Klik Saya

Friday, 17 August 2012

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum..

Salam Jumaat...

Waargghhhh!!! Hari ini hidy still bekerja. Apalah nasib badankan. Pagi-pagi lagi mood hidy dah dirosakkan oleh seorang Giant. Ingat dah nak raya, dia dah bertaubat. Tapi rupanya belum lagi. Semoga Allah berikan dia petunjuk selepas ini. Do not blame people for stupid things. Ok..Fine..Hidy maafkan segala kesalahan dia dekat hidy selama ini sebab hidy tak nak jadi seorang yang pendendam. 

What goes around will comes around dear. 

Di kesempatan ini hidy nak ucapkan Selamat Hari Raya dekat korang semua. Moga raya tahun ini akan beri 1001 makna juga kepada hidy dan juga korang semua. Semoga Allah berikan kita semua kebahagiaan. Insyaallah.

Kepada yang memandu, pandulah berhati-hati. Ingatlah orang tersayang yang menunggu kepulangan kita.

Hidy balik lepas kerja nanti. =)






Wednesday, 1 August 2012

~Good News~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Hari ni hidy tak berapa nak sihat since dari semalam hidy selsema dan hari ini gatal tekak. Janganlah hidy batuk. Kalau tidak confirm hidy akan demam. Hari ini kerja hidy agak banyak jugalah. Banyak benda nak disiapkan dan diformulatekan...

Arrghhhhh!!! Hidy boleh jadi stress macam ni. Ni pun jap lagi hidy ada meeting dengan bos. Apa lagilah yang dia nak suruh hidy buat kali ini. Moga kerja hidy dipermudahkan olehNYA.

Sekejap ni hidy baru dapat mesej daripada sahabat hidy. Alhamdulillah, Allah murahkan rezekinya untuk mendapat pekerjaan. Semoga Allah akan permudahkan segala urusannya di masa akan datang. Insyaallah.

Nothing to talk anymore. I`ll keep updating later k.. BYE...

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!

Tuesday, 31 July 2012

Erti Sebenar Satu Persahabatan

Assalamualaikum...

Semua orang mempunyai sahabat @ teman @ kawan bukan? Mengapa kita semua memerlukan sahabat? Kita memerlukan seseorang untuk kita berkongsi rasa apa yang dipendam dalam hati kita. Tidak semua ibu bapa kita boleh dijadikan tempat meluah rasa. Faktor umur dan juga cara pemikiran juga bergantung dengan siapa kita ingin berkongsi rasa. 

Begitu juga dengan hidy. Ada sesuatu benda yang hidy boleh berkongsi dengan ibu, ada juga yang tidak. Korang pun macam hidy juga. Kebiasaannya kita akan memilih dengan siapa kita ingin bercerita. Ini kerana khuatir jika rahsia peribadi kita dijaja kepada orang lain. Oleh itu, amat penting untuk kita memilih sahabat sebagaimana yang kita ingin pilih.

Ada beberapa tips yang kita perlu ada dalam sebuah persahabatan yang luhur.

1. KEPERCAYAAN
    Kepercayaan merupakan perkara yang paling utama dalam sebuah persahabatan. Bukan hanya penting dalam percintaan sahaja. Kita kena saling mempercayai antara satu sama lain. Dengan adanya kepercayaan ini, insyaallah akan berkekalanlah sebuah persahabatan.

2. KEIKHLASAN
    Kita kena ikhlas apabila bersahabat dengan seseorang. Bukan kerana dia anak orang kaya korang berkawan dengan dia. Itu amat salah. Persahabatan yang tidak dimulakan dengan keihklasan tidak akan berpanjangan. Bersahabatlah dengan dia kerana Allah.

3. KEJUJURAN
    Bersikaplah jujur dalam persahabatan. Jangan sembunyikan apa-apa pun dalam satu persahabatan. Jika korang ada terasa hati dengan sahabat korang, suarakan. Jangan pendamkan kerana takut ia akan memakan diri korang sendiri. Tanpa kita sedari persahabatan itu menjadi semakin renggang.

4. KASIH SAYANG
    Bukan percintaan sahaja yang memerlukan kasih sayang. Persahabatan juga perlu. Tanpa kasih sayang bagaimana kita hendak terbitkan perasaan untuk memahami, saling membantu dan sebagainya. Jika persahabatan itu melibatkan antara lelaki dan perempuan, bataskan perasaan sayang anda. Gariskan kasih sayang itu hanya sebagai sahabat bukan lebih. Memang ada yang mengatakan, mustahil lelaki dan perempuan boleh menjadi sahabat tanpa melibatkan perasaan lebih daripada sahabat. Kita semua sebenarnya boleh ubah persepsi mereka semua. Kita yang pilih jalan hidup kita bukan mereka.

