Klik Saya

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Friday, 23 March 2012

KENAPA PASANGAN MEMILIH UNTUK BERPISAH?

Assalamualaikum...

Malam ini hidy macam nak kongsikan pendapat hidy mengenai percintaan yang putus di tengah jalan. Ramai kawan-kawan hidy yang berhadapan dengan masalah seumpama ini. Soalan yang terlintas di fikiran hidy ketika ini ialah KENAPA KEKASIH MEMILIH UNTUK BERPISAH?.

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi seperti ini? Tidak kira sama ada lelaki @ perempuan hidy rasa masing-masing pernah terfikir mengenai perkara ini kan? Apabila hidy tahu kawan hidy baru lepas putus dengan pasangan mereka soalan KENAPA KEKASIH MEMILIH UNTUK BERPISAH? terdetik di benak hati hidy.

 
Hati kita akan menafikan jika dia bukan orang yang kamu cari. Pintalah kepadaNYA,DIA maha mendengar..

Ada beberapa sebab yang hidy rasakan mengapa seseorang mengambil keputusan yang agak drastik seperti ini setelah bersama-sama mengharungi suka duka dalam percintaan.

1. Pasangan itu mula merasa ketidakselesaan dalam perhubungan

Walaupun hubungan yang terjalin telah bertahun-tahun pasti ada di mana situasi yang menyebabkan ketidakselesaan itu timbul. Dalam percintaan tidak semua pasangan menunjukkan sikap sebenar mereka 100%. Sikap yang agak jelas apabila pasangan itu mula mengelak apabila untuk dihubungi tidak kira sama ada mesej ataupun panggilan Apabila ketidakselesaan itu ada, maka jalan terakhir adalah mengakhiri sahaja perhubungan itu.

2. Pasangan kita ada orang ketiga

Situasi ini sering berlaku apabila perpisahan itu hadir. Tipulah kalau tiba-tiba sahaja pasangan kita berubah hati, sering mencari kesalahan kita walaupun kecil. Mesti ada orang ketiga yang mula menggoyah hatinya @ mencuit hati dia. Setiap orang mencari kesempurnaan dalam kehidupan tetapi hati yang telah diberi harapan agar sukar menerima hakikatnya. Jangan kita sakiti hati orang jika tidak mahu kita disakiti.

3. Pasangan kita tidak dapat memberi komitmen

Setiap yang bercinta semuanya mengimpikan hubungan itu berakhir dengan sebuah perkahwinan yang dihiasi dengan kasih sayang dan juga kebahagiaan. Jika kita telah bercinta bertahun-tahun lamanya akan tetapi pasangan kita tidak memberi sedikit pun  komitmen untuk menuju ke arah itu, mungkin kita akan rasa sedikit goyah dan mula memikirkan percintaan ini hanya sia-sia. Kebiasaanya apabila membicarakan soal komitmen ini, ia lebih tertumpu kepada kaum lelaki di mana mereka harus bersedia dari segi kewangan dan juga kerjaya. Kaum lelaki yang akan menjadi nakhoda dalam sebuah perkahwinan. Zaman sekarang ekonomi merupakan tunggak utama kebahagiaan sebuah perkahwinan.

4. Tidak mendapat restu keluarga

Setelah berusaha sedaya yang mampu tetapi masih tidak lagi mendapat restu keluarga pasangan kita mula merasakan perhubungan ini tidak akan kemana-mana kerana percaya tanpa restu keluarga sebuah perkahwinan itu tidak akan mendapat keberkatan. Tidak ingin merumitkan keadaan beserta pasrah dengan apa yang terjadi, pasangan itu percaya dengan takdir. Ada jodoh insyaallah tidak akan kemana. Indahnya percintaan jika semua orang gembira.

5. Pasangan masih tidak mahu berubah

Mungkin ada sikap pasangan yang tidak disenangi tetapi setelah dinasihati pasangan masih tidak berubah. Mungkin pasangan mula merasakan dia tidak akan ada masa depan yang bahagia jika sikap pasangan ini masih berterusan. Maka berpisah adalah jalan terakhir.

