Assalamualaikum...
Pagi pagi lagi hidy rasa macam nak kongsi pendapat hidy mengenai CINTA. Bukanlah hidy ni seorang pakar CINTA..But hidy rasa zaman sekarang ni ramai yang buta disebabkan CINTA. Korang perasan tak akan fenomena seperti ini? Zaman dulu bolehlah kalau kata boleh hidup hanya berbekalkan CINTA semata-mata. Tapi zaman sekarang ni, hanya dengan CINTA takkan menjamin pape pun di masa depan korang. Kenapa hidy cakap macam ni? Sebabnya ini berdasarkan pengalaman2 mereka yang hidy lihat sendiri...Semua orang akan memilih untuk mencari pasangan yang terbaik di kalangan yang terbaik. Memang kena memilih sebab ini adalah masa depan kita sendirikan? Baik yang lelaki @ yang perempuan. Tapi kalau lelaki macam nak kikis harta perempuan jangan dipanggil lelakilah. Boleh diklafikasikan sebagai dayus...
Kadang-kadang betul ke kita CINTA orang itu ataupun kita SAYANG orang itu ataupun kita perlukan dia sebab dia seorang je yang sentiasa ada di sisi kita. Kalau CINTA kenapa kita merasakan ada beberapa % yang tidak lengkap dalam diri dia yang kita masih tercari-cari. Yer betul...Tidak semua orang sempurnakan? Tapi sebagai insan yang khilaf kita mesti akan mencari yang sempurna di mata kita.
CINTA dengan kebendaan juga tidak akan menjamin apa-apa. Cuma kita kena buka mata kita sebesar-besarnya untuk melihat siapa dia sebenarnya orang yang kita CINTA. CINTA memang menyatukan dua insan, dua jiwa untuk menjadi SATU. Tapi CINTA juga menyebabkan seseorang itu menjadi BUTA.
Cintailah dia kerana Allah
Cintailah dia kerana dia yang akan menjadi imammu
Cintailah dia kerana dia mencintaimu kerana Allah
4 comments:
cinta manusia selalunya dusta. kan miss hidy?
ye betul..susah nak dapat kepastian cinta yang sebenarnya..
cinta oh cinta.ada apa dengan cinta.hehehe...leh bercinta ngan org atau bnda len tapi pastikan cinta pada-NYA yang paling atas.
arelan: ada apa pada cinta?..=P..Cinta Allah adalah yang teragung...=)
Post a Comment