Klik Saya

Showing posts with label tersayang. Show all posts
Showing posts with label tersayang. Show all posts

Monday, 13 February 2012

~I have BULAT~

Assalamualaikum...

Selamat Pagi semua. Harap hari ini hidy akan menjadi rajin dan menghabiskan semua kerja hidy yang tergendala. Rasa macam banyak sangat beban yang hidy kena pikul ni. Dusshhh!!! Tak nak cerita pasal kerjala. Nak cerita apa yang berlaku semalam...=P

Semalam hidy rasa happy sangat sebab dapat menghabiskan masa bersama si dia. Dan yang paling bestnya hidy dapat hadiah SI BULAT...(^_~)...Dahla comel..besar..gebu....dan bau dia..memang bestla...Puas hidy dok peluk2 dia..Sebab dia sangat comel..Thanks sebab bagi dy SI BULAT. I`m not expecting you will give me such a big BULAT to me. I`ve no idea when you pass to me the box. When I`m opened it, it just a giant bear coming out from the box and the giant bear @ BULAT is damn so cute!!!...Terubat segala perasaan yang selama ini tak tahu apa nak cakap...hehe..

Lepas ni hidy kena betul2 dietla..Sebab rasanya hidy macam dah tak ambil kisah pasal berat badan da ni..I need to do something....No more rice, no more fries, no more sugar!!! Hoho...ni semua sebab gara2 si dia yang telah meng'fitkan' badan dia...Hidy pun rasa hidy boleh buat macam dia..=P

Semalam hidy tengok cerita HANTU DALAM BOTOL KICAP...hurm...tak bestlah cerita dia...Tapi layankan ajer la..Ingat nak main bowling, tapi Ya Allah..punyala ramai umat manusia di JUSCO semalam...Confius hidy apsal ramai sangat umat manusia di sana...huhu...

itu je hidy nak kongsikan dan jadikan ia sebagai memori dalam blog kesayangan hidy ni...=)..

BULAT conquer my bed now...


Saturday, 19 November 2011

~Opah!!!! Angah rindu Opah~

Assalamualaikum...

Hye korang!!! Hari ini hari Sabtu. Yer hidy tahu korang semua tengah bersenang lenang di rumah ketika ini, mungkin ada yang bergelumang dengan bantal busuk mereka..hehe..Tetapi hidy masih di sini, masih bekerja demi mencari sesuap nasi. Apakan daya nasibku ini...Ok2..hidy terhiperbola seketika.. Walaupun hidy tak berapa sihat lagi hari ini, tapi hidy happy sebab lepas ni boleh pulang ke rumah terus...

Malam tadi hidy mimpi arwah Opah hidy. Hidy rindukan Opah. Hidy rasa sedih sangat masa nak bangun tidur pagi tadi. Mungkin ada yang tak tahu, arwah opah baru je meninggal dalam 4 bulan lebih dah. Kepada korang yang baca blog hidy ni, hidy pinta tolong sedekahkan al-fatihah untuk arwah Opah yer. Terima kasih korang. Moga Opah tenang di sana. Amin..

Walaupun Opah dah tiada di dunia, Opah tetap ada di hati hidy. Hidy sangat rapat dengan Opah. Opah tinggal 1 bilik dengan hidy. walaupun hidy tak selalu dok kat rumah sebab belajar kan ( asrama+matrik+uni) hidy cucu dia yang rajin sembang dengan dia. Waktu Opah sakit, opah pernah kata, "Seronok aku kau balik dayah" Hmmm...hidy macam tak boleh terima Opah dah takda dulu, Tapi sekarang hidy dah redha sebab hidy lagi tak sanggup tengok Opah menderita sebab serangan strok hari tu. Ajal maut ditangan tuhan kan? Kita yang masih bernafas ni pun masih tak tahu bila masa kita nanti. Cukupkah amalan kita nak dibawa ke sana nanti? Hidy takut sangat sebab hidy tahu hidy masih lagi tidak sempurna, masih hina lagi di sisiNYA. Moga kita semua akan taat kepadaNYA dan selalu merasa takut akan mati. 

Setiap hari hidy berdoa agar diberi kesejahteraan kepada orang yang hidy sayang moga mereka tidak pergi sebelum hidy kerana mereka sumber kekuatan hidy. Mungkin mereka yang tidak pernah merasa kehilangan akan berkata, bersabarlah..dan macam2 lagi kata semangat. Inilah kali pertama hidy merasa kehilangan yang teramat sangat. Hidy dah tiada Opah dah. Opah...angah rindu Opah. Angah akan sentiasa doakan Opah agar Opah tenang di sana yer. Al-fatihah.

Sorrylah korang hidy teremosional sedikit dalam entry kali ini. Mesti korang fahamkan sebab dengan blog ini cara hidy luahkan apa yang terpendam dalam hati hidy. Sorry again. Kita berhenti di sini dulu yer...