Banyak lagi sebab mengapa pasangan memilih untuk berpisah. Terlalu banyak yang hidy rasa tak mampu hidy kongsikan. Sedikit sebanyak hidy harap info ini dapat membantu mereka yang di dalam dilema sama ada ingin meneruskan perhubungan ataupun tidak. 

Bagi hidy, jika pasangan kita tidak dapat memberi komitmen seperti yang kita harapkan, janganlah kita sia-siakan masa kita. "Move on'".. Terdapat ramai lagi insan di luar sana yang boleh bagi komitmen seperti yang kita harapkan. Ramai yang mengatakan mencintai tak semestinya memiliki. Mungkin ianya benar tetapi selagi ada kemahuan untuk memiliki kita akan usahakan yang terbaik untuk membuktikan kasih sayang dan cinta kita kan? Jika ianya bukan jodoh kita maka redhalah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Simpan sedikit rasa sayang untuk diri sendiri agar kita tidak akan merasa sakitnya apabila kecundang dalam percintaan"

P/S: Let it go...Move on...Setiap orang berhak memilih...=)


 
Allah yang mengatur perjalanan hidup kita..Percaya kepadaNYA


Saturday, 4 February 2012

~Matang Seseorang itu Dari....~

Assalamualaikum...


Pagi yang indahkan hari ini? Bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Pagi ini hidy ingin berkongsi pendapat mengenai sikap matang seseorang individu. Apakah yang dimaksudkan dengan matang ni? Matang bagi sisi mata hidy adalah di mana seseorang itu membuat sesuatu perbuatan @ percakapan yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Mengambil sesuatu perkara setelah mengkaji secara terperinci @ dengan ayat yang lebih mudah semua yang berlaku mesti ada sebab musabab ia yang tersendiri.

Ada juga yang mengatakan sikap matang ini akan hadir bila seseorang individu itu bergaul dengan orang yang lebih berusia daripada mereka. Ada juga benarnya teori ini kerana bila kita berada dalam lingkungan @ kelompok ini secara tak langsung kita akan mengubah cara pemikiran kita. Hidy rasa budak2 zaman sekarang ini cepat matang kerana faktor mereka yang lebih terdedah dengan isu2 semasa dan juga persekitaran mereka. Hal ini semua merangsang otak2 mereka untuk berfikir dengan aktifnya.

Kita berbalik pada sikap tidak matang seseorang. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap tak matang ini pula? Kita ambil contoh daripada pendekatan keluarga. Misalannya, ibu belikan adik sebuah buku yang sebenarnya menjadi idaman si kakak. Apabila si kakak ni tak dapat buku itu, dia mula memberontak. Sama ada dengan perlakuan @ perbuatan. Sikapnya seakan2 kebudak-budakan yang memaksa ibu untuk membelikannya buku itu juga. Kalau dari sikap matang, mungkin si kakak boleh berkongsi dengan si adik akan buku itu. Mungkin dia akan mengerti bahawa si adik lebih memerlukan buku itu daripadanya. Atau mungkin berfikir ibu ada membeli hadiah yang lain untuknya. Sikap matang seseorang itu akan terzahir dengan cara pemikiran mereka yang mengambil sesuatu keputusan dari sudut yang positif bukannya negatif.

Hidy kadang2 rasa malu dengan diri sendiri bila mengimbas kembali hidy pada 5-10 tahun yang lepas. Memang hidy akui hidy masih belum matang pada masa itu. Sikap yang suka merajuk, memberontak apabila apa yang diingini tidak dituruti dan sikap yang inginkan perhatian daripada ibubapa hidy. Rasa kasihan juga pada adik hidy dulu. Sebab kena berkorban dengan sikap hidy dan dia hanya memendam apa yang dia rasa di dalam hati. Sekarang, bila hidy dah menginjak dewasa, hidy lihat sikap hidy yang dulu dalam diri adik hidy. Tapi masih terkawal la. Memang zaman kejahilan memberi 1001 satu memori untuk kita kenangkan.

