Klik Saya

Showing posts with label persoalan. Show all posts
Showing posts with label persoalan. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

~Kereta Terbang Wawasan 2020~

Assalamualaikum...


Selamat Pagi Bloggers...(^_~)

Semalam masa hidy drive, hidy lihat banyak kereta kan di jalan raya...sementara tunggu kat traffic light hidy terfikir...akan wujud ke kereta terbang macam yang kita selalu cakap waktu kecil2 dulu kalau sampai 2020? Otak hidy ligat dok fikir benda alah ni...Kalau ada kereta terbang kenalah ada traffic light kat udara pula kan..Mesti guna kos yang berkali2 ganda punya nak buat...Lagi satu ada kebaikan dia juga...xdalah sesak sangat nak menunggu kat traffic light ni lama2....huhu...Apa kenalah hidy semalam....=P

Macam ni kot rupa kerete terbang tue...


Tapi bukan nak cakap pula..Masa hidy darjah 6...masa tu tahun 2000...bila ada pertandingan melukis je...mesti hidy ngan kawan2 lukis kereta terbang dok kelilingi KLCC tue...Kereta terbang dia macam2 fesyen dan bentuk pun ada...Adoi...memang terpengaruh dengan cerita kartunlah kitaorang masa tue..hehe...

Korang ada tak terfikir apa yang akan terjadi masa 2020 nanti...Insyaallah kalau umur panjang...Dalam 8 tahun lagi kita akan menempuhlah zaman WAWASAN 2020 tue nanti..Hidy tak rasa adanya kereta terbang masa zaman tue...Tapi tak tahulah kan..kot dah ada yang tengah buat research pasal benda ni...If kapal terbang pun boleh buat..So not impossible if kita akan ada kereta terbang ni...

Masa kecil2 gak ada imagine...masa 2020 nanti...tangga2 ni semua xda dah...semua escalator jer ada...Kira macam canggih gilalah kan...So..mesti orang2 time 2 semua jenis yang moden2 dan elegance habis...Semua kaya raya dan tak ada yang miskin...=)...Memang angan2 yang rasa macam tak dapat dicapaikan...tapi who knows kan....=)

Senangnya hidup tak payah nak melangkah dah...=P

Walau apa pun yang akan berlaku tahun 2020 nanti, moga kita semua akan sentiasa tenang dan negara kita aman damai...Moga kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan 2020 nanti...=)


Credit pic to MR.G






Wednesday, 4 January 2012

~Hanya CINTA takkan menjamin apa2 zaman sekarang ni~

Assalamualaikum...


Pagi pagi lagi hidy rasa macam nak kongsi pendapat hidy mengenai CINTA. Bukanlah hidy ni seorang pakar CINTA..But hidy rasa zaman sekarang ni ramai yang buta disebabkan CINTA. Korang perasan tak akan fenomena seperti ini? Zaman dulu bolehlah kalau kata boleh hidup hanya berbekalkan CINTA semata-mata. Tapi zaman sekarang ni, hanya dengan CINTA takkan menjamin pape pun di masa depan korang. Kenapa hidy cakap macam ni? Sebabnya ini berdasarkan pengalaman2 mereka yang hidy lihat sendiri...Semua orang akan memilih untuk mencari pasangan yang terbaik di kalangan yang terbaik. Memang kena memilih sebab ini adalah masa depan kita sendirikan? Baik yang lelaki @ yang perempuan. Tapi kalau lelaki macam nak kikis harta perempuan jangan dipanggil lelakilah. Boleh diklafikasikan sebagai dayus...

Kadang-kadang betul ke kita CINTA orang itu ataupun kita SAYANG orang itu ataupun kita perlukan dia sebab dia seorang je yang sentiasa ada di sisi kita. Kalau CINTA kenapa kita merasakan ada beberapa % yang tidak lengkap dalam diri dia yang kita masih tercari-cari. Yer betul...Tidak semua orang sempurnakan? Tapi sebagai insan yang khilaf kita mesti akan mencari yang sempurna di mata kita.

CINTA dengan kebendaan juga tidak akan menjamin apa-apa. Cuma kita kena buka mata kita sebesar-besarnya untuk melihat siapa dia sebenarnya orang yang kita CINTA. CINTA memang menyatukan dua insan, dua jiwa untuk menjadi SATU. Tapi CINTA juga menyebabkan seseorang itu menjadi BUTA. 



Cintailah dia kerana Allah
Cintailah dia kerana dia yang akan menjadi imammu
Cintailah dia kerana dia mencintaimu kerana Allah




Monday, 19 December 2011

~Tafsiran Mimpi Ular~


Assalamualaikum...

Korang pernah mimpi ULAR tak? Hidy rasa berkemungkinan besar ramai yang pernah bermimpi ularkan? Hidy pun pernah. orang tua2 cakap kalau mimpi ular maksudnya nak dipinang orangla tue..Itu semua adalah andaian yang paling tidak logik...

