Assalamualaikum...
Mulakan hari kita dengan bismillah dan insyaallah kita akan sentiasa gembira melalui hari2 kita. Insyaallah.. Di sini hidy ingin berkongsi mengenai JODOH. Hidy rasa semua orang tahu mengenai jodoh ini. Jodoh ini urusan Allah. Siapalah kita untuk meneka siapa jodoh kita. Jika ada jodoh insyaallah pasangan itu akan berkahwin. Betul kan?
Semenjak dua menjak ini, hidy saban hari diajukan mengenai soalan yang berbaur seperti ini. " Bila angah nak kahwin?? soal bapa saudara hidy. Teman juga ada bertanya, "Ko ni bila lagi dy? Nak tunggu siapa lagi baru nak kahwin??". Kadang2 rasa runsing juga bila teman seperjuangan sudah mula membuka tirai baru dalam hidup mereka. Bukan apa, hidy belum merasakan waktu yang sesuai untuk hidy membuat suatu keputusan yang penting dalam hidup hidy. Hidy ada sebab hidy yang tersendiri dan biarlah hidy sendiri yang mengetahuinya. Allah juga tahu.
Kawan hidy ada kata dekat hidy, jangan jadi ego sebab tidak mahu berkahwin. Hidy nafikan sekerasnya, siapa yang tidak mahu berkahwinkan? Ingin menyambung zuriat dan mempunyai pasangan?. Berjaya mana @ setinggi mana pangkat seseorang wanita dia masih memerlukan seseorang lelaki untuk menjadi pelindung dirinya suatu hari kelak. Mungkin belum tiba masanya untuk hidy memikirkan mengenai soal ini.
Usiaku baru sahaja memasuki 24 tahun dan hidy rasa masih banyak masa untuk hidy memikirkan mengenai soal ini. Urusan Allah, kita tidak tahu bila tiba masanya. Mungkin pengalaman lalu membuatkan hidy takut untuk memikirkan mengenai ini. Hidy tidak mahu menjadi hipokrit. Tersenyum gembira di hadapan orang tatkala hati meronta2 ingin meluahkan tangisannya.
Mungkin entry kali ini agak sayu bunyinya. Ini semua rintihan hati agar mereka2 mengerti. Jangan diajukan lagi soalan sebegitu kepada hidy. Hidy ingin berbakti kepada abah dan ibu hidy dulu dan ingin membuat mereka tersenyum bangga akan hidy. Bila tiba masanya, akan ada seseorang yang benar2 membuatkan hidy yakin untuk membina mahligai bersama.
8 comments:
hmmm...memang sayu.bercinta bagai nak rak pon tapi kalau bukan dia jodoh kita tetap tak ke mana.sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tau apa dan siapa terbaik buat kita walaupun dia bukan la seperti yang kita idamkan.
yea btol tue. jodoh di tangan Allah. kita cuma mrancang dan Allah yg tentukan. cuma beza cepat dan lambat jea.
arelan: betul..kita mampu merancang Allah yang menentukannya...
Jiha: jodoh yang cepat sebab jambatan mereka pendek, manakala jodoh yg pnjang sbb jmbtan masih pnjng...hidy tak tahu yg mana 1...huhu
betul tu dayah..jgn tergopoh gapah sgt..pedulikan kata org keliling yg byk songeh tuh..kawin bukan senang..jd kena pilih yg betul2..yg penting hormat mak bpk kita..bukan sekadar dia hidup dgn kita je..tp seluruh keluarga kita..ingat tuh..hehe:)
kak yati: betul 2...lgpun muda lgkan...=)...masih byak bnda perlu dicapai sebelum masuk alam yg baru ni..x hbis nak berkasih syg ngn parents lg...kena cri yg betul2...msih dlm pncarian....
k yati doakan moga dayah dpt psgan hidup yg betul2 boleh membahagiakan dayah di dunia & di akhirat..insyallah..amin..:) yg photographer tu bukan ke???? ngeh2..
kak yati: hukhuk....yg 2 x bolehla kak yati..dia bukan tercipta untukku...chewah..=)
Post a Comment