Pernah sikap hidy yang tak matang dulu hanya kerana bila masa nak makan pinggan nasi hidy tak dihidangkan, hidy boleh merajuk tak makan. Aduh...Hidy sendiri tak mengerti kenapalah hidy macam tue dulu. Tapi sekarang tidak lagi yer. Hidy rasa hidy dah matang untuk mengatasi hal2 dalam hidup hidy. Apa yang hidy rasa sekarang adalah hidy mahu yang terbaik untuk keluarga hidy dahulu dan selepas itu baru hidy akan utamakan diri hidy. Bagi hidy kegembiraan mereka adalah kegembiraan hidy juga.

Entry ini agak panjangkan?? Maaflah..Daripada malam tadi hidy terkenang mengenai MATANG ini. Maka hidy ingin berkongsi dengan blogger semua. Pesanan daripada hidy

  "Sikap matang ini memang menguntungkan diri sendiri" 


P/S: Mood bercuti dah mula menebal dalam diri ini...=) Selamat Bercuti...




Allah redha bila ibu bapa redha akan kita


Wednesday, 11 January 2012

~Kereta Terbang Wawasan 2020~

Assalamualaikum...


Selamat Pagi Bloggers...(^_~)

Semalam masa hidy drive, hidy lihat banyak kereta kan di jalan raya...sementara tunggu kat traffic light hidy terfikir...akan wujud ke kereta terbang macam yang kita selalu cakap waktu kecil2 dulu kalau sampai 2020? Otak hidy ligat dok fikir benda alah ni...Kalau ada kereta terbang kenalah ada traffic light kat udara pula kan..Mesti guna kos yang berkali2 ganda punya nak buat...Lagi satu ada kebaikan dia juga...xdalah sesak sangat nak menunggu kat traffic light ni lama2....huhu...Apa kenalah hidy semalam....=P

Macam ni kot rupa kerete terbang tue...


Tapi bukan nak cakap pula..Masa hidy darjah 6...masa tu tahun 2000...bila ada pertandingan melukis je...mesti hidy ngan kawan2 lukis kereta terbang dok kelilingi KLCC tue...Kereta terbang dia macam2 fesyen dan bentuk pun ada...Adoi...memang terpengaruh dengan cerita kartunlah kitaorang masa tue..hehe...

Korang ada tak terfikir apa yang akan terjadi masa 2020 nanti...Insyaallah kalau umur panjang...Dalam 8 tahun lagi kita akan menempuhlah zaman WAWASAN 2020 tue nanti..Hidy tak rasa adanya kereta terbang masa zaman tue...Tapi tak tahulah kan..kot dah ada yang tengah buat research pasal benda ni...If kapal terbang pun boleh buat..So not impossible if kita akan ada kereta terbang ni...

Masa kecil2 gak ada imagine...masa 2020 nanti...tangga2 ni semua xda dah...semua escalator jer ada...Kira macam canggih gilalah kan...So..mesti orang2 time 2 semua jenis yang moden2 dan elegance habis...Semua kaya raya dan tak ada yang miskin...=)...Memang angan2 yang rasa macam tak dapat dicapaikan...tapi who knows kan....=)

Senangnya hidup tak payah nak melangkah dah...=P

Walau apa pun yang akan berlaku tahun 2020 nanti, moga kita semua akan sentiasa tenang dan negara kita aman damai...Moga kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan 2020 nanti...=)


Credit pic to MR.G






Tuesday, 10 January 2012

~There is no excuse in my life~

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ini hidy berpeluang untuk mendapat half day leave so hidy nak guna masa ni untuk hidy bersembang2 dengan para blogger semua...=)..Hidy nak kongsikan sikit pendapat hidy mengenai perkataan EXCUSE ni....Kenapa ramai orang suka menggunakan perkataan ni???? Actually perkataan ini memberi banyak maksud di dalam situasi yang berlainan. If hidy nak cerita rasanya habislah cuti hidy hari ini...=P...

