Klik Saya

Saturday, 4 February 2012

~Matang Seseorang itu Dari....~

Assalamualaikum...


Pagi yang indahkan hari ini? Bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Pagi ini hidy ingin berkongsi pendapat mengenai sikap matang seseorang individu. Apakah yang dimaksudkan dengan matang ni? Matang bagi sisi mata hidy adalah di mana seseorang itu membuat sesuatu perbuatan @ percakapan yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Mengambil sesuatu perkara setelah mengkaji secara terperinci @ dengan ayat yang lebih mudah semua yang berlaku mesti ada sebab musabab ia yang tersendiri.

Ada juga yang mengatakan sikap matang ini akan hadir bila seseorang individu itu bergaul dengan orang yang lebih berusia daripada mereka. Ada juga benarnya teori ini kerana bila kita berada dalam lingkungan @ kelompok ini secara tak langsung kita akan mengubah cara pemikiran kita. Hidy rasa budak2 zaman sekarang ini cepat matang kerana faktor mereka yang lebih terdedah dengan isu2 semasa dan juga persekitaran mereka. Hal ini semua merangsang otak2 mereka untuk berfikir dengan aktifnya.

Kita berbalik pada sikap tidak matang seseorang. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap tak matang ini pula? Kita ambil contoh daripada pendekatan keluarga. Misalannya, ibu belikan adik sebuah buku yang sebenarnya menjadi idaman si kakak. Apabila si kakak ni tak dapat buku itu, dia mula memberontak. Sama ada dengan perlakuan @ perbuatan. Sikapnya seakan2 kebudak-budakan yang memaksa ibu untuk membelikannya buku itu juga. Kalau dari sikap matang, mungkin si kakak boleh berkongsi dengan si adik akan buku itu. Mungkin dia akan mengerti bahawa si adik lebih memerlukan buku itu daripadanya. Atau mungkin berfikir ibu ada membeli hadiah yang lain untuknya. Sikap matang seseorang itu akan terzahir dengan cara pemikiran mereka yang mengambil sesuatu keputusan dari sudut yang positif bukannya negatif.

Hidy kadang2 rasa malu dengan diri sendiri bila mengimbas kembali hidy pada 5-10 tahun yang lepas. Memang hidy akui hidy masih belum matang pada masa itu. Sikap yang suka merajuk, memberontak apabila apa yang diingini tidak dituruti dan sikap yang inginkan perhatian daripada ibubapa hidy. Rasa kasihan juga pada adik hidy dulu. Sebab kena berkorban dengan sikap hidy dan dia hanya memendam apa yang dia rasa di dalam hati. Sekarang, bila hidy dah menginjak dewasa, hidy lihat sikap hidy yang dulu dalam diri adik hidy. Tapi masih terkawal la. Memang zaman kejahilan memberi 1001 satu memori untuk kita kenangkan.

Pernah sikap hidy yang tak matang dulu hanya kerana bila masa nak makan pinggan nasi hidy tak dihidangkan, hidy boleh merajuk tak makan. Aduh...Hidy sendiri tak mengerti kenapalah hidy macam tue dulu. Tapi sekarang tidak lagi yer. Hidy rasa hidy dah matang untuk mengatasi hal2 dalam hidup hidy. Apa yang hidy rasa sekarang adalah hidy mahu yang terbaik untuk keluarga hidy dahulu dan selepas itu baru hidy akan utamakan diri hidy. Bagi hidy kegembiraan mereka adalah kegembiraan hidy juga.

Entry ini agak panjangkan?? Maaflah..Daripada malam tadi hidy terkenang mengenai MATANG ini. Maka hidy ingin berkongsi dengan blogger semua. Pesanan daripada hidy

  "Sikap matang ini memang menguntungkan diri sendiri" 


P/S: Mood bercuti dah mula menebal dalam diri ini...=) Selamat Bercuti...




Allah redha bila ibu bapa redha akan kita


1 comment:

aReLaN said...

tak pernah lak jadi gitu.sebagai anak sulong,saya selalu mengalah.hehehe..ala,dah besar panjang ni pon,ada gak certain time jadi budak2 especially ngan ehem2. :p