Klik Saya

Tuesday, 14 February 2012

~Nyaris Tertipu Dengan Produk AMG Italy~

Assalamualaikum...

Morning semua!!! Hidy rasa syukur sangat sebab hidy tak tertipu semalam. Kalau tidak memangla. Tak tahu hidy nak cakap apa. Nasib baik hidy mampu berfikir secara waras semalam. Selepas habis kerja semalam, hidy nak beli barang dapur dekat TF Value Mart. 

Ada sorang salesman ni datang dekat hidy bagitahu hidy just tolong dia isi form and hidy akan dapat mug percuma. Because want to help him, hidy pun stopla kejap kat booth dia. Lepas tue, dia bagi hidy isi form and then he give me 2 coupon. When I`m opened the first one, I get voucher RM50 and after opened the 2nd voucher I got limited package voucher. Free induction cooker and penapis air but hidy kena beli 1 of diorang punya item around RM2980. Hidy pun macam a bit excitedla. Sebab budak Bazli nama dia macam excited je bila dapat tahu yang hidy dapat percuma 2 barang. Dia pun buat2 panik and call boss dia. And then bos dia pun cakap ngn hidy tanya hidy ada kenal mana2 ke staff dia. Lepas tue bos dia pun cakap tahniah sebab anda baru sahaja memenangi ulang tahun syarikat. Macam..wow..macam pelik pun ada. 

Lepas tue Si Bazli ni pun mula bertanya bank apa yang kita ada buat saving and so on la. Lepas tue dia mintak kad atm kita dan masukkan no pin. Hidy macam pelik jugala apsal nak mintak no pin pula kan. Terus hidy cabut balik kad atm hidy tu. Lepas tue hidy mintak masa untuk berfikir @ nak mintak permission such an excuse tuk lari daripada diorang. Lepas tue diorang ni macam pressure kita suh kita beli juga tau on the spot. Macam apa pun ada. Dia terang macam2la and hidy macam blur je dengar apa yang dia cakap. 

Hidy berkeras juga untuk mintak permission sebelum isi apa2 form. Mana taknya, diorang cakap diorang akan hold duit kita yang sama amount dengan harga barang tue. Lepas 2 minggu confirm duit yang diorang hold tue kita akan dapat balik. Diorang punya produk boleh beli cash @ kredit card. 0% interest. Sounds macam interestingkan. Bila fikir balik dia nak hold duit kita macam pelik jer. Nanti silap haribulan dengan duit kita kena kebas pula. Hidy pun cakap secara baik yang hidy nak kena tanya orang dulu. Hidy pun telefonla si dia. Nasib baik dia yang cool kan hidy. Yela..Hidy ni jenis tak reti nak kata tak nak kat orang. Sebab rasa kasihan tue tinggi sangat. Si dia explain benda ni semua tipu je. Harga barang tue lagi murah daripada harga asal diorang. Sampai beribu segala. 

Hidy pun explain kat diorang kata tunang hidy tak bagi and so on la. Diorang macam tak puas hatilah. Diorang cakap yang akak pergi tanya tunang akak buat apa, bukan dia yang nak guna and dia yang nak bayar. Belum jadi suami akak lagi pun. Hidy macam panasla lepas dia cakap macam tu kan. Hidy pun cakapla we all nak stay together kot lepas ni and you takda hak nak cakap tunang I macam tue. Diorang terdiam. (Actually alasan TUNANG tue macam kira kuatla..hidy belum tunang pun lg..=P)..Kalau tak buat alasan macam tue memang susah nak elakla. Lepas tue dia siap cakap boleh diskaun Rm1000 lgi. Hidy just bayar Rm1980. Hidy cakap tak nak and terus blah. 

Pagi ni hidy search about produk AMG Italy and Roset. Ramai dah yang tertipu dengan diorang ni. Syukur teramat sangat sebab hidy tak terkena. So, beware dengan diorang semua ni. Diorang akan paksa kita beli juga barang diorang ni. As si dia cakap " Diorang semua ni diajar untuk cakap macam2 pasal barangan diorang  sampai diorang dapat pengaruhi kita untuk beli barang diorang. Jangan cepat rasa kesian dengan diorang ni".

Maaf entry ni super dooper panjang sebab hidy tak nak you all semua TERTIPU macam orang lain. 

P/S: Jangan cepat PERCAYA dan KASIHAN dengan mereka.

Voucher diorang..

Note: Diorang tak terfikir ke menipu orang ni? Apa perasaan mereka bila ditipu? Inilah manusia zaman sekarang, sanggup berbuat apa saja demi duit.



17 comments:

Mrs Lurve said...

kalo jalan2 dkt shopping complex, kalo ada org nak kasi baucar ke, kupon ke, memg xlayanlah..sbb dh tau kes mcm nie dh byk dh yg kena

Miss Hidy said...

2la...selama ni hidy x pernah layan..nth tiba2 je smalam boleh plak dok lyan diorang...kena pukau ke apa ni...hehe

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Pernah terjadi kat adik kita...taktik dia sama sebijik mcm ni..tapi salesman tu dtg rumah...haishhh..macam2 cara jer diorg ni nak menipukan..nak cepat kayalah tu...

