Klik Saya

Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Wednesday, 22 February 2012

Benda Itu Memandangku...SERAM

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Macam dah lama jer hidy tak update entry baru. Jawapan yang cliche sangat sibuk macam tak boleh diguna pakai dah zaman ni kan. Direct to the point je la. Korang semua pernah tak berhadapan dengan lembaga hitam @ hantu @ jin @ whatsoeverwecallthatthings? Hidy tak berapa nak pasti sama ada apa yang hidy nampak tu benda tue @ tidak. Tapi sampai hari ini, hidy takut bila nak tidur malam. Hidy takut kejadian malam tue berlaku lagi. 

Hari Isnin hari tue, hidy macam susah nak tidurkan so macam biasa hidy dengarlah radio. Tiba2 radio hidy dengar ni siaran dia macam tak clear macam biasa. Hidy teringatla dalam drama2 kalau ada entiti yang halus ni maka siaran akan macam tak berapa nak clearla. Hidy dah rasa seram sejuk dah badan hidy. Tapi hidy cool lagi sambil betul earphone punya position. Bila hidy palingkan muka hidy tetiba hidy nampak ada lembaga hitam tengah pandang hidy. Luckily hidy ni rabun so tak berapa nak nampak muka dialah kan. Dahla gelap. Hidy terus peluk Bulat dan baca ayat kursi 3x. Sikap ingin tahu hidy timbul pula masa tue, hidy pun pusing lagi sekali nak tengok bayangan hidy @ apa kan. Bila hidy paling lagi sekali, benda tue masih ada pandang hidy. Ya Allah...hanya allah jer tahu perasaan gementar hidy pada masa tue. Memang hidy takut sangat sebab hidy tak pernah nampak sebelum ni. Lepas tue hidy terus baca jer apa yang terlintas masa tue dan hidy beralihkan badan hidy ke sebelah lain. Alhamdulillah benda tue dah tak da dah. 

Saat hidy cerita ni, hidy masih terbayang benda tue. Hidy tak tahu kenapa tetiba je benda tue dok kacau hidy. Hidy selalu juga mimpi yang bukan2 sebelum ni tapi takdalah sampai nampak benda tue kan. Hidy boleh ingat lagi rambut @ apa di bahagian kepala dia yang serabai. Macam kerinting @ pape jela...huhu....

Sekarang ni hidy tidur tak tutup lampu sebab hidy takut. Hidy tahu dia pun makhluk Allah juga dan kita manusia lagi bagus daripada dia kan. Tapi lumrah manusia juga yang takut melihat kejadian aneh macam nikan. Alhamdulillah malam tadi hidy tidur dengan tenang. Ada juga terjaga time malam tapi syukur bilik hidy terang. Sekarang ni hidy jadi macam lemah semangat dah bila sorang2. (Most all the times I`m alone..huhu)..

Moga hidy dijauhkan daripada hasad dengki manusia dan dipelihara daripada tipu daya syaitan. Amin.

P/S: Macam ada something je will happened lepas ni...hurm...

Lindungila Aku Ya Allah....Amin....



Wednesday, 1 February 2012

Jodoh Itu Urusan Allah

Assalamualaikum...


Mulakan hari kita dengan bismillah dan insyaallah kita akan sentiasa gembira melalui hari2 kita. Insyaallah.. Di sini hidy ingin berkongsi mengenai JODOH. Hidy rasa semua orang tahu mengenai jodoh ini. Jodoh ini urusan Allah. Siapalah kita untuk meneka siapa jodoh kita. Jika ada jodoh insyaallah pasangan itu akan berkahwin. Betul kan? 

Semenjak dua menjak ini, hidy saban hari diajukan mengenai soalan yang berbaur seperti ini. " Bila angah nak kahwin?? soal bapa saudara hidy. Teman juga ada bertanya, "Ko ni bila lagi dy? Nak tunggu siapa lagi baru nak kahwin??". Kadang2 rasa runsing juga bila teman seperjuangan sudah mula membuka tirai baru dalam hidup mereka. Bukan apa, hidy belum merasakan waktu yang sesuai untuk hidy membuat suatu keputusan yang penting dalam hidup hidy. Hidy ada sebab hidy yang tersendiri dan biarlah hidy sendiri yang mengetahuinya. Allah juga tahu.

Kawan hidy ada kata dekat hidy, jangan jadi ego sebab tidak mahu berkahwin. Hidy nafikan sekerasnya, siapa yang tidak mahu berkahwinkan? Ingin menyambung zuriat dan mempunyai pasangan?. Berjaya mana @ setinggi mana pangkat seseorang wanita dia masih memerlukan seseorang lelaki untuk menjadi pelindung dirinya suatu hari kelak. Mungkin belum tiba masanya untuk hidy memikirkan mengenai soal ini.