Bila kita bermimpi sesuatu yang pelik lebih baik kita bertanya sendiri @ mencari jawapan daripada sumber yang boleh dipercayai. Hidy pernah mimpi ular yang amat menakutkan. Yela..hidy mimpi ular yang besar kejar hidy dan ingin mematuk hidy. Tapi hidy lega lepas tue hidy terus terjaga. Nasib baik tak dan kena patuk...huhu...(macam betul2 je kan) 

Tontonlah video kat bawah ni kalau nak tahu maksud mimpi ular dari sudut Islam...



Dah dapat jawapan dia??? Baguslah macam tue. Moga kita semua dipelihara daripada gangguan sihir. Insyaallah. Lepas ni sama2lah kita amalkan ayat 3 qul sebelum tidur agar kita sentiasa dilundingi daripada gangguan syaitan.


Friday, 9 December 2011

~Rajin masak ke bila sorang2 di rumah?~

Assalamualaikum...

Walaweh!!! hidy update lagi sih...Bukan apa tetiba jer persoalan ni berlegar2 dalam kepala otak hidy ni. Ok..kalau baca tajuk da tahukan soalan dia apa. Korang yang duk membujang macam hidy ni dekat rumah sewa rajin tak masak? Oppss....hidy malu nak bagitahu tapi hidy memang tak rajin masak bila sorang2 melainkan hidy craving nak makan benda tue...(^_P)....

Nak tahu sebab apa malas nak masak????

1. Hidy dalam proses nak diet. =)

2. Tak makan nasi memang aim hidy untuk proses penurunan berat badan..hehe

3. Bosanlah kalau masak xda orang nak puji sedap ke tak..hahaha..=P

4. Balik kerja da penat. Tidur lagi bagus..huhu...

5. Macam leceh nak masak time weekdays melainkan weekend. (padahal weekend balik kampung)...=P

6. Makan maggie + kentang goreng + hotdog..menu paling simple dalam dunia kalau nak makan..=)

Ok2...karang kalau hidy list banyak2 kata hidy perempuan yang malas masak. Ok fine..hidy tahu memang korang dah katakan...huhu...Hidy terfikir gak kalau dah kahwin nanti penatnya nak masak pula untuk suami. Tue sebab ramai yang bekerjaya ni ramai yang makan dekat luarkan. Senang dan sedap..Tapi tidak menjimatkan. Senang2 hidy nak cari suami tukang masak @ pandai masak..hehe...Nanti dia je masak untuk hidy..hehe...(nasib baik dah jumpa yang memang pandai masak..=P)...


Hidy dah mengarut peringkat hampir nak kronik ni. Chow dulu naaa...adios....=)


Mampu ke? sigh*..


Wednesday, 7 December 2011

~Ada Apa Dengan Mimpi????~

Assalamualaikum....

Hye Bloggers!!! Morning..Macam mana hari ini? Everythings going well right? I hope so la. Bagi hidy okla juga cuma ada dizzy sikit sebab malam tadi hentam durian banyak sangat kot. hehe...Akhirnya dapat juga hidy makan durian yang diidamkan. (^_~)..Heaven gila masa makan semalam...hahaha...


Ok..bukan nak cerita pasal durian pun. Hidy nak kongsi sikit pasal mimpi hidy ni. Serius malam tadi hidy ada mimpi seorang mamat ni. Hidy pun tak tahu siapa dia. Tapi memang nampak clear la muka dia. Adakah itu petanda...dot3x.....no la..mimpikan cuma mainan tidur semata-mata. Mungkin terpengaruh dengan rutin harian pada siang hari sambil terbawa-bawa ke dalam tidur. Betul tak?





Orang selalu kata kalau kita mimpi bukan2 maksudnya kita tak basuh kaki sebelum tidur @ tak baca doa. Betul ke? Even though dah buat dua2 tu pun still mimpi lagikan? Tapi kan hidy selalu juga mimpi yang menakutkan dua tiga hari ini. Hidy tak tahulah pasal apa. Tapi yang paling hidy takut bila hidy selalu mimpi dalam kesusahan dan takde siapa pun sudi nak tolong hidy. Semua pakat lari waktu hidy datang nak minta tolong. Oh...hidy harap janganlah jadi betul2x...huhu

Siapa yang rasa macam tahu apa benda di sebalik mimpi hidy ni kongsi2 la dengan hidy yer. Tapi hidy tahu mimpi tu mainan syaitan. Kadang2 ada juga mimpi yang hendak memberi petunjuk. Hidy pun tak tahu. Wallahualam... 


Monday, 5 December 2011

~Polisi Insurance mana yang paling ok?~

Assalamualaikum..

Hye bloggers,

Hidy baru jer dapat call daripada pihak RHB pasal faedah ekslusif polisi mereka. Siapa yang ada ambil polisi ni? If korang yang memang pakar bab2 ni sila bagitahu hidy yer. Hidy takut buat silap macam hidy ambil etiqa dulu. 

Hanya RM62 sebulan dan boleh membuat tuntutan sehingga 300K..Terlalu banyak sangat orang nak jual insurance itulah inilah. Cerita kelebihan masing2. Dan yer..hidy jenis susah nak tolak kalau ada benda2 macam ni. huhu..Bila fikirkan balik xpela..Rm62 tue anggap je simpanan untuk mereka andai hidy dah tiada nanti. 

K la korang. Banyak lagi kerja ni nak kena setel. Bye2x...


Thursday, 3 November 2011