Klik Saya

Tuesday 31 July 2012

Erti Sebenar Satu Persahabatan

Assalamualaikum...

Semua orang mempunyai sahabat @ teman @ kawan bukan? Mengapa kita semua memerlukan sahabat? Kita memerlukan seseorang untuk kita berkongsi rasa apa yang dipendam dalam hati kita. Tidak semua ibu bapa kita boleh dijadikan tempat meluah rasa. Faktor umur dan juga cara pemikiran juga bergantung dengan siapa kita ingin berkongsi rasa. 

Begitu juga dengan hidy. Ada sesuatu benda yang hidy boleh berkongsi dengan ibu, ada juga yang tidak. Korang pun macam hidy juga. Kebiasaannya kita akan memilih dengan siapa kita ingin bercerita. Ini kerana khuatir jika rahsia peribadi kita dijaja kepada orang lain. Oleh itu, amat penting untuk kita memilih sahabat sebagaimana yang kita ingin pilih.

Ada beberapa tips yang kita perlu ada dalam sebuah persahabatan yang luhur.

1. KEPERCAYAAN
    Kepercayaan merupakan perkara yang paling utama dalam sebuah persahabatan. Bukan hanya penting dalam percintaan sahaja. Kita kena saling mempercayai antara satu sama lain. Dengan adanya kepercayaan ini, insyaallah akan berkekalanlah sebuah persahabatan.

2. KEIKHLASAN
    Kita kena ikhlas apabila bersahabat dengan seseorang. Bukan kerana dia anak orang kaya korang berkawan dengan dia. Itu amat salah. Persahabatan yang tidak dimulakan dengan keihklasan tidak akan berpanjangan. Bersahabatlah dengan dia kerana Allah.

3. KEJUJURAN
    Bersikaplah jujur dalam persahabatan. Jangan sembunyikan apa-apa pun dalam satu persahabatan. Jika korang ada terasa hati dengan sahabat korang, suarakan. Jangan pendamkan kerana takut ia akan memakan diri korang sendiri. Tanpa kita sedari persahabatan itu menjadi semakin renggang.

4. KASIH SAYANG
    Bukan percintaan sahaja yang memerlukan kasih sayang. Persahabatan juga perlu. Tanpa kasih sayang bagaimana kita hendak terbitkan perasaan untuk memahami, saling membantu dan sebagainya. Jika persahabatan itu melibatkan antara lelaki dan perempuan, bataskan perasaan sayang anda. Gariskan kasih sayang itu hanya sebagai sahabat bukan lebih. Memang ada yang mengatakan, mustahil lelaki dan perempuan boleh menjadi sahabat tanpa melibatkan perasaan lebih daripada sahabat. Kita semua sebenarnya boleh ubah persepsi mereka semua. Kita yang pilih jalan hidup kita bukan mereka.

5. KEMAAFAN
    Bersedialah untuk memaafkan sahabat kita andai dia pernah melukakan hati kita. Manusia tidak lari daripada melakukan perasaan. Memaafkan seseorang akan membuatkan hati kita tenang. Apa guna kita marahkan seseorang dan membuatkan hati kita jadi gelisah. Bertolak ansur dan bertoleransilah dalam persahabatan agar kita tidak akan hilang sahabat sejati kita.

6. SETIAKAWAN
    Sikap ini amat perlu dalam persahabatan. Sahabatlah yang akan ada tatkala kita susah dan senang. Sahabat sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya dalam kesusahan. Malah akan sentiasa ada di saat kita memerlukan. 


Ada banyak lagi sebenarnya tips2 yang boleh diaplikasikan. Setiap orang ada caranya tersendiri. Sahabat yang sebenar tidak akan melakukan perkara2 yang sahabatnya tidak suka. Kita mungkin boleh hidup tanpa pakwe/makwe..Tapi susah jika kita tidak memiliki sahabat walaupun hanya seorang.


Andai kau ingin bersahabat… terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah -Cicinta






Saturday 28 July 2012

~I`m 24 now~

Assalamualaikum...

Morning!!

Rasanya belum terlambat lagi kot untuk hidy ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kat korang..Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna kan??..Yer..ramadhan kali ini memang bermakna bagi hidy...
25th hari tu adalah hari kelahiran hidy 24 tahun yang lepas..Rasanya lama dah hidy tak sambut hari lahir dalam bulan puasa ni..Alhamdulillah..tahun ini hidy berkesempatan. Since I`m now officially turn to 24 years old this year, I`ll make sure all the things I want to achieve will be accomplished before I turn to 25 next year..=)..Hope hidy dapat capai segala-galanya sebelum tahun depan...Insyaallah...Amin..

