Klik Saya

Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

~Selamat Hari Lahir ke-25~

Assalamualaikum...

Selamat Hari Lahir hidy ucapkan buat si dia. Moga dengan meningkatnya usia si dia, akan mematangkan lagi dirinya. Tiada apa yang mampu dy berikan, tapi hidy doakan agar si dia sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki. Amin.





P/S: Coklat wakil utusan dy untuk awak..=)

Monday, 28 November 2011

~Salam MaalHijrah 1433~

Assalamualaikum...




Selamat Tahun Baru, Salam MaalHijrah 1433. Alhamdulillah bersyukur kita sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas menyambut tahun baru bagi umat islam. Moga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua akan menjadi yang lebih baik daripada diri kita sebelum ini. Insyaallah. Amin.

Hidy tahu hari ini hampir semua pekerja sedang berehat-rehat di rumahkan. Alangkah bahagianya kalau kilang hidy ni pun cuti juga, Tapi jawapannya haruslah tidakkan. Demi sesuap nasi hidy teruskan juga bekerja pada hari ini. (padahal memang takde cuti pun..huhu)...

Hidy drive dari rumah tadi dalam pukul 6.30 pagi, agak sedikit kehairanan pada mulanya kerana jalan tersangatlah lengang, heaven jer waktu drive tadi tanpa perlu tergopoh gapah. Rupanya baru teringat hari ini cuti umum, dengan ,mata yang masih kengantukkan hidy pun drive la juga untuk menuju ke Sungai Siput.

Korang pernah kena speed trap tak? Hidy ni tak tahulah pernah kena ke tak, tapi hidy memang bawa kereta laju, semalam BFF hidy cakap jalan Ipoh-Lumut tu ada speed trap, ramai orang kena. Tapi macam pelikla, jalan dekat situ memang clear habislah kalau nak bawa laju. Hidy pun terpengaruh nak drive laju2 sebab semua orang bawak speed lebih drp 100km/j..hidy paling tinggi pun boleh lari 120 km/j..Kalau malanglah nasib hidy, haruslah dapat surat cinta nanti. Harap-harap janganlah kan. So, siapa dekat sini yang pernah kena? Mahal tak saman dia? huhu...rabak poket hidy lepas ni..

Ok2..tak nak cerita yang sedih2 dah. Sempena dengan tahun baru ini, hidy berazam untuk menjadi seorang yang bijak berbelanja dan pandai menabung. Hidy ni boleh dikatakan species yang boros, yela..selagi ada duit, selagi tuelah nak belanja. Harap2 hidy lebih bijak menguruskan kewangan hidy dan tidak terlalu mengikut kehendak daripada keperluan hidy sendiri. Semoga hidy akan berjaya. Amin.

Macam mana dengan azam korang pula? Moga2 kita semua berjaya merealisasikannya kan. Insyaallah...

K la, will update later k...Bye2x..(^_~)V




Friday, 4 November 2011

~Balik Kg Jom~






Assalamualaikum....

Hye korang...Salam pagi jumaat...=)... Wah hidy tengok ramai dah siap-siap nak balik kampung malah ada yang dah sampai kat kampung masing-masing dah ni. Eeiii...jelesnya hidy. Esok baru hidy balik sebab esok kena kerja lagi. Ermmm...What the what the...haahahahahah...

Pape pun, those yang nak mulakan perjalanan nanti be careful k. Pandu cermat jiwa selamat. =)...
Lusa bolehlah kita sama-sama tengok lembu kena korban..=)..Hidy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dekat korang semua. Hari ini hidy rasa seronok sangat. walaweh!!!!...

Tak sabar nak menunggu hari esok...Sabar hidy....Ok...byebye3x...(^_~)



Monday, 31 October 2011

~Raya Haji ramai orang buat tak kisah jer!!!~

Assalamualaikum...

Hye korang...sihat?..harap sihat semuanya..amin..hidy dah lama dah nak update tapi takda masa untuk hidy nak feeling2 gitu...memandangkan hidy terlalu sibuk dengan hal-hal kerja hidy.maka entry ini hanya dapat dibuat sekarang...(uisshhh..feeling bz la kononnya kan...)...=P...ok tak tipu..hidy memang bz untuk jangka waktu seminggu ini...ececeh....cepatla sampai hari sabtu kan....

Pejam celik dah nak raya haji pula...Di kesempatan ini hidy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL  kat korang semua..semoga raya haji tahun ini memberikan erti pengorbanan yang bermakna dalam hidup kalian semua..amin...Ok..hidy nak tanya sikit...kenapa bila raya aidilfitri orang panggil raya puasa dan bila raya adiladha orang panggil raya haji???? cer jawab siapa yang boleh bagi jawapan hidy belanja makan free kat kedai hidy...=)...Hidy dah ada jawapan tapi tak nak bagitahu lagi..=p...Fikir-fikirkanlah...hehe