5. KEMAAFAN
    Bersedialah untuk memaafkan sahabat kita andai dia pernah melukakan hati kita. Manusia tidak lari daripada melakukan perasaan. Memaafkan seseorang akan membuatkan hati kita tenang. Apa guna kita marahkan seseorang dan membuatkan hati kita jadi gelisah. Bertolak ansur dan bertoleransilah dalam persahabatan agar kita tidak akan hilang sahabat sejati kita.

6. SETIAKAWAN
    Sikap ini amat perlu dalam persahabatan. Sahabatlah yang akan ada tatkala kita susah dan senang. Sahabat sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan. Malah akan sentiasa ada di saat kita memerlukan. 


Ada banyak lagi sebenarnya tips2 yang boleh diaplikasikan. Setiap orang ada caranya tersendiri. Sahabat yang sebenar tidak akan melakukan perkara2 yang sahabatnya tidak suka. Kita mungkin boleh hidup tanpa pakwe/makwe..Tapi susah jika kita tidak memiliki sahabat walaupun hanya seorang.


Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah -Cicinta






Saturday, 28 July 2012

~I`m 24 now~

Assalamualaikum...

Morning!!

Rasanya belum terlambat lagi kot untuk hidy ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kat korang..Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna kan??..Yer..ramadhan kali ini memang bermakna bagi hidy...
25th hari tu adalah hari kelahiran hidy 24 tahun yang lepas..Rasanya lama dah hidy tak sambut hari lahir dalam bulan puasa ni..Alhamdulillah..tahun ini hidy berkesempatan. Since I`m now officially turn to 24 years old this year, I`ll make sure all the things I want to achieve will be accomplished before I turn to 25 next year..=)..Hope hidy dapat capai segala-galanya sebelum tahun depan...Insyaallah...Amin..

Banyak benda nak cerita sebenarnya..Tapi nantilah hidy cerita ye...Mood excited nak balik rumah sebenarnya ni...=)...Hidy gembira je sekarang...Moga hidy akan gembira selalu...(^_~)


~24 years old was a blessing for me~




Saturday, 14 July 2012

~Setahun Pemergiannya 140711~

Assalamualaikum..

Salam Sabtu semua..Setahun yang lepas tepat pukul 10.30 pagi, arwah opah hidy telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sekejap sahaja masa berlalu. Hidy takkan lupa saat itu. Apabila hidy sampai di rumah hidy lihat jasad opah terbaring kaku di atas katil. Wajah opah tenang sangat. Hidy tak dapat nak sembunyikan perasaan hidy. Hidy nangis sekuat-kuatnya..Hidy meraung..Opah tetap pergi meninggalkan hidy. Hidy tak sempat jumpa opah buat kali terakhir. Hidy sedih. Opahlah yang hidy ada untuk menumpang kasih seorang nenek. Opahlah tempat hidy bergurau tatkala hidy kesunyian. Opahlah tempat hidy menyakat tatkala ada seorang atuk datang ke rumah kami. Opah jugalah tempat hidy menayang baju baru yang hidy beli dan opah jugalah tempat hidy bertanya sama ada hidy dah kurus ke belum. Angah rindu saat itu opah..ermmm..

Opah sangat istimewa. Hidy masih ingat, nasi goreng opah yang paling sedap hidy pernah makan. Ia simple tapi air tangan opah memang tidak dapat disangkal. Opah....Angah rindu opah..Moga opah tenang di sana. Angah akan sentiasa doakan opah..Opah..

Kepada korang yang baca coretan ini, hidy pinta, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah opah hidy. Moga doa dari korang dapat memberi ketenangan untuk opah di sana.

Al-Fatihah...


Friday, 13 July 2012

~Hati Yang Kecewa~

Assalamualaikum...

Merawat hati yang kecewa memang sukar kan? Sesungguhnya kita memerlukan hati yang cukup kental untuk kita betul-betul ingin merawatnya. Walau bagaimana pun cara kita cuba untuk merawatnya, pasti akan terasa juga kesakitannya pada suatu saat. Saat kita rasakan kita dah cukup kuat tetapi kita terduduk lesu kerana tiba-tiba ingatan yang lama menjelma kembali.

Kenapa hati kita kecewa? Apa sebenarnya perasaan kecewa ini? Adakah sama dengan patah hati? Adakah sama dengan perasaan dikhianati @ ia adalah suatu perasan yang sukar untuk ditafsirkan? Kecewa adalah suatu norma perasaan yang berlaku pabila kita mengharapkan sesuatu dengan begitu yakin, tapi harapan kita menjadi layu di saat kita betul-betul mengharap. Harapan yang selama ini secara tidak langsung terbit dari dalam hati tanpa dipinta, mekar subur di dalam taman hati yang dibajai dengan gelak tawa, senyuman dan juga gurau senda. Perasaan kecewa pabila mengetahui apa yang kita impikan selama ini tidak dapat kita gapai. Perasaan di mana kita tidak tahu apa yang patut kita lakukan. Perasaan di mana kita sangat sedih dan sakit tetapi kita tidak mampu mengeluarkan sedikit pun air mata. Perasaan di mana kita berasa sangat keliru dengan rasa hati. Perasaan di mana kita telah hilang kepercayaan kepadanya. Perasaan yang kita rasa sia-sia usaha kita. Ya...perasaaan kecewa ini memang sukar ditafsirkan. Bergantung juga dengan situasi individu itu sendiri. Kebiasaannya ia adalah perasaan pabila kita sangat mahukan sesuatu dan kita tidak mahu kehilangannya. Mesti korang pernah rasakan perasaan ni..Sakitkan..Peritkan..

