...kalau lagi tak faham jawapan paling mudah hidy bagi, nak tahu apa?...SAINTIS beb...fuh...gila bapak terer hidy nak jadi saintis kan...Bukan apa..itu jer cara nak fahamkan mereka...Kita tak boleh salahkan mereka sebab profesion macam ni memang jarang orang nak tahu sangat..yela kami ni kerja di sebalik tabir je....Tapi..walau apa pun kerjaya ni memang sangat mencabar jugalah walau tak secabar seorang ENGINEER...diorang lagi pakar...lagi satu..pemahaman orang yang hidy noticed kan..kalau berkaitan dengan kimia ni mesti diorang akan kata kami ni belajar buat bom...hahahaaa...aduh...kalau betullah hidy belajar buat bom mahu kaya hidy macam ni...hehehehehe....

Okla...malas nak melalut tak tentu hala hidy nak sambung buat kerja dulu...Inilah pekerja berdedikasi..kerja leh siap update blog lagi.. Mahu kena buang kerja kalau bos tahu ni...hehehe....Jom tengok sikit apa mende hidy wat kat dalam lab....(^_~)


Mula melakukan try n error dalam setiap percubaan...hehehe...

~Review Nano White Skin Care~

Assalamualaikum semua...Selamat Hari Jumaat...(^_~)...

Moga hari ini memberi barakah kepada kita semua. Sesungguhnya esok adalah hari Sabtu, hari yang amat hidy nanti-nantikan...hehe...Okla...Sebenarnya entry kali ini hidy nak kongsi sikit pasal product Nano White ni..Gegurl kat luar mesti pernah dengarkan pasal produk ni...Hidy pun baru jer nak mencuba guna produk ni..Yelah hidy memang mempunyai masalah yang teruk pada kulit muka..Wah cakap sama lu..ada rasa macam nak pakai clorox dah kat muka...hahahaha...

Hidy baru jer guna Nano White dengan harapan masalah yang hidy hadapi sekarang akan berkurangan...Adalah dalam 2 minggu hidy guna produk ni...Mula-mula hidy pakai memang ada naik jerawat kat muka..tapi yang peliknya naik sebelah pipi jer...so hidy tetap juga pakai sebab hidy assume sebelum pakai ni, memang ada ura-ura jerawat tu nak berkenalan...hehe...So after a few days, jerawat tu da kurang da...Now kulit muka hidy memang licin jer...cuma masalah parut je tinggal...So hidy memang kena bersabarlah sikitkan...Jom hidy cerita produk yang mana hidy guna...

1. Pencuci Muka Clay Cleanser


Mula-mula gunalah pencuci muka ni. Best guna pencuci ni sebab ada biji-biji mikro so rasa macam confident je bila cuci tu...Segala kekotoran akan tertanggal...Ada orang dia guna yang snow wash cleanser..tapi hidy pilih yang ini....


2. Refining Toner



Ok..Lepas hidy cuci muka, hidy guna toner ni..toner dia ni wangi sangat dan nyaman je bila kita sapu kat muka..apa yang best pasal toner ni adalah, hidy boleh nampak kekotoran yang tertanggal lekat dekat kapas yang hidy guna..so rasa macam toner ni memang berkesan..dan liang pori hidy pun da tutup da sekarang..=)

3. Concentrated Serum


Selepas dah guna toner, hidy akan guna serum ni..hidy just guna dalam 2 drop je untuk seluruh muka...sapula serum ni dengan rata kat seluruh muka...serum ni bagus untuk merawat tekstur kulit kita..hidy pakai serum ni dengan harapan akan pudarkan parut-parut degil di muka hidy...cepatla hilangkan...=)

4. Cell Moist


Yang paling tak sabar nak pakai adalah pelembap nano white ni..yela..pelembap dia tak berminyak langsung..so bila pakai rasa sejuk pula tue..memang jadi pilihan hatila kan..kulit muka pun rasa lembut je guna pelembap ni...=)

4 produk dekat atas digunakan dua kali sehari..tapi kalau hidy, pencuci muka dengan toner hidy akan guna setiap kali hidy cuci muka...=)...Ok hidy ada juga guna sunblock nano white ni...tapi sunblock ni hanya guna pada waktu siang je..yela..malam mana ada mataharikan...hehe....