Miss Hidy said...

Lily: kalau da datang rumah 2 mmg terdesakla tu...tak fahamla dgn diorang ni yang suka2 je nak tipu org..kalau sanak sedara diorg kena tipu baru diorang thu. hidy search kt tnet smua taktik yg sma je...

cik najiha said...

fuh baru tau lhaa. ty cik hidy tolong bgtau mklumat nie. klau tak terkena jgk lhaa saya :)

Miss Hidy said...

cik jiha: sma2...hidy xnk kwan2 lain pun terkena mcm hidy nti...=)

aReLaN said...

besenya bila ada orang promo pape memang takkan layan la.macam2 kan taktik orang skang nak cari duit.sanggup menipu lagi tu.eeeiii..tak tau ke diorang pasal keberkatan.

Miss Hidy said...

arelan: thu xpe...rasa mcm ap jer kan..lpas ni if mereka tahn2 lg mmg hidy nak trus sound la kt diorng nti..biasala manusia..snggup bt apa saja demi duit..

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Good experience.. atleast bleh share ngan org2 sekeliling kita.. apetah lg share dlm facebook & blog.. so masyarakt bleh jdkan iktibar..

Miss Hidy said...

Abu bakar: btul 2..biasala manusia ni..kalau hidy jumpa diorng lg..mmg hidy serang je diorang...hehe

oni(demon) said...

MISS HIDY:

xtwla da tkene ke blum...bkal isteri nie da byr deposit 50...n da ade resit brg...

tp brg xamik pn...cm booking..
agk2 leh cancel x bnda nie....

tlg bg feedback...risau nie...

Miss Hidy said...

oni: hidy rasa dia xkn pulangkan pun duit 2...tmbh2 dia da thu kita xnk beli brg dia...nsib baik baru byar rm50..kalau beriban...mahu menangis jawabnya...

farina_fadzli said...

Hu hu nak share pasal kes ni. Tadi ( 24 mac 2012) saya nyaris jd mangsa .pegi shopping complex n kena tahan kat pintu keluar. Katanya nak bagi cawan percuma. Produk sama AMG Italy. Modus pun sama spt yg Hidy ckp. Siap tanya bank apa yg kita pakai.? Boleh byr guna kad kredit. Ansuran mudah 36 bulan. 0 % interest. Adoiii . . . Kena gores 2 kad. Konon terkejut dia org call bos. Bos tanya kita balik ada kenal mn2 staff dia, .Teruk betul dia org ni, desak kita punyalah pandai.. Cuma saya dah terisi form yg dia org suruh isi. Rasa2 apa yg dia org leh buat dgn maklumat tu. Emm

farina_fadzli said...

Hu hu nak share pasal kes ni. Tadi ( 24 mac 2012) saya nyaris jd mangsa .pegi shopping complex n kena tahan kat pintu keluar. Katanya nak bagi cawan percuma. Produk sama AMG Italy. Modus pun sama spt yg Hidy ckp. Siap tanya bank apa yg kita pakai.? Boleh byr guna kad kredit. Ansuran mudah 36 bulan. 0 % interest. Adoiii . . . Kena gores 2 kad. Konon terkejut dia org call bos. Bos tanya kita balik ada kenal mn2 staff dia, .Teruk betul dia org ni, desak kita punyalah pandai.. Cuma saya dah terisi form yg dia org suruh isi. Rasa2 apa yg dia org leh buat dgn maklumat tu. Emm

Christine, Hema and Wanie said...

nk share pasal kes ni. pada( 29 mac 2012) saya nyaris jd mangsa .pegi shopping complex n kena tahan kat pintu keluar. Katanya nak bagi cawan percuma. Produk sama AMG Italy. Modus pun sama spt yg Hidy ckp.dye kate nk bg mug jew .sy pon tak tahu mcm mane boleh dgr dye org mbebel dan dduk kat situ. tp sy x phm ap yg dye org smpaikn. kate nk bg mug jew tp dye da merapu smpy alat2 dpur.sblm tu dye suh isi form sy isi ala kadar.Adoiii tbe2 dye bg 2 kad suh bukak. sy x nk tp dye suh bukak pulak .lps bukak promoter tu buat2 tkejut. sy terus ckp x nk beli ap2 x ad duit sbb sy belajar lg.sy terus beredar tnpa bnyk ckp.Cuma saya dah terisi form yg dia org suruh isi. Rasa2 apa yg dia org leh buat dgn maklumat tu. Emmm..

Nurul Ain Muhamad Sadan said...

salam ..adik sy semalam kene kes yg sama.. sy dah copy blog ni sbgai bukti ..diorg pun yg guna tektik yg sama nak jual barang..kecian mak cik dengan pakcik peneroka kene tipu

Miss Hidy said...

ye ke?..diorang ni smua x srik2 lagi ke nak kenakan org..nak duit dgn cra yang mudah je..2la...lpas ni kalau nampkdiorng kenakn org lain..kita kna slamtkan diorng drp kna tpu ngn mereka2 ni kak..