Banyak benda nak cerita sebenarnya..Tapi nantilah hidy cerita ye...Mood excited nak balik rumah sebenarnya ni...=)...Hidy gembira je sekarang...Moga hidy akan gembira selalu...(^_~)


~24 years old was a blessing for me~




Saturday 14 July 2012

~Setahun Pemergiannya 140711~

Assalamualaikum..

Salam Sabtu semua..Setahun yang lepas tepat pukul 10.30 pagi, arwah opah hidy telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sekejap sahaja masa berlalu. Hidy takkan lupa saat itu. Apabila hidy sampai di rumah hidy lihat jasad opah terbaring kaku di atas katil. Wajah opah tenang sangat. Hidy tak dapat nak sembunyikan perasaan hidy. Hidy nangis sekuat-kuatnya..Hidy meraung..Opah tetap pergi meninggalkan hidy. Hidy tak sempat jumpa opah buat kali terakhir. Hidy sedih. Opahlah yang hidy ada untuk menumpang kasih seorang nenek. Opahlah tempat hidy bergurau tatkala hidy kesunyian. Opahlah tempat hidy menyakat tatkala ada seorang atuk datang ke rumah kami. Opah jugalah tempat hidy menayang baju baru yang hidy beli dan opah jugalah tempat hidy bertanya sama ada hidy dah kurus ke belum. Angah rindu saat itu opah..ermmm..

Opah sangat istimewa. Hidy masih ingat, nasi goreng opah yang paling sedap hidy pernah makan. Ia simple tapi air tangan opah memang tidak dapat disangkal. Opah....Angah rindu opah..Moga opah tenang di sana. Angah akan sentiasa doakan opah..Opah..

Kepada korang yang baca coretan ini, hidy pinta, sedekahkanlah al-fatihah buat arwah opah hidy. Moga doa dari korang dapat memberi ketenangan untuk opah di sana.

Al-Fatihah...


Friday 13 July 2012

~Hati Yang Kecewa~

Assalamualaikum...

Merawat hati yang kecewa memang sukar kan? Sesungguhnya kita memerlukan hati yang cukup kental untuk kita betul-betul ingin merawatnya. Walau bagaimana pun cara kita cuba untuk merawatnya, pasti akan terasa juga kesakitannya pada suatu saat. Saat kita rasakan kita dah cukup kuat tetapi kita terduduk lesu kerana tiba-tiba ingatan yang lama menjelma kembali.

Kenapa hati kita kecewa? Apa sebenarnya perasaan kecewa ini? Adakah sama dengan patah hati? Adakah sama dengan perasaan dikhianati @ ia adalah suatu perasan yang sukar untuk ditafsirkan? Kecewa adalah suatu norma perasaan yang berlaku pabila kita mengharapkan sesuatu dengan begitu yakin, tapi harapan kita menjadi layu di saat kita betul-betul mengharap. Harapan yang selama ini secara tidak langsung terbit dari dalam hati tanpa dipinta, mekar subur di dalam taman hati yang dibajai dengan gelak tawa, senyuman dan juga gurau senda. Perasaan kecewa pabila mengetahui apa yang kita impikan selama ini tidak dapat kita gapai. Perasaan di mana kita tidak tahu apa yang patut kita lakukan. Perasaan di mana kita sangat sedih dan sakit tetapi kita tidak mampu mengeluarkan sedikit pun air mata. Perasaan di mana kita berasa sangat keliru dengan rasa hati. Perasaan di mana kita telah hilang kepercayaan kepadanya. Perasaan yang kita rasa sia-sia usaha kita. Ya...perasaaan kecewa ini memang sukar ditafsirkan. Bergantung juga dengan situasi individu itu sendiri. Kebiasaannya ia adalah perasaan pabila kita sangat mahukan sesuatu dan kita tidak mahu kehilangannya. Mesti korang pernah rasakan perasaan ni..Sakitkan..Peritkan..

Jangan pendam perasaan kecewa itu sendirian. Luahkanlah..Keluarkan dia dari dalam hati korang. Jangan biarkan ia merundum pendam dalam hati. Itu lebih menyakitkan. Jika menangis boleh hilangkan segala kesakitan buat seketika, menangislah. Paksa diri anda untuk menangis. Paksa..Hanya itu sahaja cara yang paling melegakan perasaan perit yang kita tanggung.