Usiaku baru sahaja memasuki 24 tahun dan hidy rasa masih banyak masa untuk hidy memikirkan mengenai soal ini. Urusan Allah, kita tidak tahu bila tiba masanya. Mungkin pengalaman lalu membuatkan hidy takut untuk memikirkan mengenai ini. Hidy tidak mahu menjadi hipokrit. Tersenyum gembira di hadapan orang tatkala hati meronta2 ingin meluahkan tangisannya.

Mungkin entry kali ini agak sayu bunyinya. Ini semua rintihan hati agar mereka2 mengerti. Jangan diajukan lagi soalan sebegitu kepada hidy. Hidy ingin berbakti kepada abah dan ibu hidy dulu dan ingin membuat mereka tersenyum bangga akan hidy. Bila tiba masanya, akan ada seseorang yang benar2 membuatkan hidy yakin untuk membina mahligai bersama. 




Wednesday, 18 January 2012

~TAK BOLEH Solat Masa Bekerja~

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari....Ok straight to the point...Hidy memang sangat tidak berpuas hati dengan pengurusan di company hidy...Memang siapa tak marahkan bila kita nak solat orang tak bagi...Memang tak la kan....Ok...Ini bukan pasal hidy sebab hidy punya lunch hour memang pukul 1pm...So hidy boleh solat di rumah...But hidy kesian dekat pekerja melayu yang baru nak kerja kat kilang ni...Mereka tak diberi/dibenarkan untuk bersolat....

WHY SO RACISM!!!!!!

OK...fine...Kalau dah tak boleh nak bagi masa untuk solat jangan ambil operator melayu...Gila kentang ke apa...I know, ada people yang also malay yang tak solat dekat sini sebab diorang tak pernah requestkan...So bila diorang da request mula la nak meeting apa la...what the fish la kan...As a factory manager i think the decision just can simply done by you...Why need to have all the unnecessary meeting segala dengan HQ...Small problem je pon...Tak rugi pun kalau bagi masa 10 minit untuk solat....

Hidy memang tak puas hati since hidy pun malay gak..Ada ke soalan dia tanya dekat hidy "need to to everyday ke???"....Memang rasa macam nak ni....Sabar2x.....Takkan hidy nak tengok kaum hidy buat dosa sebab diorang tak boleh nak solat...Ni kalau bawa pergi BURUH harus masak company ni... Hidy suggest je kat adik2 ni kalau diorang tak dibenarkan solat...tak yah kerja dekat sini...Geramnya hidy....Ingat hidy malay dekat sini hidy akan berdiam diri....Rasa macam bertanggungjawab pula....

Just watch and see la berapa lama diorang akan bertahan dekat sini....

Solatkan tiang agama, wajib dilakukan walau dengan apa keadaan sekali pun...




Thursday, 5 January 2012

~Kita dekat dengan ALLAH, ALLAH pasti akan tolong kita~

Assalamualaikum...

Hye semua...Selamat Malam!!!!.. Macam mana dengan hari ini? Hidy baru je balik dari KL...Agak penat jugalah  kan..tapi nak buat macam mana kerja harus dilakukan...Azam tahun baru..=)

Entry kali ini hidy just nak sharing apa yang hidy rasakan ketika ini. Hidy rasa tenang sangat ketika ini tanpa gangguan daripada sesiapa. Bila hidy mula je rasa sunyi hidy akan ingat pesanan arwah opah..Zikrullah...sebab dengan zikrullah kita akan terhindar daripada memikirkan perkara2 yang tidak sepatutnya kita fikirkan...

Sayu juga hati ini bila gunakan tasbih kesayangan opah..terasa opah pandang je hidy...Mungkin hidy rindukan opah kot. Moga tahun ini hidy akan menjadi hamba yang lebih sempurna di mata Allah...Insyaallah...Hidy percaya, bila kita dekat dengan Allah, Allah pasti dan akan sentiasa tolong kita walaupun kita berada di saat getir. Moga segala urusan hidy dipermudahkan olehNYA..

Tiada siapa yang akan mengubah diri kita kalau kita sendiri tak ingin berubahkan..Ajal maut di tangan tuhan..Bila2 saja ia akan menjemput. Bersedialah sebelum ia datang menjelma. Takut akan mati menjadikan diri kita lebih dekat akan Allah. Nafsu dalam diri yang sebenarnya menjadi pencetus kita semua melakukan perkara2 mungkar.. Kita kena perangi nafsu itu sendiri yang sering bermain di fikiran dan mengajak kita melakukan perkara2 yang mungkar. Misalannya meninggalkan solat yang memang wajib dilakukan. Solat adalah tiang agama. Jika solat kita pun terumbang ambing di mana letaknya iman kita?? Betulkan solat kita dahulu agar iman kita teguh. Solat bila menjadi rutin harian kita, kita akan merasa sayang untuk meninggalkannya. Berubahlah sebelum terlambat. Sebab Allah sentiasa membuka pintu taubatnya untuk kita..Insyaallah...