5. Sunblock Omega Day Shield


Ok..sunblock dia ni pun senang je nak apply dekat muka..tak berminyak pun kulit muka lepas guna..So ratakanlah di seluruh muka untuk menghalang muka kita daripada burn..=)

Rasanya itu jelah yang hidy dapat kongsikan lepas hidy guna nano white dalam masa 2 minggu...kalau korang semua nak tahu lebih terperinci pasal produk dia ni korang pergi kat website dia eh....=)

Sebenarnya hidy memang tak plan pun nak pakai produk ni..tapi terpengaruh dengan salesgirl tu...yang lebih meyakinkan dia scan muka hidy dan tengok ada kekotoran kat dalam kulit muka hidy..cadangnya nak guna yang trial..tapi tahu sahajalah sikap hidy ni..malas nak ulang alik pergi beli..so hidy decide nak beli terus je yang gedabak ni...banyak lagi produk-produk nano white ni...tapi hidy cuba yang basic dulu jer..kalau betul-betul serasi dengan kulit hidy..mungkin hidy akan cuba yang lain pula..=)..

Kenapa hidy nak buat review ni?  Sebab, hidy try search kat google sape-sape yang pernah pakai nano white..hidy hanya dapat dua tiga orang je...so hidy pun decided nak kongsi dengan korang pasal pengalaman hidy ni..Manalah tahu kot ada sape-sape baru nak cuba atau masih dalam percubaan macam hidy ni...Pape pun kita tunggu perubahannya kan..(^_~)...



Cuba ingin tanamkan kepercayaan pada produk Nano White...=)



P/S: Semua orang nak cantikkan? Tapi inner beauty lagi penting...(^_~)




Thursday, 20 October 2011

~I Miss My Old Me~

Assalamualaikum...

Hye Readers....

Nampakkan..dah nak tambah lagi satu entry baru..hehe...Ok..jenuh jugalah hidy nak setting balik facebook hidy tadi...sebelum ni hidy privatekan sebab ada satu hamba Allah ini masih nak tahu pasal hidykan..chewah...bajet retissss lagi kan...hahaha...Sekarang dah settle dah..alhamdulillah...Sebenarnya kan..tadi hidy ada godek-godek album gambar hidy...terjumpalah gambar dekat bawah nie...jom usha gambar apa ea...hehe...

.....

.....

.....

Ni la pic 1st hidy snap kat Bukit Bendera zaman dulu kala...=)


Bila pandang gambar ni tergamit pula zaman masih muda belia dulu...hehe...sekarang belia lagi cuma tak berapa nak beliala kan...Masa ni umur hidy 19 tahun...wah...muda tu nyah...hehe...Sekarang dah 23 tahun...hampir dah nak tambah 1 tahun lagi pun..huhu..takpe..usia tetap akan meningkat seperti biasa...so terjawablah soalan abby fana kat Sinar fm..apa naik tak turun-turun....(apa ke jadah tetiba soalan ini munculkan)..hehe...ok..ignore je k..=)

Sebenarnya gambar ini adalah titik permulaan perjalanan hidup hidy sebagai seorang insan yang baru nak mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan...hahahaha...buat-buat faham sudahlah maksud di sebalik ayat ini yer...Hurm...hidy rindulah hidy yang dulu..hidy yang penuh dengan kegembiraan dan semangat nak explore dan tahu segala benda..Hidy masa zaman belajar dulu memang best kenangan dia..cuma hidy yang lepas dapat kerja tu macam terkapai-kapai lagi...yelah..baru nak belajar erti berdikari dalam erti kata sebenar..

Masa pertama kali dapat kerja nilah rasa macam nak ibu jer 24 jam...memandangkan hidy memang rapat dengan ibu, hari-hari nak call ibu jer....tapi sekarang tak dah yer...hidy dah boleh adapt dah...=)..Memang rasa macam..kenapalah kena kerjakan..rasa macam tak puas jer nak lepak-lepak sambil makan karipap kat rumah...=)...by the way...hidy memang suka sangat karipap...memang terbaiklah karipap ni..cuma yang sedihnya hidy tak pernah cuba nak buat karipap sendiri..huhu...takpe...nanti hidy try k...(malu tak reti buat kuih...hihi)...