Jangan pendam perasaan kecewa itu sendirian. Luahkanlah..Keluarkan dia dari dalam hati korang. Jangan biarkan ia merundum pendam dalam hati. Itu lebih menyakitkan. Jika menangis boleh hilangkan segala kesakitan buat seketika, menangislah. Paksa diri anda untuk menangis. Paksa..Hanya itu sahaja cara yang paling melegakan perasaan perit yang kita tanggung.

Bila korang rasa kecewa akan sesuatu perkara, REDHA...Ya..REDHA adalah jalan yang paling mudah..Kita kena REDHA...Kerana apabila kita redha akan sesuatu hati kita akan jadi lapang. Fikiran kita tidak akan rasa dihempap batu..Kita akan rasa suatu perasaan yang sangat tenang. Ketenangan yang kita cari. Percayalah..Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Walau kita tanya berkali-kali apakah hikmahnya perasaan kecewa ini, tiada siapa dapat memberi jawapan yang tepat. Hanya kita yang mengetahui bila tiba masanya. 

Hidy juga pernah kecewa. Dan kini masih berada di dalam kekecewaan. Ya..Hidy akur..Sukar untuk buang perasaan kecewa ini. Ia seakan-akan bermimpi di siang hari. Saat kita rasa kita dah dapat gapai, kita terjaga  dari mimpi dan ia pun hilang, lenyap begitu sahaja. Hidy cuba mencari keredhaan dalam hati. Alhamdulillah..Secara perlahan-lahan perasaan kecewa itu hilang. Sekarang ini hidy cuba untuk berfikiran positif. Ya..Positif..Allah uji hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA itu cukup kuat untuk hadapinya. 

Bersabarlah duhai hati. Kebahagiaan ada di depan sana. Kamu hanya perlu melalui jalan ini, jalan di hadapan kamu dan menuju ke arah sinar kebahagiaan itu. Allah dah aturkan segala-galanya. Yakin janji Allah..Allah takkan biarkan hambaNYA berduka.

~ALLAH MUNGKIN TAKKAN BAGI APA YANG KITA MAHUKAN, TETAPI ALLAH AKAN BAGI BENDA YANG KITA AMAT PERLUKAN~












~Kata Hati~

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...Masa kian pantas berlalu seperti yang hidy harapkan...=)..Hidy tak pasti kenapa hidy rasa gembira sahaja kebelakangan ini..Tapi apa yang pasti ada something yang membuatkan hidy berfikiran positif. Apakah itu? Yupp..Jawapannya adalah kata hati..Kata hati yang mengatakan hidy akan dapat apa yang hidy nak. Hidy yakin hidy akan dapatkan apa yang hidy nak. Di mana prinsip hidy..

Kalau orang lain boleh dapat, kenapa hidy tak boleh..

Allah memang dah aturkan segala-galanya.

 Pertemuan..Perpisahan...Kesedihan..Kekecewaan...
Akhirnya Kebahagiaan..

Hidy akan terus mengejar apa yang hidy impikan. Walaupun hidy terpaksa hidup dalam fantasi buat sementara waktu. Hidy tak kisah asalkan kesudahannya akan hidy dapat dalam realiti hidup hidy. Sukar untuk hidy jelaskan sekarang apa yang hidy impikan. Bila impian hidy itu telah menjadi kenyataan, mesti hidy akan cerita. Hidy dapat rasakan..Perasaan itu semakin kuat setiap kali hidy cuba nafikan untuk tidak mengimpikan. Tetapi, hidy manusia biasa yang tidak akan berpuas hati jika tidak mendapat apa yang dihajati.
Hidy akan cuba menggapainya yang memang tertulis untuk hidy. Kata hati yang meyakinkan hidy. Insyaallah..Jika ia milik kamu, walau bagaimanapun ia tetap milik kamu. Ada rezeki hidy, hidy akan dapat jugakan?...=)

Allah tahu..Permudahkan perjalanan hidupku Ya Allah..Semoga jalan yang aku pilih ini adalah terbaik untuk diriku dan untuk diri mereka. Amin ya rabb...



~Ikutilah kata hatimu kerana kata hati lebih memahami apa yang terbaik untuk dirimu~