Hidy bukan apa, kebiasaannya ramai yang guna excuse ni..Ok...hidy bagi satu contoh...orang yang baru putus cintalahkan...Yang girl ni tak nak dengar apa2 excuse pun daripada boy why boy tu jumpa someone...dia terus buat assumption dia sendiri walaupun hal yang sebenar mungkin takkan membuatkan mereka berpisah..(korang faham tak maksud hidy?...

Ada juga situasi di mana excuse ni digunakan bila korang nak tumpang lalukan kalau seseorang block korang punya jalan..Such a polite way to saylah to stranger. Ada juga bila bos bagi kerja yang berlambak dan bos dah bagi dateline dan dia tak nak dengar pape pun excuse daripada korang melainkan yang dia tahu kerja dia bagi siap...Yang ni memang geram tak boleh blahkan..(it happened to me doh..) I`m not complaining but it just came out kan..

So 2012, I will say there is no excuse in my life anymore..Either I`m like it or not I`ve to do it. The word excuse is the way to person to escape from doing something or to explain something that he/she try to do. And I also will try  not to say "I don`t know"....It seems the terms I DON`T KNOW will kill me slowly at the end..Yurp..experience is the best teacher in our life. Without experience we are nothing..We learn from mistake. And try not to do the same mistake for the second time...=)

Maaf hidy melalut sampai ke sini...huhu...Banyak benda yang hidy nak cakapkan kat sini..kalau hidy cakap rasanya macam...aahhh!!!..memang jenuhlah nak habiskan...=)..Oklah...almost nak pukul 12 dah..Bye2x...




Thursday, 5 January 2012

~Kita dekat dengan ALLAH, ALLAH pasti akan tolong kita~

Assalamualaikum...

Hye semua...Selamat Malam!!!!.. Macam mana dengan hari ini? Hidy baru je balik dari KL...Agak penat jugalah  kan..tapi nak buat macam mana kerja harus dilakukan...Azam tahun baru..=)

Entry kali ini hidy just nak sharing apa yang hidy rasakan ketika ini. Hidy rasa tenang sangat ketika ini tanpa gangguan daripada sesiapa. Bila hidy mula je rasa sunyi hidy akan ingat pesanan arwah opah..Zikrullah...sebab dengan zikrullah kita akan terhindar daripada memikirkan perkara2 yang tidak sepatutnya kita fikirkan...

Sayu juga hati ini bila gunakan tasbih kesayangan opah..terasa opah pandang je hidy...Mungkin hidy rindukan opah kot. Moga tahun ini hidy akan menjadi hamba yang lebih sempurna di mata Allah...Insyaallah...Hidy percaya, bila kita dekat dengan Allah, Allah pasti dan akan sentiasa tolong kita walaupun kita berada di saat getir. Moga segala urusan hidy dipermudahkan olehNYA..

Tiada siapa yang akan mengubah diri kita kalau kita sendiri tak ingin berubahkan..Ajal maut di tangan tuhan..Bila2 saja ia akan menjemput. Bersedialah sebelum ia datang menjelma. Takut akan mati menjadikan diri kita lebih dekat akan Allah. Nafsu dalam diri yang sebenarnya menjadi pencetus kita semua melakukan perkara2 mungkar.. Kita kena perangi nafsu itu sendiri yang sering bermain di fikiran dan mengajak kita melakukan perkara2 yang mungkar. Misalannya meninggalkan solat yang memang wajib dilakukan. Solat adalah tiang agama. Jika solat kita pun terumbang ambing di mana letaknya iman kita?? Betulkan solat kita dahulu agar iman kita teguh. Solat bila menjadi rutin harian kita, kita akan merasa sayang untuk meninggalkannya. Berubahlah sebelum terlambat. Sebab Allah sentiasa membuka pintu taubatnya untuk kita..Insyaallah...


P/S: renungan untuk diri sendiri juga..

Wednesday, 4 January 2012

~Hanya CINTA takkan menjamin apa2 zaman sekarang ni~

Assalamualaikum...