Ok...back to our topic...=)...Dalam masa 4 tahun ini banyak benda yang dah berlaku dalam hidup hidy...ada gembira, ada sedih...tapi hidy rasa tahun nilah hidy rasa paling sedih sebab hidy kehilangan insan yang hidy paling sayang..hidy dah takde opah...sekarang ini tinggal wan jer..wan pun dah selalu sakit...hidy harap moga Wan akan sentiasa sihat selalu..amin...Pernah dengar tak kita kena belajar daripada kesalahan??? Betul tu...kalau kita tak buat salah macam mana kita nak belajarkan? takdalah hidy kata kita kena selalu buat salah..tapi mesti pada kena pada tempatnya kan...=)...

Oklah..nanti hidy update lagi yer...dah nak dekat time balik ni...hidy nak siap-siap kemas dulu...Tapi sebelum tu hidy nak tinggalkan satu 'quote' untuk korang....(^_~)....scroll jom....

................

..............

...............

"Yesterday is History, Tomorrow is Mystery, Today is a Gift,
That`s why it`s called  the Present"



~Kebangkitan Semula~

Assalamualaikum semua..

Lama rasanya tak menulis blog. Blog yang dahulu terpaksa di `deleted` atas sebab-sebab tertentu. Ada insan yang sangat tidak senang hati dengan perkembangan diri ini di dalam blog itu. Inilah manusiakan, walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kita tak mungkin dapat membacanya walaupun kita kenal dengan orang itu sudah lama. Ok..Full Stop!!!. Bukan ingin bercerita kisah dahulu kala.. Sekarang ini hidy rasa hidy perlu kuatkan semangat dan cekal untuk menghadapi apa jua rintangan yang bakal datang..Fuh!!! Macam ada pelawanan dengan pihak lawan pula rasanya kan..=)...

Dengan kemunculan blog ini, hidy rasa hidy adalah hidy yang baru dan hidy yang sentiasa melihat sesuatu perkara dengan pandangan positif sahaja..No more negative in my life.. Starting from today i will promise to myself that i`m not the past hidy, but a new born hidy with the new spirits and want to grab any opportunity in my life. =)...Lets do it hidayah...

Ok...Stop pasal intro..lately ni terlalu banyak bebanan yang hidy terpaksa tanggung..apa nak buatkan inilah lumrah hidup seorang insan yang bernama hidayah..takpe...selagi ada insan di belakang saya yang sentiasa menjadi tulang belakang hidy, hidy tidak akan putus asa. Hidy akan mulakan hidup hidy dengan senyuman bahagia setiap hari dan hidy harap tidak akan ada perkataan BOSAN dah dalam hidup hidy...Insyaallah dengan izinNYA. ..

Wah!!!! Over excited dah ni hidy rasa....hihihi....Inilah pasal kalau rasa keterujaan untuk menulis mula menguasai diri...Takpe...Hidy akan menggoncang dunia...hahahaha..Macam lagu stacy dengan adamla pula kan...=)...

Ini sahaja untuk entry pertama dalam blog ini..Lepas ini akan adalah entry-entry terbaru berkisar hidup hidy. Ini kerana di sini hidy tidak ada teman untuk berbicara hanya dengan blog ini sahaja cara hidy untuk bersembang... Pity of me kan??  No3x...dont pity on me because i dont want to take serious about this issue. Lonely is just a word. But the person that feeling lonely will make decision either he/she want to be lonely all the time. But I`m want make my life happy ever after..perhaps...=)...Rencah dalam kehidupan pasti ada pahit dan manisnya kan??? Hidy akan menghargai insan-insan yang sentiasa menyokong hidy selama ini...Walaweh...terasa perasan retisss lettewww.....hahahaha...biarlah..hanya untuk seketika je kan...hahahahaaha...ok3x....stop dekat sini dahulu...Salam berblogging..(^_~)