Sebenarnya hidy nak kongsi pendapat korang semua mengenai raya haji ni? Hidy macam pelik, kenapa bila raya haji ni ramai orang buat macam tak kisah jer...tak sama langsung macam raya puasa..kalau raya puasa, habis licin licau rumah tue berkilat, tukar langsir barulah, buat baju rayalah...yang paling best kuih raya nun hah....berbalang-balang....bila raya haji semua buat endah tak endah jer... (ok..hidy memang terasa...huhu)

Korang semua rasa tak benda yang hidy rasakan ni? Wah!!!!  kalau korang pun rasa macam yang hidy rasa makanya kita ada chemistry la..tak ghitu...=D....hehe...Eh...hidy...cuba ko cakap tue macam orang yang berpelajaran sikit..ni sembang benda yang ntah pape kan...Ok2x...kita serius sikit bila berbicara pasal RAYA AIDIL ADHA ni yer...=)

Hari RAYA AIDILADHA dikaitkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk dijadikan korban demi memenuhi perintah Allah S.W.T. Akan tetapi dengan kuasa Allah, kibas menjadi pengganti Nabi Ismail. Begitu besar kekuasaan Allah kan kalian?..Subhanallah...

Selepas sembahyang hari raya aidiladha, akan ada penyembelihan korban. Akan adalah lembu dan unta yang akan dikorbankan. Dulu hidy ada tengok lembu dikorbankan dekat masjid rumah hidy. Kebiasaanya di kampung hidy, kaum lelaki akan bergotong-royong menyembelih dan melapah daging lembu, dan kaum perempuan pula akan bergotong-royong untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Contohnya seperti kari daging..Aktiviti seperti ini memang akan merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk kampung. Selepas penyembelihan, akan adalah agihan daging untuk setiap penduduk kampung. 

Hah...nampak macam eduction tak entry hidy kali ini..=). Hidy rasa semua orang tahu pasal hari raya haji=korban ini. Dalam kehidupan seharian kita, berbagai-bagai pengorbanan yang saban hari kita lakukan, sama ada korban untuk diri sendiri ataupun korban untuk orang lain. Korban yang paling besar adalah korban seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Nasihat hidy untuk diri sendiri dan juga kalian semua, sayangilah ibu anda kerana tanpa mereka anda tidak dapat melihat keindahan ciptaan Allah ini. Sudah pasti tidak lupa korban seorang ayah yang tidak mengenal erti susah yang mencari rezeki untuk kesenangan ahli keluarganya. Korang semua pernah berkorban??? Korban dari segi apa??  Jangan cakap dekat hidy kalau korang katakan korban cinta macam Aris Ariwatan tue. hehe...

Oklah...Setakat ini je la entry hidy kali ini yer..hidy nak kongsikan beberapa gambar pada raya haji hidy pada tahun lepas...(^_~)




daging lembu yang dah siap digantung...



kepala lembu..=)




Proses nak melapah...


Hidy ada ambil video juga tetapi macam malas nak upload...=P...so kita tengok hari ahad nanti macam mana yer..=)


P/S: Pengorbanan penting dalam kehidupan kita walaupun kadang-kadang amat perit untuk kita hadapi. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada hidy...





Tuesday, 25 October 2011

~Saya pun nak cuti gak!!!!!!~

 Assalamualaikum....

Hohoho...hari ini ramai da start cutikan...kalau kat kilang hidy, almost 89% worker dah cuti...hidy sangat jeles akan mereka...huhu...bukan apa...tak bestlah keje sunyi2 ni..padahal memang kerja sorang-sorang pun kan....=P...xpe2...at least company hidy bagi hidy cuti 2 hari untuk merehatkan minda sambil beronggeng dengan family...hahahaha...Mybe tomorrow ibu nak ajak breakfast kat kedai yang menjadi bualan setiap orang..nak gak rasa betapa sedapnya makanan di sana..hihi...

Korang cuti berapa lama untuk Deepavali ni? Hah...ni mesti lama sebab korang pun sambutkan...hehe....Sebenarnya hidy nak cerita sikit...Semalam kat tempat kerja hidy ada buat majlis sambut deepa kecil-kecilan..hidy just join and jadi photographer diorang...Jom layan gambar dulu...=)


Ni diorang lukis kat depan pintu masuk..=)

Cantikkan bunga ni..kombinasi warna pun catchy..=)


Dua gambar ini je hidy dapat kongsikan..yang lain lebih kepada privasi..hehe....bukan apa..nampak pula karang gambar kilang hidy...=P...Sebenarnyakan hidy ada persoalan..kenapa bila deepavali ni, kaum india suka buat corak-corak macam ini?..adakah melambangkan apa-apa? Siapa rasa tahu leh share dengan hidy  yer...sharing is caring gitu...(^_~)..

Hidy hari ini dah tak berapa rasa nak kerja sangat pun..da dapat mood cuti..susah sikitlah kan...huhu...padahal kerja berlambak giler tak siap..rileks3x....banyak masa lagi...hehe....K la korang..karang hidy melalut ntah pape lagi kan..wait for next entry yer...confirm cair punya lah tengok nanti...=P...

P/S: Sesiapa yang nak drive balik kampung, drive safety k..ingatlah orang tersayang...pesanan untuk diri sendiri juga....bye3xx....