Klik Saya

Monday, 13 February 2012

~Semangat3x!!!!! Nak Diet~

Assalamualaikum...

Wuuhuuu!!! Hidy nak mulakan diet hidy kembali. baru je lepas buat research pasal diet ni. Hidy nak guna Atkins Diet. Lepas ni no more 'cheat day' dah.. Sekali da ada cheating day, sampai bila2x dok ada cheating day...hehe...Harap2 hidy dapat turunkan berat badan yang diidamkan..Amin...

Usaha tangga kejayaan...

Lepas ni hidy kena rajin masakla..Kalau tidak..memang takkan makan sayur ni...=P

wish me luck..=)


~I have BULAT~

Assalamualaikum...

Selamat Pagi semua. Harap hari ini hidy akan menjadi rajin dan menghabiskan semua kerja hidy yang tergendala. Rasa macam banyak sangat beban yang hidy kena pikul ni. Dusshhh!!! Tak nak cerita pasal kerjala. Nak cerita apa yang berlaku semalam...=P

Semalam hidy rasa happy sangat sebab dapat menghabiskan masa bersama si dia. Dan yang paling bestnya hidy dapat hadiah SI BULAT...(^_~)...Dahla comel..besar..gebu....dan bau dia..memang bestla...Puas hidy dok peluk2 dia..Sebab dia sangat comel..Thanks sebab bagi dy SI BULAT. I`m not expecting you will give me such a big BULAT to me. I`ve no idea when you pass to me the box. When I`m opened it, it just a giant bear coming out from the box and the giant bear @ BULAT is damn so cute!!!...Terubat segala perasaan yang selama ini tak tahu apa nak cakap...hehe..

Lepas ni hidy kena betul2 dietla..Sebab rasanya hidy macam dah tak ambil kisah pasal berat badan da ni..I need to do something....No more rice, no more fries, no more sugar!!! Hoho...ni semua sebab gara2 si dia yang telah meng'fitkan' badan dia...Hidy pun rasa hidy boleh buat macam dia..=P

Semalam hidy tengok cerita HANTU DALAM BOTOL KICAP...hurm...tak bestlah cerita dia...Tapi layankan ajer la..Ingat nak main bowling, tapi Ya Allah..punyala ramai umat manusia di JUSCO semalam...Confius hidy apsal ramai sangat umat manusia di sana...huhu...

itu je hidy nak kongsikan dan jadikan ia sebagai memori dalam blog kesayangan hidy ni...=)..

BULAT conquer my bed now...


Wednesday, 8 February 2012

~1st Time Makan Landak di Selera Rimba~

Assalamualaikum...

Macam mana cuti korang? Best tak?? Cuti hidy boleh dikatakan best juga sebab diisi dengan banyak aktiviti. Hari Isnin hari tu, hidy buat pulut kuning. Yela...Hidy memang dah niat dah sebelum ni..Lagipun dah genap setahun hidy bekerja...=)..Keesokkannya pula, hidy ingat nak ajak ibu turun Ipoh..Nak belikan ibu baju + tudung sambil mencari baju untuk dipakai dinner nanti. Tapi plan hidy tak menjadi sebab Pak Uda hidy ajak hidy dan family semua makan di Selera Rimba. Tak salah hidy dekat Sungai Panjang area nak ke Sungai Besar. 

Memang agak mencabar jugalah nak ke Selera Rimba ni. Yela..Demi sesuap nasi nak merantau jauh ke negeri orang...hehe...Tapi..memang berbaloila juga sebab memang sedap masakan di sini..Pape pun jom layan pic dulu yer...

Signboard Selera Rimba ni...


Sanak sedara yang tengah menanti hidangan..=P


Untuk meja hidy..=P


LANDAK masak black pepper...yummy...=)


RUSA masak kari...kaw2 punye...


AYAM KAMPUNG masak rendang...sangat sedap!!


