Klik Saya

Thursday, 24 May 2012

End Of Story

Assalamualaikum...

Hye semua...hidy baru jer balik kerja ni rasa macam nak update blog plak...Tadi ada incident yang hidy tak tau nak handle diri hidy...Adalah seorang adik ni..dulu dia ada juga tolong hidy dekat lab...But after certain time dia suka sangat buat muka dengan hidy..Hidy macam pelik jugalah..Apsal dia nak buat muka dengan hidykan...Rupa-rupanya adik ni macam cemburu kot hidy ada rapat dengan sorang colleague hidy ni...Hidy takda pape pun cuma mungkin dia rasa insecure kot...So hidy just buat bodo jela and ignore je sikap adik ni ngn hidy..We just ignore each other for around 2 month kot..

Today was a last day for her working at my factory. It just akward when she came to my table and i don't know what she planned to do. But my friend said today was a last day for her. And i just said "so?". After that i just going back to my office and hope she will come upstair and apologize to me. Maybe I'm a bit ego but i think she the one  that need to apologize to me. I`ve no problem to her and we just ok last time. Because of this man we just ignoring each other. So today will end of story about her and maybe i will not see her anymore. I just want to wish you all the best in your study and be a good person to everyone. 

Hoho...Kan hidy da speaking london...huhu...Macam pelik jekan...Sebab benda yang remeh temeh ni hidy boleh terasa. Yes..Hidy mengaku hidy memang cepat sensitif. Takpela...asalkan each other tahu kitaorang dah saling memahami. Hari ni super super penat sebab bos hidy bagi kerja banyak sebelum diorang nak blah g oversea...Will be heaven for me next week...=)

Tomorrow mesti hidy sunyi..Hidy akan mulai rasa kehilangan. Hope he didn't get that job and boleh teman hidy lagi disini...huhu...Nope...Hidy tak boleh pentingkan diri hidy..I've to let him go...

Tuesday, 22 May 2012

Puasa 1 Rejab

Assalamualaikum...

Hye semua...Selamat Petang..Pejam celik dah masuk bulan Rejab kan..Hari ini hidy puasa. Alhamdulillah tahun ini hidy dapat puasa 1 Rejab..=)...Tahun ini hidy berpuasa sekali dengan dia..hehe...Semalam hidy ajak dia puasa sekali dengan hidy. Tup2 dia nak pula..Mengajak ke arah kebaikan tak menjadi 1 kesalahan kan?...=)...

Hari ini pun cuaca mendung je..Rasa ok jer bila puasa hari ini. Insyaallah dalam bulan ni hidy nak banyakkan amalan hidy. Insyaallah...Aduh...Tak boleh nak cerita panjang-panjang sebab ada orang dok mengusha hidy ngah taip blog ni..hehe...Nanti hidy update lagi tau..=)

Monday, 21 May 2012

Minggu Baru Bermula

Assalamualaikum...

Hye semua...hari ini hidy rasa macam nak update blog jer..Yela..hari nikan hari pertama bagi minggu baru yang baru nak bermula. Moga minggu ini akan ada lagi kenangan manis yang dapat hidy cipta. Setelah hampir 3 bulan ditemani dengan rakan sekerja yang caring membuatkan hidy semakin semangat bekerja. At least hidy ada reason yang sangat kuat untuk bekerja..=)...

Tolonglah hentikan masa sehingga hidy dapat apa yang hidy nak. Hidy masih lagi tidak dapat memainkan peranan hidy ni. Biarlah hidy menikmati masa-masa yang ada. Tapi yang paling bestnya, minggu ni minggu last bos hidy ada kat kilang. Lepas tu diorang akan pergi outstation. Tak silap hidy dekat 3 minggu jugalah. Wah...bestkan..kerja tanpa ada satu pun pengawasan. Sekarang ni kira kilang ini kami yang punya...hehe...

Rasa macam banyak jer benda nak kongsikan tapi hidy tak tahu nak mulakan dari mana. Andailah hidy dapat luahkan segalanya kan best. Hanya satu je harapan hidy..Berikanlah hidy masa untuk mengatasinya. Walaupun ia macam sukar nak dimiliki tapi hidy bersyukur kerana dapat merasai. 

* Ayat yang masih berlegar dalam kepala hidy adalah:
     Kelembutan hati awak buatkan hati saya tenang..

