Klik Saya

Saturday, 9 February 2013

~Selamat Tinggal~

Assalamualaikum...

Pagi ini nak coretkan sesuatu di dalam blog agar permulaan hidup yang hidy pilih ini akan membuat hidy lebih berjaya pada masa akan datang. Akhirnya, hidy telah meletakkan resigned later atas meja bos hidy tadi. Just tunggu dia akan panggil hidy bila-bila masa sahaja. Hidy harap semuanya akan dipermudahkan. Allah memang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita kan? Semasa hari pertama hidy di sini, hidy memang berniat hidy akan mencari pengalaman selama 2 tahun sahaja di sini. Semalam genap 2 tahun hidy di sini, hari ni hidy dah rasa lepas beban di bahu...

Will looking forward another experience in another field pula. Insyaallah hidy boleh lakukan...=).. Rezeki orang nak kahwin ni memang Allah murahkan...=) Weekend ni hidy akan gather dengan kawan-kawan SMKA hidy..I hope we can make it...

Okla..Tak tahu nak coretkan apa dah. Doakan hidy..Bye2x...




Wednesday, 9 January 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Wah..dah nak masuk Tahun Baru...Syukur alhamdulillah..Permulaan awal tahun yang baik bagi hidy..Banyak benda yang hidy harapkan tertunai diawal tahun ini..Amin...

Hidy dapat offer kerja yang sangat hidy nak..Alhamdulillah..Hidy ingat hidy tak lepas dah interview tu sebab memang susah dan hidy tak rasa hidy lepas..Allah Maha Pengatur segalanya...Hidy terlepas satu peluang keemasan tetapi Allah bagi yang lebih indah daripada itu. Syukur sangat terhadap Ilahi..

Pagi ini hidy dapat berita gembira lagi di mana bos naikkan gaji hidy..Alhamdulillah..Macam tahu2 je hidy nak blah..So hidy dalam dilema sama ada nak terus berhenti atau macam mana..Moga hidy diberikan petunjuk..Amin...

Dan berita yang paling hidy pendam selama ini akan menjadi kenyataan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti mana hidy rencanakan. Semoga urusan kami dipermudahkan kehendaknya. Insyaallah...Dia...

Too many things I want to share but I know, someone stalk me through this blog. So, i`ll better keep it secret. Hey you!! Stop stalk me! You are not welcome in my life.

Ok..Sampai di sini sahaja...Bye2...


Friday, 21 December 2012

~Alhamdulillah Syukur~

Assalamualaikum...

Di pagi Jumaat yang mulia ini, syukur terhadap Ilahi sebab telah mengurniakan sesuatu yang amat hidy harapkan. Terima Kasih Ya Allah..Hidy yakin dengan janji Allah. Allah tahu apa yang terkandung dalam lubuk hati kita walaupun kita tidak pernah zahirkan kepada sesiapa mengenainya. Syukur sangat.

Panggilan telefon tadi amat mendebarkan hidy. Hidy tidak menaruh apa-apa harapan pun sebab hidy pasrah dan redha jika ia bukan menjadi milik hidy. Alhamdulillah..Allah Maha Kaya..Dia makbulkan doa hidy setiap hari agar hidy lepas ujian yang sangat bermakna ini. Insyaallah, peluang yang ada ini, akan hidy gunakan sebaik mungkin. Semoga peringkat seterusnya hidy akan berjaya. Insyaallah.

Terima Kasih Ibu sebab sentiasa doakan angah dan sentiasa ada untuk angah. Terima Kasih.

Syukur...Alhamdulillah...



Wednesday, 19 December 2012

~Permudahkanlah Ia YA ALLAH~



Assalamualaikum...

Agak lama hidy tidak mencoret di dalam blog ini. Hanya sekadar memerhati dari jauh untuk mengetahui siapa yang dah update entry sahaja. Rasa macam tidak perlu untuk berkongsi cerita lagi. Tetapi kali ini hidy rasa hidy perlu luahkan kerana hidy tidak tahu nak luahkan dekat siapa. Ianya terlalu peribadi hidy rasa.

Sekarang ini, hidy hanya menghitung hari, waktu demi waktu kian berlalu. Masa pun dah semakin suntuk. Masih tiada apa-apa berita lagi. Semoga semuanya dipermudahkanlah hendaknya. Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir yang hidy akan lalui. Moga semuanya berjalan dengan sempurna. Walaupun hati rasa macam resah, tetapi hidy tahu ini yang terbaik. Baik untuk semua pihak yang dah tahu mengenainya.

Insyaallah..Allah akan beri nikmat kepada mereka yang ingin menuju ke arah jalanNYA. DIA Maha Mengetahui apa yang berlaku dan akan berlaku. Percaya akan dirinya kerana DIA dah merancang yang terbaik untuk hambanya. Semoga hidy istiqomah hendaknya. Insyaallah.