Pagi pagi lagi hidy rasa macam nak kongsi pendapat hidy mengenai CINTA. Bukanlah hidy ni seorang pakar CINTA..But hidy rasa zaman sekarang ni ramai yang buta disebabkan CINTA. Korang perasan tak akan fenomena seperti ini? Zaman dulu bolehlah kalau kata boleh hidup hanya berbekalkan CINTA semata-mata. Tapi zaman sekarang ni, hanya dengan CINTA takkan menjamin pape pun di masa depan korang. Kenapa hidy cakap macam ni? Sebabnya ini berdasarkan pengalaman2 mereka yang hidy lihat sendiri...Semua orang akan memilih untuk mencari pasangan yang terbaik di kalangan yang terbaik. Memang kena memilih sebab ini adalah masa depan kita sendirikan? Baik yang lelaki @ yang perempuan. Tapi kalau lelaki macam nak kikis harta perempuan jangan dipanggil lelakilah. Boleh diklafikasikan sebagai dayus...

Kadang-kadang betul ke kita CINTA orang itu ataupun kita SAYANG orang itu ataupun kita perlukan dia sebab dia seorang je yang sentiasa ada di sisi kita. Kalau CINTA kenapa kita merasakan ada beberapa % yang tidak lengkap dalam diri dia yang kita masih tercari-cari. Yer betul...Tidak semua orang sempurnakan? Tapi sebagai insan yang khilaf kita mesti akan mencari yang sempurna di mata kita.

CINTA dengan kebendaan juga tidak akan menjamin apa-apa. Cuma kita kena buka mata kita sebesar-besarnya untuk melihat siapa dia sebenarnya orang yang kita CINTA. CINTA memang menyatukan dua insan, dua jiwa untuk menjadi SATU. Tapi CINTA juga menyebabkan seseorang itu menjadi BUTA. 



Cintailah dia kerana Allah
Cintailah dia kerana dia yang akan menjadi imammu
Cintailah dia kerana dia mencintaimu kerana Allah




Monday, 12 December 2011

~Jumpa MAWI tue!!!!!~

Assalamualaikum.....

Hye korang!!!!...peace yor....=P...Tetibe hidy berubah jadi rockers ni...hahaha...Actually banyak benda hidy nak kongsikan dekat korang apa yang berlaku cuti hidy minggu lepas. Tapi tak tahu nak cerita macam mana....

Jap hidy nak simpulkan semua aktiviti hidy...(ceh...bajet banyak sangat le tu...=p)...Nak tahu tak semalam hidy jumpa artis peberet hidy masa dulu2x...hehe...Memang sangat terujalah..Yeler...miker dok kampung...tetibe nampat artis tak ke miker rasa seronok sangat....=P....Xdalah...biasa je pun...nak tahu hidy jumpa siapa??? Hidy jumpa MAWI beb....Adoi...tak boleh blah la masa zaman sekolah dulu...macam manalah hidy boleh minat mawi ni..Siap letak segala pasal mawi dalam diari tue + bergambar dengan gambar sebab tak dapat jumpa yang real...hahahah...(lubang sudah pecah...)...Mawi tak lama lagi akan menjadi ayah...Semoga MAWI bahagia dengan keluarga tersayang...(^_~)

Minggu lepas ada Gempak Selebriti Astro kat Giant Manjung....Semalam hidy singgah Giant jap..tak bajet pun ada lagi artis sebab dah hari ketigakan...So, hidy bertuahlah dapat jumpa..=)....Semalam ada MAWI, ACHA, ERUL, ARIL, ADIRA, EMA dan ZAHID. Close dengan stage tue hidy tengok...hehe..excited terlebihkan...Padahal berdiri selak khemah tue hah...=P...