UDANG GALAH masak tauchu...=)


Ibu dan adik sedara...=P


Sedapnya pak long makan...=P

Terliur tak tengok pic2 ni? Ni 1st time hidy makan landak dan daging rusa. Memang nampak berbezalah rasa dia. Daging landak ni rasa dia sedap je dan lembut sangat. Sama juga dengan daging rusa. Tapi hidy terkilan juga tak dapat menikmati daging kijang. Maybe next time pula...hehe...Tapi kan, waktu nak makan landak ni, korang jangan bayangkan rupa dia..Sebab nanti takut tak boleh telan...hehe...Hidy anggap macam makan ayam je..Memang habisla kan..=).. Tapi yang super duper sedap adalah rendang ayam dia. Memang sedapla hidy cakap...=)..

Kalau berkesempatan korang pergilah Selera Rimba ni untuk menikmatinya sendiri..Sekali sekala feeling makan makanan eksotik kan...=)....Hari tu kitaorang makan baru RM300++...Pak Uda hidy yang belanja...hihi....

K la..T cerita lain ea...daa


Saturday, 4 February 2012

~Matang Seseorang itu Dari....~

Assalamualaikum...


Pagi yang indahkan hari ini? Bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Pagi ini hidy ingin berkongsi pendapat mengenai sikap matang seseorang individu. Apakah yang dimaksudkan dengan matang ni? Matang bagi sisi mata hidy adalah di mana seseorang itu membuat sesuatu perbuatan @ percakapan yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Mengambil sesuatu perkara setelah mengkaji secara terperinci @ dengan ayat yang lebih mudah semua yang berlaku mesti ada sebab musabab ia yang tersendiri.

Ada juga yang mengatakan sikap matang ini akan hadir bila seseorang individu itu bergaul dengan orang yang lebih berusia daripada mereka. Ada juga benarnya teori ini kerana bila kita berada dalam lingkungan @ kelompok ini secara tak langsung kita akan mengubah cara pemikiran kita. Hidy rasa budak2 zaman sekarang ini cepat matang kerana faktor mereka yang lebih terdedah dengan isu2 semasa dan juga persekitaran mereka. Hal ini semua merangsang otak2 mereka untuk berfikir dengan aktifnya.

Kita berbalik pada sikap tidak matang seseorang. Apakah yang dimaksudkan dengan sikap tak matang ini pula? Kita ambil contoh daripada pendekatan keluarga. Misalannya, ibu belikan adik sebuah buku yang sebenarnya menjadi idaman si kakak. Apabila si kakak ni tak dapat buku itu, dia mula memberontak. Sama ada dengan perlakuan @ perbuatan. Sikapnya seakan2 kebudak-budakan yang memaksa ibu untuk membelikannya buku itu juga. Kalau dari sikap matang, mungkin si kakak boleh berkongsi dengan si adik akan buku itu. Mungkin dia akan mengerti bahawa si adik lebih memerlukan buku itu daripadanya. Atau mungkin berfikir ibu ada membeli hadiah yang lain untuknya. Sikap matang seseorang itu akan terzahir dengan cara pemikiran mereka yang mengambil sesuatu keputusan dari sudut yang positif bukannya negatif.

Hidy kadang2 rasa malu dengan diri sendiri bila mengimbas kembali hidy pada 5-10 tahun yang lepas. Memang hidy akui hidy masih belum matang pada masa itu. Sikap yang suka merajuk, memberontak apabila apa yang diingini tidak dituruti dan sikap yang inginkan perhatian daripada ibubapa hidy. Rasa kasihan juga pada adik hidy dulu. Sebab kena berkorban dengan sikap hidy dan dia hanya memendam apa yang dia rasa di dalam hati. Sekarang, bila hidy dah menginjak dewasa, hidy lihat sikap hidy yang dulu dalam diri adik hidy. Tapi masih terkawal la. Memang zaman kejahilan memberi 1001 satu memori untuk kita kenangkan.

Pernah sikap hidy yang tak matang dulu hanya kerana bila masa nak makan pinggan nasi hidy tak dihidangkan, hidy boleh merajuk tak makan. Aduh...Hidy sendiri tak mengerti kenapalah hidy macam tue dulu. Tapi sekarang tidak lagi yer. Hidy rasa hidy dah matang untuk mengatasi hal2 dalam hidup hidy. Apa yang hidy rasa sekarang adalah hidy mahu yang terbaik untuk keluarga hidy dahulu dan selepas itu baru hidy akan utamakan diri hidy. Bagi hidy kegembiraan mereka adalah kegembiraan hidy juga.

