Klik Saya

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

AYUH MOTIVASI DIRI...

Assalamualaikum...

Selamat Pagi...=)...Hidy nak share something daripada kawan hidy bagaimana nak motivasikan diri...=)


1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat




2. Senyumlah selalu kerana senyum itu satu sedekah...=)



3. Tidur yang berkualiti itu penting untuk kita.



4. Jangan membahayakan diri kita sendiri dan orang lain.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi



6. Sesekali hiburkan hati sendiri dengan melakukan perkara yang kita minati.



7. Tonjolkan penampilan diri yang kemas dan bergaya. Sesekali bergaya apa salahnya kan??...



8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan. Nanti jadi obes pula...



9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan hisap rokok yang membahayakan kesihatan...



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


Mari kita ubah diri kita agar menjadi lebih bermotivasi...=)

Thursday, 1 March 2012

~First Impression~

Assalamualaikum....

Selamat Pagi....(^_~).....

Macam lama sangat tak update entry...=)..Tak tahu nak update apa actually...Tapi pagi ni hidy dapat inspirasi nak update...chewah...memang tak boleh blah kan...=P...Hati sekarang ni tengah dup dap dup dap + excited segala...Memang betul kata orangkan..First impression memang memberi impak yang paling bermakna. Walaupun hanya daripada jauh kita masih boleh memberi macam macam atribusi terhadap orang tu. Termasuklah dengan diri hidy sendiri. 

Daripada jauh hidy nampak dia berjalan dengan penuh berwibawa. Terdetik dalam hati, tak mungkin fresh graduate yang berumur 23 bawah..Muka macam nampak matang. Mungkin keraguan ni disebabkan S/U cakap umur dia within 27..But dalam hati juga ada kata he belongs for someone..But dalam hati ada cakap juga..how about you try it....Wow....dah mulalah tukan hidy ni...=P...No la..hidy gurau jer...Tak salahkan kalau kita berkawan ramai ramai...Dapat tambah kenalan....

Tapi rasa macam seronok pun ada sekarang ni..sebab lepas ni tak perlu sorang2 dah sebab Allah dah hadirkan 2 orang kawan sebangsa hidy di sini...Alhamdulillah...Hidy taklah rasa kecil sangat diri ni...Yang paling best sekali..hidy salah seorang orang kepercayaan bos..=P....Macam tak caya pun ada kan..Tapi baguslah..bos hidy dah nampak kededikasian hidy bekerja...hoho...masuk bakul angkat sendiri ek...=)...

Okla...Hidy nak sambung buat kerja dulu yer...too many things i need to settle..too many....huhu

Keep in touch  yer...=)



Costumes are the first impression that you have of the character before they open their mouth-it really does establish who they are.

SMART



Tuesday, 10 January 2012

~Kesibukan Mula Mengganas di Awal Tahun~

Assalamualaikum...

Selamat Pagi Semua!!! Hidy rasa macam dah 5 hari rasanya tak update blog...Hidy tak berkesempatan nak updatelah... So many work to do..sigh***...Rasanya macam...aduh!! tak mampu den nak buat ni hah...Siap satu kerja datang lagi 2 3 kerja serentak..Yang dulu punya test pun tak siap2 lagi...adoi..sabar jela...Nampak gayanya memang kena angkut kerja bawa balik rumahlah jawabnya ni...huhu...

Harap2lah hari ini hidy dapat half day cuti..Nak pergi servis kereta since dah hampir 2 bulan tertunda nak pergi servis...Bolehlah pergi shopping selepas tue...(bajet banyak duit je kan..) Cuci mata tak salahkan..hahaha

Tak da apa pun nak tulis sebenarnya ni...fikiran tue menerawang pergi usha dalam lab ni..Nak kena cutting paper coil pula lepas ni..Oklah..if ada masa hidy update lagi...Bye2x...


Tuesday, 3 January 2012

~Semangat Baru~

Assalamualaikum...

Hye semua....Masih belum terlambat lagi rasanya hidy nak wish Selamat Tahun Baru 2012!!!!!! Cuti hidy dua tiga hari lepas memang agak sibuk sebab hidy tolong ibu deco kelas dia...Wah...rasa kembali ke zaman sekolah menengah segala dok berlumba adalah pertandingan keceriaan kelas...hehe....=)

Hari ini merupakan hari pertama bekerja setelah cuti dua hari untuk new year kan....So...harus pupuk azam dalam diri agar mutu kerja kita semua akan bertambah maju dan lebih dedicate. Semoga segala urusan hidy pada tahun ini dipermudahkan...Insyaallah...

Hidy juga berharap apa yang hidy inginkan pada tahun ini akan menjadi kenyataan...Insyaallah...Selamat Bertugas!!!...(^_~)V




Monday, 12 December 2011

~Penangan Ombak Rindu der!!!!!~

Assalamualaikum....



Selamat pagi semua!!!! Harapnya semua sihatlah yer. Cer baca balik tajuk dekat atas. Penangan ombak rindu???? Ape ke jadahnye dengan ombak rindu. Sila jangan salah faham yer. Hidy bukan nak buat review. (^_~). Hidy nak cerita sikit je komen hidy pasal movie ni. 