Rasa macam nak jawab:
     Hati saya lembut sebab awak buatkan ia tenang...Ok ni ngada...=p

Perjalanan kisah hidy ni ada cabarannya, hidy ada coretkan dekat satu mini diary hidy. Bila baca rasa macam..hollaa!!!..Betulkah semua ini ada berlaku...Macam sukar je nak percaya...



We make some surprise to birthday sister...=)








Thursday, 10 May 2012

Hari Perasaan

Assalamualaikum...

Hye semua...Ada ke orang singgah baca blog hidy ni? Thanks saper yang sudi singgah...=)..Hari ini hidy ada macam2 perasaan..Excited+Risau+Nervous+Sedih+Kecewa+Gembira..Nasib baik kesudahannya adalah kegembiraan..=)...

Hari ini hidy rasa excited sebab satu lagi formula hidy akan dilancarkan. Quite risau + nervous juga risau mana tahu kut2 formula hidy tue salah ke..machine buat hal ke..macam2la..Ambil masa 2 hari juga untuk setting machine roach bait yang baru tu. So minggu ni memang hidy menghabiskan masa dekat production je. Alhamdulillah...Syukur sangat sebab formula hidy menghasilkan paste seperti yang hidy nak..=)...Gembira tak terhingga tapi takdalah nak bangga diri sangatkan...=P...

Rasa sedih + kecewa pula sebab ada perselisihan rakan sekerja hidy. Agak sedih bila orang yang kita percaya rupanya bercakap sesuatu dibelakang kita dekat orang lain. Hidy pun tak tahu macam mana nak react lepas ni dengan orang tue since hidy memang close ngan dia before ni. Adakah hidy perlu react seperti tidak tahu apa2..ataupun hidy perlu jauhkan diri daripada dia...Nasib baiklah ada pendengar setia yang sudi mendengar hidy meluahkan perasaan..Thanks awak...

Malam ni hidy keluar makan dekat dengan Restoran Hanipah di Chemor. Untuk mereleasekan tension memang hidy suka makan...hehe...Untunglah hidy dah ada teman da untuk jalan2 dekat area sini.. Kalau tidak..memang rumah + kilang jela hidy pergi balik..Allah kabulkan doa hidy untuk hadirkan seorang teman untuk hidy di sini...Moga dia akan kekal lama kerja dekat sini..=)...

I`ll always ask myself either he is my mr right..


Wednesday, 9 May 2012

Nak Share Ini!!!

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita.

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orgjodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…

Nukilan Hati

Assalamualaikum...

Hye semua..

Walaupun blog hidy hanyalah satu blog picisan sahaja tapi hidy nak ucapkan terima kasih dekat korang yang singgah blog hidy ni. Hidy tahu hidy memang dah jarang dah nak update dekat blog ni..Tapi insyaallah hidy akan update selalu macam biasa..

Nanti kalau hidy bagi jawapan sibuk macam dah cliche sangatkan. Sebenarnya hidy tak tahu nak update pasal apa..hehe...Rasa macam takda apa yang best berlaku dekat hidy ni dan sikap malas yang membuak-buak.

Sekarang ini hidy macam berada dalam dilema. Tak tahu nak mulakan dari mana. Nak cerita dengan orang rasanya tiada siapa yang akan fahami hidy sebab orang yang sentiasa ada di sisi hidy dah tiada lagi..T_T...
Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Hidy akan teruskan hidup hidy seperti biasa...=)...Tapi ia akan mengambil sedikit masakan. Hidy tahu sebab ini bukan kali pertama hidy lalui benda ini. Moga kali ini hidy akan lebih cekal dan lebih kuat. Mungkin orang akan kata hidy kuat tapi kenyataannya hidy tak sekuat itu. Orang kata biarlah sakit itu kita sorang je yang rasa. Betul tak?

Well.. Tak nak sedih-sedih dah. Mood berubah menjadi happy sebab sekarang ini hidy dikelilingi dengan insan-insan yang cuba untuk menggembirakan hidy. Terima kasih awak. =)

Hari ahad ni kami bercadang nak pergi Bukit Merah. Saja nak lepaskan stress kerja yang menimbun-nimbun. Tambah2 masalah tadi. Memang berpeluhla hidy nak running machine baru tadi dengan formula yang baru. Aissshhh..Menguji keimanan betul. Hidy rasa ni je kot hidy nak share kali ini. Will sharing another soon k..

Macam mana nak tahu orang tu ikhlas ngn kita?


Adakah masih ada sinar?...