Hidy yakin akan janji dia. Hidy yakin. Berikan daku kesempatan buat kali ini sahaja. Permudahkan segala urusanku YA ALLAH...amin


Monday, 29 October 2012

~Detox Foot Patch~

Assalamualaikum...

Hidy nak berkongsi mengenai detox foot patch. Hidy pasti ramai yang dah tahu pasal benda ni kan?? Takpe..Untuk mereka yang tak tahu detox foot patch ni bertujuan untuk membuang toksin di dalam badan kita. Ada banyak jenis detox yang berada di pasaran sekarang.

Hidy hanya nak kongsikan pengalaman ibu hidy yang mengamalkan pemakaian detox ni. Ibu hidy selalu rasa kakinya kebas dan sakit. Tetapi setelah hidy cuba beli detox gold, alhamdulillah ibu hidy dah semakin sihat. Katanya, kaki ibu rasa ringan dan badan juga jadi semakin cergas. Ini adalah kerana faktor toksin2x yang telah berjaya dikeluarkan melalui detox foot patch.




Detox Gold Foot Patch = Detox & Slimming

Apabila ibu hidy guna detox gold foot patch ni, kaki ibu rasa ringan. Di samping itu, berat badan juga berkurangan.



Detox Green Foot Patch = Detox & Massage

Detox yang ini pula membantu pembuangan toksin di dalam badan dan juga mengurut tapak kaki kita. Kita akan merasa selesa apabila menggunakannya.



Kenali tapak kaki anda


Fungsi Detox Foot Patch


Toksin yang banyak dalam badan boleh mempengaruhi kerja seharian kita. Badan yang tidak sihat boleh mempengaruhi emosi kita juga. 

Kepada korang yang nak cuba detox foot patch ni, boleh email dekat hidy ye. Hidy yakin korang sendiri akan rasa perbezaan sebelum dan selepas penggunaannya..=)


50 pcs = RM 60
100 pcs = RM 110

Email hidy : ku_insafi@yahoo.com



~Jalinan Qaseh Dihatiku~

Assalamualaikum...

Selamat memulakan pekerjaan setelah cuti Hari Raya Haji...=)

Di sini hidy nak share satu jenis produk kecantikan yang hidy guna untuk menghilangkan parut jerawat di muka. Alhamdulillah nak dekat sebulan dah hidy guna. Kesannya amat ketara. Ramai dah yang tegur pipi hidy dah tak nampak hitam akibat parut durjana..hehe

Suka2x...Akhirnya hidy dah berjaya jumpa produk yang boleh menghilangkan masalah hidy yang sekian lama. Korang pernah dengar tak Jalinan Qaseh? Hidy tak berapa nak sure sama ada dia ada branch kat tempat lain atau x. Tapi tak salah hidy HQ dia dekat Manjung berhadapan dengan Billion lama. Rasanya semua orang Manjung tahu kan..=)..


Pernah nampak tak orang MANJUNG????


Meh nak tunjuk produk yang hidy guna ni..


2 IN 1 SET JERAWAT

Kandungan: Beauty soap(50g) dan D'kunyit krim (6g)
CARA GUNA: Basahkan muka, ratakan buih sabun keseluruhan muka. Cuci selama 2- 3 minit. Bilaskan dengan air dan keringkan dengan tuala bersih

Krim D'Kunyit disapu rata pada seluruh wajah.


Hidy sarankan dekat korang2 yang ada masalah macam hidy. Insyaallah..Segala parut yang dulu kala akan makin pudar.

Nak tahu lebih lanjut usha lah Facebook diorang ye..=)









Thursday, 27 September 2012

Hanya Bebelan

Assalamualaikum..

Hurm...lenguh rasa leher ni..Kepala pun semakin berat je kebelakangan ini. Ini petanda faktor kerja yang amat menimbun dan kesukaran untuk mencari pembantu seperti yang hidy inginkan. Susahkan kalau ada orang cerewet macam hidy ni. Memang banyak resume yang hidy ada, tapi satu pun tak menarik hati hidy untuk bekerja di dalam satu lab. Fuhhh!!! Takpe..Mungkin ada hikmah jugakan??..

Dah nak dekat masuk bulan Oktober da...Jantung hidy pun mula berentak salsa da sekarang ni..Perasaan cuak mempengaruhi diri tika ini..hehe..

Sejak keseorangan sekarang ni, hidy jarang berbual dengan teman2 sekerja dah. Rasa macam tidak ada pape pun yang patut dibualkan. Sekarang ni hidy tengah mencari peluang pekerjaan yang baru. Hidy kena move on dari sini. Hope adalah kerja yang sesuai untuk hidy nanti..=)

Okla..Hidy dah jadi boring person kan?..=P..

Malam ni nak pergi relaxkan otak sikit. Nak main badminton dengan si dia dan rakan2..Badan dah macam tak boleh nak berfungsi dengan sendiri da ni..

Bye2x..


Siapa yang akan menang nanti ek??