Entry ini agak panjangkan?? Maaflah..Daripada malam tadi hidy terkenang mengenai MATANG ini. Maka hidy ingin berkongsi dengan blogger semua. Pesanan daripada hidy

  "Sikap matang ini memang menguntungkan diri sendiri" 


P/S: Mood bercuti dah mula menebal dalam diri ini...=) Selamat Bercuti...




Allah redha bila ibu bapa redha akan kita


Friday, 3 February 2012

Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid

Tertarik artikel dari sini


Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .Pernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .
Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .
Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .

Langkah pertama ialah dengan memastikan tapak yang sesuai untuk didirikan sebuah masjid . Di sini lah kontraktor , ahli kaji tanah , arkitek dan para engineer memainkan peranan . Mereka akan pastikan tahap keselamatan untuk kawasan tanah tersebut . Mereka akan pastikan kualiti tanah tersebut . Cukup mampatkah tanah itu ? Cukup suburkah tanah tersebut ? Atau jika didirikan masjid di situ akan membawa petaka kepada muslimin muslimat seandainya tanah itu terjerumus ? Atau mungkin tanah itu perlu disuburkan dahulu untuk tempoh masa tertentu bagi menjamin kualitinya ? Mereka tidak mahu masjid ini runtuh suatu hari nanti . Baiklah . Mereka di sini umpama ibu bapa kita , atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas diri kita . Merekalah yang akan melihat dan menilai tahap persediaan kita , tahap kematangan kita . Mereka jugalah yang menilai seandainya sudah tiba masa untuk kita bernikah . Mereka tidak mahu terburu buru dalam hal seperti ini kerana khuatir pernikahan yang terjalin akan musnah kerana faktor umur yang tidak sesuai .
Langkah seterusnya ialah mendirikan tiang asas . Tiang merupakan peranan utama dalam sesetiap bangunan . Untuk membina dinding , kita memerlukan tiang . Untuk menaikkan bumbung , kita juga memerlukan tiang . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan tiang dengan agama serta ilmu kita . Sudah cukupkah ilmu kita untuk bernikah ? Sudah bersediakah si suami untuk menjadi suami soleh dan si isteri untuk menjadi isteri yang solehah ? Seandainya masih ragu ragu , usahlah dibina lagi masjid itu . Kerana ia hanya akan meruntuhkan bumbung dan dinding yang terbina . Tianglah memegang tanggungjawab yang paling besar . Ini bermakna , agama dan ilmu lah memainkan peranan yang sangat penting . Tiada agama , tiada ilmu , runtuhlah hubungan tersebut .

Bumbung . Di sinilah mereka berlindung dari hujan dan panas . Bumbung dapat dikaitkan dengan jaminan untuk kehidupan dalam hubungan pernikahan . Sudah pastilah si suami perlu mempunyai jaminan kewangan untuk menanggung kehidupan berumahtangga . Dengan ini , makan pakai tempat tinggal dan keperluan asas yang lain dapat dipenuhi . Seandainya mereka mendapat zuriat , zuriat ini juga terjamin masa depan mereka . InsyaAllah .
Bagaimana pula dinding ? Cantiknya dinding itu apabila kena dengan warna catnya dan kukuh kualitinya . Maka , ramai yang akan tertarik dan pergi ke masjid tersebut . Kerana dindinglah yang menjadi perhatian utama , bukan tiang , bukan tapak juga bukan bumbung . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan dinding dengan penerimaan orang lain , persepsi orang lain . Seandainya orang tidak merestui juga membenci hubungan anda , jangan sesekali berputus asa . Jangan bersangka buruk . Sentiasalah berbaik sangka . Lihat semula , adakah cantik dinding yang kita bina ? Adakah sesuai dengan reka bentuknya ? Adakah warnanya sesuai ? Jika tidak , perbaikilah kembali keadaan masjid tersebut . Kaji semula keadaan tapak , kukuhkan lagi tiang dan carilah atap yang betul betul melindung bagi mendapat dinding yang betul betul cantik .

