Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua. Macam dah lama jer hidy tak update entry baru. Jawapan yang cliche sangat sibuk macam tak boleh diguna pakai dah zaman ni kan. Direct to the point je la. Korang semua pernah tak berhadapan dengan lembaga hitam @ hantu @ jin @ whatsoeverwecallthatthings? Hidy tak berapa nak pasti sama ada apa yang hidy nampak tu benda tue @ tidak. Tapi sampai hari ini, hidy takut bila nak tidur malam. Hidy takut kejadian malam tue berlaku lagi.
Hari Isnin hari tue, hidy macam susah nak tidurkan so macam biasa hidy dengarlah radio. Tiba2 radio hidy dengar ni siaran dia macam tak clear macam biasa. Hidy teringatla dalam drama2 kalau ada entiti yang halus ni maka siaran akan macam tak berapa nak clearla. Hidy dah rasa seram sejuk dah badan hidy. Tapi hidy cool lagi sambil betul earphone punya position. Bila hidy palingkan muka hidy tetiba hidy nampak ada lembaga hitam tengah pandang hidy. Luckily hidy ni rabun so tak berapa nak nampak muka dialah kan. Dahla gelap. Hidy terus peluk Bulat dan baca ayat kursi 3x. Sikap ingin tahu hidy timbul pula masa tue, hidy pun pusing lagi sekali nak tengok bayangan hidy @ apa kan. Bila hidy paling lagi sekali, benda tue masih ada pandang hidy. Ya Allah...hanya allah jer tahu perasaan gementar hidy pada masa tue. Memang hidy takut sangat sebab hidy tak pernah nampak sebelum ni. Lepas tue hidy terus baca jer apa yang terlintas masa tue dan hidy beralihkan badan hidy ke sebelah lain. Alhamdulillah benda tue dah tak da dah.
Saat hidy cerita ni, hidy masih terbayang benda tue. Hidy tak tahu kenapa tetiba je benda tue dok kacau hidy. Hidy selalu juga mimpi yang bukan2 sebelum ni tapi takdalah sampai nampak benda tue kan. Hidy boleh ingat lagi rambut @ apa di bahagian kepala dia yang serabai. Macam kerinting @ pape jela...huhu....
Sekarang ni hidy tidur tak tutup lampu sebab hidy takut. Hidy tahu dia pun makhluk Allah juga dan kita manusia lagi bagus daripada dia kan. Tapi lumrah manusia juga yang takut melihat kejadian aneh macam nikan. Alhamdulillah malam tadi hidy tidur dengan tenang. Ada juga terjaga time malam tapi syukur bilik hidy terang. Sekarang ni hidy jadi macam lemah semangat dah bila sorang2. (Most all the times I`m alone..huhu)..
Moga hidy dijauhkan daripada hasad dengki manusia dan dipelihara daripada tipu daya syaitan. Amin.
P/S: Macam ada something je will happened lepas ni...hurm...
Lindungila Aku Ya Allah....Amin....