Hidy baru je tengok malam ni. Ini semua kerana gara2 ibu yang tak pernah2 nak tengok wayang pun terpengaruh dengan orang lain yang mengatakan cerita ini best tahap paling gabanlah...Semua yang masuk confirm nangis punyer. Ini semua sumber yang paling dipercayai iaitu abang hidy sendiri yang cakap..."Semua yang tengok tadi nangis2 kot. Rimas aku semua pakat nangis"....See...hidy tak tipu....=)

Hurm....Tapi selepas tengok ombak rindu malam tadi hidy rasa macam tak berbaloi sangat beli tiket malam tadi. Mungkin sebab hidy ni pembaca setia novel ombk rindu yang kalau 100x baca pun takkan bosan. Bila hidy tengok malam tadi, rasa macam...hurmmm....TAK BEST!!!! dan hidy tak pasti part mana yang boleh buat semua orang menangis2...yang kelakar banyaklah hidy rasa....Mana taknya tengok muka Lisa Surihani yang jadi bengis tahap gaban...memang macam kelakarlah kan. Yelah...sebelum ni diakan ayu2 je...comel2...tapi superb ar lakonan dia kali ni...

Tapi hidy masih rasa tak puas tengok ombak rindu ni. Kalau dia buat versi 1 &2 pun best gak..Sebab kalau baca dalam novel tue memang sedihlah...Hidy tahu kalau buat 100% ikut novel haruslah ada banyak versi pula kan nak buat. Tapi ok what...Nilah yang pembaca setia novel OMBAK RINDU nak pun kalau novel pujaan diadaptasikan menjadi sebuah filem kan? Ada siapa bangkang hujah hidy ni?...Anyone????....Rileks r der...hidy just nak sharing apa yang hidy rasa. We should take pro n con right? Everybody have their own right to speak out..=)...Yang rasa minat gila dekat cerita ni hidy minta maaf yer...Cuma bukan seperti yang hidy harapkan bila tengok movie ni. Try juga macam nak feeling2x sedih..Siap bawa spare tisu manalah tahu kut2x obses dengan kesedihan pulakan...hehe.... Banyak juga watak yang takda dalam movie ni. Tapi hidy faham, kalau nak ikut 100% haruslah tidakkan dengan masa dalam 2 jam jer....=)

Pape pun...Tahniah hidy ucapkan kepada para pelakon OMBAK RINDU...dari awal movie sampai akhir, hidy asyik hayati wajah MAYA KARIN jer....Giler doh..dia sangat cantik....Tersangat ok..Nature beauty beb.....Semua orang telah diberi kelebihan masing2....betul tak????..(^_~)...Okla...Nanti hidy story mory lagi yer...Banyak nak kongsi ni...hehe...


Pssstttt: Isteri Aaron tak rasa pape ke tengok suami dia berlakon???? Siap box office lagi kot....Hmmmm....dunia2x...


Monday, 5 December 2011

~Al-Fatihah~

Assalamualaikum...

Hye semua!! Hidy takda apa nak buat malam ni. Mata pun rasa mengantuk dah. Selalu bila malam memang jaranglah hidy online. tapi disebabkan hidy kesunyian malam ni, on9 jugalah. Tengok berita2 semasa. Al-maklumlah..hidy ni jarang tengok berita..paper pun jarang nak baca..huhu..Selalu terlambat kalau ada pape kan.

Tadi, hidy tengok kat facebook, adik Khairul Fahmi Che Mat telah meninggal dunia akibat demam denggi tak salah hidy. Al-fatihah untuk arwah. Kawan teman hidy juga meninggal semalam. 3 orang sekali akibat kemalangan dengan lori. Hidy tak tahu nak bantu teman hidy macam mana..huhu..Dia masih berada dalam kesedihan sebab kawan baik dia pergi sekali gus. Hidy doakan agar arwah mereka dirahmati Allah. Hidy harap kepada yang baca blog hidy ni, sedekahkanlah al-fatihah untuk arwah mereka. Moga mereka tenang di sana. Al-fatihah.





Memang pedih kalau kita kehilangan orang yang rapat dengan kita, kita yang tak berada di tempat mereka, pasti hanya akan berkata.."sabarlah..ajal maut di tangan tuhan..Allah lagi sayangkan dia"..Itu sahaja yang mampu diluahkan untuk menenangkan perasaan mereka walaupun sedikit. Hidy tahu pedih. Tapi hidy harap teman hidy sabar akan dugaan ini. Dalam tahun ini jer, dah beberapa orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia. Semoga teman hidy akan tetap tabah dan akan teruskan kehidupan seperti biasa. 


P/S: Dy minta maaf sebab dy tak tahu nak tolong macam mana. Tapi dy nak awak bersabar yer. Semua ini dugaan untuk kita yang masih hidup untuk menginsafi kehidupan kita. Walau apa pun, dy nak awak tahu dy sentiasa ada bila awak perlukan dy. Maafkan dy.