Bila korang rasa kecewa akan sesuatu perkara, REDHA...Ya..REDHA adalah jalan yang paling mudah..Kita kena REDHA...Kerana apabila kita redha akan sesuatu hati kita akan jadi lapang. Fikiran kita tidak akan rasa dihempap batu..Kita akan rasa suatu perasaan yang sangat tenang. Ketenangan yang kita cari. Percayalah..Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Walau kita tanya berkali-kali apakah hikmahnya perasaan kecewa ini, tiada siapa dapat memberi jawapan yang tepat. Hanya kita yang mengetahui bila tiba masanya. 

Hidy juga pernah kecewa. Dan kini masih berada di dalam kekecewaan. Ya..Hidy akur..Sukar untuk buang perasaan kecewa ini. Ia seakan-akan bermimpi di siang hari. Saat kita rasa kita dah dapat gapai, kita terjaga  dari mimpi dan ia pun hilang, lenyap begitu sahaja. Hidy cuba mencari keredhaan dalam hati. Alhamdulillah..Secara perlahan-lahan perasaan kecewa itu hilang. Sekarang ini hidy cuba untuk berfikiran positif. Ya..Positif..Allah uji hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA itu cukup kuat untuk hadapinya. 

Bersabarlah duhai hati. Kebahagiaan ada di depan sana. Kamu hanya perlu melalui jalan ini, jalan di hadapan kamu dan menuju ke arah sinar kebahagiaan itu. Allah dah aturkan segala-galanya. Yakin janji Allah..Allah takkan biarkan hambaNYA berduka.

~ALLAH MUNGKIN TAKKAN BAGI APA YANG KITA MAHUKAN, TETAPI ALLAH AKAN BAGI BENDA YANG KITA AMAT PERLUKAN~












~Kata Hati~

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...Masa kian pantas berlalu seperti yang hidy harapkan...=)..Hidy tak pasti kenapa hidy rasa gembira sahaja kebelakangan ini..Tapi apa yang pasti ada something yang membuatkan hidy berfikiran positif. Apakah itu? Yupp..Jawapannya adalah kata hati..Kata hati yang mengatakan hidy akan dapat apa yang hidy nak. Hidy yakin hidy akan dapatkan apa yang hidy nak. Di mana prinsip hidy..

Kalau orang lain boleh dapat, kenapa hidy tak boleh..

Allah memang dah aturkan segala-galanya.

 Pertemuan..Perpisahan...Kesedihan..Kekecewaan...
Akhirnya Kebahagiaan..

Hidy akan terus mengejar apa yang hidy impikan. Walaupun hidy terpaksa hidup dalam fantasi buat sementara waktu. Hidy tak kisah asalkan kesudahannya akan hidy dapat dalam realiti hidup hidy. Sukar untuk hidy jelaskan sekarang apa yang hidy impikan. Bila impian hidy itu telah menjadi kenyataan, mesti hidy akan cerita. Hidy dapat rasakan..Perasaan itu semakin kuat setiap kali hidy cuba nafikan untuk tidak mengimpikan. Tetapi, hidy manusia biasa yang tidak akan berpuas hati jika tidak mendapat apa yang dihajati.
Hidy akan cuba menggapainya yang memang tertulis untuk hidy. Kata hati yang meyakinkan hidy. Insyaallah..Jika ia milik kamu, walau bagaimanapun ia tetap milik kamu. Ada rezeki hidy, hidy akan dapat jugakan?...=)

Allah tahu..Permudahkan perjalanan hidupku Ya Allah..Semoga jalan yang aku pilih ini adalah terbaik untuk diriku dan untuk diri mereka. Amin ya rabb...



~Ikutilah kata hatimu kerana kata hati lebih memahami apa yang terbaik untuk dirimu~


Wednesday 11 July 2012

~Mood Penuh Keterujaan~

Assalamualaikum...

Hye semua...Hidy sangat excited ni..Alhamdulillah...Sekarang ni hidy dah ada teman baru...Yahooo!!!! Hidy rasa Haniza ni boleh satu kepala dengan hidy..Suka2x...Thanks Mr Yong sebab bagi hidy buat pilihan dengan siapa hidy nak bekerja..=)...

Lepas ni hidy rasa tak mungkin hidy dibebankan dengan kerja2 yang banyak ni..Rasa bernafaslah hidy sikitkan..So lepas ni kena get ready table for her lah...

Awak!!!!..

Kita dah ada tempat nak bersembang2 dah..Suka sangat..Walaupun awak dah takda nak teman kat sini, at least ada pengganti awak..=)

K la..hidy nak siapkan sample segala ni..Suka2x...=)

Allah takkan biarkan hambanya merintih keseorangan kan?...Terima Kasih Allah..