Ok2...xnak cerita terperinci sangat. Tapi semalam hidy macam tak boleh blah ar dengan satu pak guard ni. Yela..semalam hidy lalu belakang khemah tempat artis2 dok kan. Tetiba ZAHID keluar nak pergi ambil barang dekat kereta. Hidy macam terkejut juga mula2...Ye la..ZAHID depan mata kot....hoho..(hidy tak minat dia k..) Pak guard tue boleh suruh hidy berhenti daripada jalan. Lepas tue hidy macam teragak2 nak lalu..Lepas tue, hidy pun buat selamba je la..hidy cakap hidy just nak lalu ke belah sana je pun..Bukan nak pergi terkam si ZAHID tu..xda function...hehe...Baru pak guard tue kata.."owh...lalulah..." Ceh!!!! Bajet artis ni beza dengan orang biasa ke? Si Zahid tue rilek jer dia yang lebih2..memang tak boleh blah...Opppsss...dah2...lupakan saje itu semua yer...(^_~)....

K la..ada lagi nak cerita tapi next entry yer...=)...Bye3x....


Ni la punca kenapa hidy nak sangat suami orang JOHOR nanti. Ntah papela aura si MAWI ni...hehe




~Penangan Ombak Rindu der!!!!!~

Assalamualaikum....



Selamat pagi semua!!!! Harapnya semua sihatlah yer. Cer baca balik tajuk dekat atas. Penangan ombak rindu???? Ape ke jadahnye dengan ombak rindu. Sila jangan salah faham yer. Hidy bukan nak buat review. (^_~). Hidy nak cerita sikit je komen hidy pasal movie ni. 

Hidy baru je tengok malam ni. Ini semua kerana gara2 ibu yang tak pernah2 nak tengok wayang pun terpengaruh dengan orang lain yang mengatakan cerita ini best tahap paling gabanlah...Semua yang masuk confirm nangis punyer. Ini semua sumber yang paling dipercayai iaitu abang hidy sendiri yang cakap..."Semua yang tengok tadi nangis2 kot. Rimas aku semua pakat nangis"....See...hidy tak tipu....=)

Hurm....Tapi selepas tengok ombak rindu malam tadi hidy rasa macam tak berbaloi sangat beli tiket malam tadi. Mungkin sebab hidy ni pembaca setia novel ombk rindu yang kalau 100x baca pun takkan bosan. Bila hidy tengok malam tadi, rasa macam...hurmmm....TAK BEST!!!! dan hidy tak pasti part mana yang boleh buat semua orang menangis2...yang kelakar banyaklah hidy rasa....Mana taknya tengok muka Lisa Surihani yang jadi bengis tahap gaban...memang macam kelakarlah kan. Yelah...sebelum ni diakan ayu2 je...comel2...tapi superb ar lakonan dia kali ni...

Tapi hidy masih rasa tak puas tengok ombak rindu ni. Kalau dia buat versi 1 &2 pun best gak..Sebab kalau baca dalam novel tue memang sedihlah...Hidy tahu kalau buat 100% ikut novel haruslah ada banyak versi pula kan nak buat. Tapi ok what...Nilah yang pembaca setia novel OMBAK RINDU nak pun kalau novel pujaan diadaptasikan menjadi sebuah filem kan? Ada siapa bangkang hujah hidy ni?...Anyone????....Rileks r der...hidy just nak sharing apa yang hidy rasa. We should take pro n con right? Everybody have their own right to speak out..=)...Yang rasa minat gila dekat cerita ni hidy minta maaf yer...Cuma bukan seperti yang hidy harapkan bila tengok movie ni. Try juga macam nak feeling2x sedih..Siap bawa spare tisu manalah tahu kut2x obses dengan kesedihan pulakan...hehe.... Banyak juga watak yang takda dalam movie ni. Tapi hidy faham, kalau nak ikut 100% haruslah tidakkan dengan masa dalam 2 jam jer....=)

Pape pun...Tahniah hidy ucapkan kepada para pelakon OMBAK RINDU...dari awal movie sampai akhir, hidy asyik hayati wajah MAYA KARIN jer....Giler doh..dia sangat cantik....Tersangat ok..Nature beauty beb.....Semua orang telah diberi kelebihan masing2....betul tak????..(^_~)...Okla...Nanti hidy story mory lagi yer...Banyak nak kongsi ni...hehe...


Pssstttt: Isteri Aaron tak rasa pape ke tengok suami dia berlakon???? Siap box office lagi kot....Hmmmm....dunia2x...