P/S: renungan untuk diri sendiri juga..

Wednesday, 28 December 2011

~Rasa macam nak menjerit kuat2x!!!!!!~

Assalamualaikum...

Hye semua..Hidy rasa macam nak menjerit jer kuat2..Tapi takde port yang sesuai...hurm....=(.....Hidy nak jerit dekat blog jela....aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!.............aaaaargggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....Fuh....lega sikit walaupun hanya monolog dalaman...

Banyakmya kerja hidy datang bertimpa2x...yang dulu punya pun tak setel lagi..dah datang yang baru...dah bertindih2 sampai tak ingat mana satu yang patut buat dulu...Sekali bos mintak semua dalam sekelip mata....Aduhhh!!!! Tensionnya hidy...lama dah tak tension macam ni...Nak tidur pun otak dok ingat nak kira2x formula...Malang betul nasib hidy bulan ni...Kerja engineer pun hidy kena buat jugak...Issshhh...geram betul...Hidy tak kisah dapat kerja banyak..Tapi janganlah bagi berlambak terus...Bagi masa dekat hidy...Hidy bukan robot nak buat semua tanpa henti....

Sekarang ni hidy ikut jer badan hidy nak buat kerja yang mana satu...otak dah toink2x..bila meeting hidy just diam, angguk n tulis..Dah tak banyak soal dah..Malas nak soal nanti hidy yang kena pk jawapan dia balik...angguk2x geleng2x jela...

Okla korang..hidy nak setel kerja hidy dulu yer...Ada masa hidy update lagi....Daaa...


Rasa macam nak gigit je lappy ni....



Friday, 23 December 2011

~Tak Puas Hati!!!~

Assalamualaikum...

Hmmm...Pagi2 mood hidy dah spoil la...baru jer semangat waja nak buat kerja. Geramlah hidy dengan sistem pengurusan production ni. Bagi kerja last minute, lepas tue kerja dia suruh kita yang buat. Mana sempat nak buat test kalau esok dah naik shipment. Isshh....rosak terus schedule hidy hari ini..(fuh!!! sabar2...hari ini kan hari JUMAAT)


Okla..Nak pergi marah dekat production site sebab buat schedule huru hara...Daaa...

Wednesday, 21 December 2011

~Suddenly Google Disabled My Account~

Assalamualaikum..

Morning semua!!! Fuhh!! Lega masih boleh jumpa blog ni. tadi hidy nak komenlah kat blog blogger lain tetiba je dia kata account disabled. Hidy rileks lagilah..Lepas tu hidy nak buka blog hidy tak jumpa. Kata dah removed. Giler tak cuak! Rasanya hidy mana ada langgar pape pun diorang punya terms. Menggelabahlah sekejap tadi.


Somebody help me please!!!


Hidy try lagi sekali. Mr G ni cakap ada unusual activitylah dalam blog hidy ni. And hidy pun tak tahu apa benda yang unusual nya..huhu..Luckily, lepas hidy mintak verify code terus hidy boleh sign in. So bewarela kalau benda ini terjadi kat korang ye...


Fuhh!! Lega...=)

Oklah..Nak sambung buat kerja dulu..Bye3x....

Thursday, 15 December 2011

~Mood senyum kambing di pagi hari...=)~

Assalamualaikum...


Wah!!! hidy tersangat gembira sangat pagi ini. Bos hidy datang offis hidy dan bagi hidy Executive Portfolio Diary untuk tahun depan. Hidy memang dah aim dah benda ni aritu. Tapi xkan nak mintak pula kan sebab benda tu memang limited editionlah...=)...Mungkin dia saja nak emoi2 hidy ni sebab produk baru hidy dah nak launch tahun depan ni..=)..Ok..gembira tak terhingga sampai asyik nak senyum macam kambing dah ni..hahahaha...

Ok..dah...Semangat nak buat kerja hari ini...=)...

Senyum tak perlu kata apa2..


Saturday, 10 December 2011

~Mood tengah terketaq2~

Assalamualaikum...

Morning semua!!! Ok xnak citer panjang2..tapi sekarang tengah rasa takut tahap gaban sebab nak jmpa factory manager lepas ni...dari pagi tadi dia dok marah semua supervisor....huhuhu..janganlah hidy menjadi sasarannya selepas ini. Saya tak bersalah..Adoi..cepatlah masa berlalu...Moga semuanya dipermudahkan..Amin..


P/S: Hari ini nak balik kampung..=)...