See how happy I am....(^_~)V



Tuesday 10 July 2012

~Hidayah Yang Baru~

Assalamualaikum...

Hye korang...Nak dekat pukul 5 da..Hari ni hidy rasa capek sikit..Mungkin sebab hidy puasa kot hari ini..Berbuka karang hidy nak beli NASI KERABU...ermmm...lama hidy tak makan nasi kerabu..tetiba hidy craving nasi ni...Hari yang memenatkan juga di tempat kerja..Banyak benda nak dilakukan last2 hidy tak tahu nak buat yang mana satu..Tadi juga hidy ada iv sorang budak ni untk assistant hidy..Hidy rasa quite ok juga budak ni..Hidy ambilla dia jadi assistant hidy..rezeki orang nak kahwin kot...hehe...Takpe..kita tolong orang, orang tolong kita balikkan...=)

Now...hidy rasa hidy dah betul2 bangkit daripada hidy yang lama..Means hidayah yang mendapat hidayah i guess..Hidy akan pastikan orang yang betul2 layak sahaja yang akan mendapat hidayah ini..Mungkin mereka berdua mendapat hidayah yang lain bukan hidayah yang ini..Hurmm...Kenapa hidy tewas dengan nama yang sama dengan hidy??...Dua orang pula tu..Takpe..Allah kan dah aturkan segalanya kan..=)

Setiap cerita pasti ada jalannya kan..Hidy akur dengan jalan yang hidy kena lalui..Sekarang hidy kena mula berfikir mengenai masa depan kerjaya hidy..I need to move on from here...Permudahkanlah 19hb ni...amin...

Not much story to tell today..Terkejut dengar berita yang tak disangka2x..Tapi pada masa yang sama rasa best juga..Nope..Hidy bukan kejam..Tapi ini pembalasan sebab buat orang yang hidy sayang..Semoga nasib dia terbela...Insyaallah..amin...

K la..Daaa....(^_~)V


Really???



Monday 9 July 2012

~Cameron Highlands Mission~

Assalamualaikum...

Hidy nak berceloteh mengenai percutian hidy dengan sahabat2 hidy..=)...Entry ini adalah dalam situasi yang amat teruja ye..Another moment yang hidy takkan padam dalam hidup hidy..Perjalanan kami ke cameron bermula dalam pukul 2 ptg since hidy kerja half day kan sabtu..Walau pape pun plan tetap berjalan dengan lancar..Hidy pergi 3 orang je..Hannah dan Ida...Mereka yang sangat havoc dan very sporting...The bestla percutian kali ini..Banyak benda dah diteroka dan meneroka..Let the pic`s story...=)...


Pose dulu k...=)

Its not worth to eat....huhu

Masa ni serius memang tahap kelaparan yang memuncak. Tak kisah dah nak makan ap masa ni asalkan ianya makanan..Kitaorang pergi makan dekat Fauzi Tomyam & Steamboat. Kitaorang layan steambot dia..ermm..tak berapa nak bestla tomyam dia..Dahla service dia mak aihh...Sampai kena mintak berkali2 barula dapat buat order..Sabar je la..Memang tak puas makan time ni...So we all pun apa lagi....


The best ever...=)

Ok..Thanks to ida sebab dia beria sangat nak makan ais krim di malam hari yang sangat sejuk...Tapi berbaloi2x makan benda alah ini daripada makan steamboat tadi..dahla mahal..utk 2 orang RM40...Memang tak berbaloi langsung bagi hidy...Strudle dia ni paling sedap..Lembut sangat dan melting..Ais krim dia lagila..Mak aihh...Terbaik...=)...

Lepas dah melepak dekat situ dalam sejam kitaorng nak pergi pasar malam..Mulalah shopping bantal and strawberry coklat..Lepas tu mission kitaorang pun bermula bila terserempak dengan group yang kitaorang usha dari siang...Agenda pun bermula...Sesi meneroka...Kawan2 hidyla..hidy tak..=)

Malam tu bermula suatu perkenalan yang hidy rasa akan ada sejarah yang tercipta..Mission kawan hidy berjaya di mana dia dapat menarik perhatian group tadi..hahaha...memang lawak betulla..Selepas sesi taaruf dan berbalas contact we all pun bergerak pergi Petronas sebab nak cari barang...Malang petronas da tutup..So menapaklah pergi JIMAT....

Amoi manyak cantik woo makan ini madu...=P


Betul ni?? I try makan ye...hehe


Strawberry utk mereka2x....


Pose bahagia lepas dapat baju cameron...hehe



Cactus Valley...