Seandainya masih lagi belum mampu untuk memenuhi semua keperluan ini , pendamkan dahulu hasrat mulia anda . Kuatkan dahulu diri anda , layakkan anda untuk semua ini , berusaha , berdoa dan bertawakkal lah kepada Allah . InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa dirahmatiNya .
Berimpianlah anda untuk membina sebuah masjid seperti Masjidil Haram yang teguh , tersergam indah dan tak henti henti dikunjung muslimin muslimat yang beriman , tanamkan dalam diri anda , cabar diri anda , insyaAllah anda mampu . Bersedialah dengan persediaan terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik . InsyaAllah .
Buat  renungan bersama .
Redha dan yakinlah dengan Allah .
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar .

Thursday, 2 February 2012

Satu permulaan yang bagus

Assalamualaikum...

Hidy baru sahaja dapat semangat untuk mula menabung di ASB ni. Ini semua kerana soalan kerani di ofis mengenai saham 1 malaysia. Hidy pun tak berapa nak tahu sangat pasal ni. Dari apa yang akak tue cakap, kita buat pinjaman 5 ribu di Maybank dan bulan kita akan mendapat rm50 dan kita kena membayar bayaran balik pinjaman sebanyak rm80 selama 5 tahun. Kalau setiap bulan kita akan mendapat rm50, ini bermaksud kita hanya bayar rm30 dengan duit kita untuk mebuat bayaran balik pinjaman kita ini.

Selepas 5 tahun, kita akan mendapat rm8000. Ini bermaksud kita akan untung rm3000 setelah melabur rm5000 selama 5 tahun. 5 tahun pejam celik dah habiskan. Hidy tak berniat nak ambil atau tidak saham ni. Masih memerlukan dan membuat research yang betul2.

Apa yang pasti hidy akan mula menabung di ASB. Insyaallah..Moga hidy akan cekal nak mulakan simpanan dari masa sekarang...=)...

Okla..Bye2x...

Wednesday, 1 February 2012

Jodoh Itu Urusan Allah

Assalamualaikum...


Mulakan hari kita dengan bismillah dan insyaallah kita akan sentiasa gembira melalui hari2 kita. Insyaallah.. Di sini hidy ingin berkongsi mengenai JODOH. Hidy rasa semua orang tahu mengenai jodoh ini. Jodoh ini urusan Allah. Siapalah kita untuk meneka siapa jodoh kita. Jika ada jodoh insyaallah pasangan itu akan berkahwin. Betul kan? 

Semenjak dua menjak ini, hidy saban hari diajukan mengenai soalan yang berbaur seperti ini. " Bila angah nak kahwin?? soal bapa saudara hidy. Teman juga ada bertanya, "Ko ni bila lagi dy? Nak tunggu siapa lagi baru nak kahwin??". Kadang2 rasa runsing juga bila teman seperjuangan sudah mula membuka tirai baru dalam hidup mereka. Bukan apa, hidy belum merasakan waktu yang sesuai untuk hidy membuat suatu keputusan yang penting dalam hidup hidy. Hidy ada sebab hidy yang tersendiri dan biarlah hidy sendiri yang mengetahuinya. Allah juga tahu.

Kawan hidy ada kata dekat hidy, jangan jadi ego sebab tidak mahu berkahwin. Hidy nafikan sekerasnya, siapa yang tidak mahu berkahwinkan? Ingin menyambung zuriat dan mempunyai pasangan?. Berjaya mana @ setinggi mana pangkat seseorang wanita dia masih memerlukan seseorang lelaki untuk menjadi pelindung dirinya suatu hari kelak. Mungkin belum tiba masanya untuk hidy memikirkan mengenai soal ini.

Usiaku baru sahaja memasuki 24 tahun dan hidy rasa masih banyak masa untuk hidy memikirkan mengenai soal ini. Urusan Allah, kita tidak tahu bila tiba masanya. Mungkin pengalaman lalu membuatkan hidy takut untuk memikirkan mengenai ini. Hidy tidak mahu menjadi hipokrit. Tersenyum gembira di hadapan orang tatkala hati meronta2 ingin meluahkan tangisannya.

Mungkin entry kali ini agak sayu bunyinya. Ini semua rintihan hati agar mereka2 mengerti. Jangan diajukan lagi soalan sebegitu kepada hidy. Hidy ingin berbakti kepada abah dan ibu hidy dulu dan ingin membuat mereka tersenyum bangga akan hidy. Bila tiba masanya, akan ada seseorang yang benar2 membuatkan hidy yakin untuk membina mahligai bersama.