Bajet comel...hahaha


Will miss this girls..



Mereka yang poyo`s...hahahaha



Excited di situ..Keseganan..hahaha...


Roses ladies...=)


Mmmmm...wanginya...=)


Merawat kekecewaan BOH tutup..huhu

Going home...Bukti kami di sini..hehe

Ok..Bila dah teruja sampai da tak tahu nak cerita macam mana...Rasa macam nak cerita dari A-Z...So hidy conclude kan je la..Percutian kali ni memang best....terbaik...Dapat menghilangkan stress..Dapat ketenangan..Dapat menerima kenyataan..Dapat melepaskannya..Dan dapat segala-galanyala...tak tau nak cakap macam mana...

Apa yang hidy tahu hidy gembira di sini..=)
Hidy kena kental..itu yang hidy tahu..=)





~Sneak Peek Cameron~

Assalamualaikum...

Monday korang!!!!

Hidy rasa bersemangat waja untuk memulakan hidup hidy dah...Hidy dah jumpa ketenangan yang hidy cari...Hidy jumpa di Cameron Highlands..(~_^)V....

Allah dah aturkan segala-galanya..Bersyukur atas apa yang Allah kurniakan untuk hidy..

We met sporting people here...=)

Gonna tell you soon..=)

Friday 6 July 2012

~Salam Jumaat~

Assalamualaikum...

Hye semua...Salam Jumaat...Sekejap je masa berlalukan..Sedar tak sedar dah nak habis seminggu...Esok hidy akan pergi Cameron Highlands...Hope perjalanan kami esok selamat pergi dan balik..Hari ni cuaca nampak tenang sangat..Mungkin disebabkan hidy dah dapat ketenangan yang hidy cari kot..Moga ketenangan ini berpanjangan hendaknya..Insyaallah...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..Hidy akan cuba redha dengan apa yang terjadi dekat hidy kebelakangan ini..Masa akan mengubat segalanya..Moga2...Niat yang baik mesti Allah akan tunaikan kan...Semoga hidy berjaya 19hb nanti...Moga hidy dapat membuka buku baru di sana nanti dan meninggalkan segala kenangan di sini..Tak sanggup rasanya nak hidup dalam kenangan..Mungkin mereka nampak hidy kuat...Padahal sebenarnya hidylah insan yang paling lemah sekali..Berpura2 untuk menjadi kuat disebabkan tiada lagi penguat hidy..Allah ada...Allah sentiasa ada..Hidy akan cintai Allah kerana cinta Allah sahaja yang kekal abadi...Moga hidy istiqomah...Insyaallah..Amin...

Ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan...Amin...




DIA tahu hidy kuat sebab tu DIA uji hidy dengan rasa ini...

Thursday 5 July 2012

~BIO ACE PLUS~

Assalamualaikum...

Hye semua..Semakin kerap hidy mengupdate kan...=)...Yela..since pendengar hidy da tiada...So back to old routinela..berceloteh sendiri..Saje nk short update...Hidy baru je beli supplement Blackmores Bio Ace Plus tadi..After less 20% hidy beli dengan harga RM43.60...

Mesti macam pelikkan tetiba je update pasal supplement...Ok..tak yah nak pelik sangat...Sejak hidy pergi facial hari tu beautician tu suggestkan hidy amek vitamin ACE ni..So tadi hidy singgahla beli dekat Farmasi Wykon..Kebetulan dekat dengan BSN tadi..Lepas bank in duit cuci matalah dekat farmasi tu..

Apa yang hidy tahu supplement ni one of the antioxidant. So after consume this suppl. should be muka dah nampak ok dan tak makan dek tuala kan...Okla..Hidy takda banyak masa nak bercelotehla..Lepas sebulan hidy update apa perubahan selepas amek this kind of supplement k..=)



1st trial...=)



Wednesday 4 July 2012

Heading to Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Short update...

Hidy and BFF nak pergi jenjalan di Cameron Highlands hujung minggu ni...So this trip much more2x fun than  the previous one..Sesi untuk membeli semua warna bunga ros...I love roses....Especially white rose...=)...

Belum pergi lagi dah ada orang booking strawberry...Angah akan beli punya la bu...silap haribulan ber`kg` angah beli...hehe...

Hope this trip will be success since hidy yang drive..1st time drive sendiri pergi Cameron..We all plan nak jadi backpackers...Hahaha...What kind of backpacker are we nantikan...

Destinasi yang menjadi pilihan since di sana hidy akan jumpa ketenangan yang hidy cari...(^_~)V...

Later i story k...


Pemandangan di pagi hari...=)