Klik Saya

Friday 21 October 2011

~Aku seorang CHEMIST~

Assalamualaikum....

Hye korang...hari ini rasa macam nak berceloteh pasal rutin harianku kini...Ramai member-member hidy yang memilih profesional menjadi seorang CHEMIST...Korang tahu tak chemist ni kerja macam mana? Hah...mesti korang rasa macam gempak habis kan...padahal takde maknanya pun...sama je...Hidy pun tak tahulah kenapa hidy excited sangat nak jadi chemist ni dulu...mentang-mentanglah dulu study ambil kimia...nak juga jadi chemist...Kalau ambil biologi confirm akan jadi BIOLOGIST kan...begitu juga kalo ambil fizik mesti jadi PHYSICIST kan...

Bagi Hidy jadi chemist memanglah best sebab hidy minat. Tapi sekarang dah tak berapa nak minat sebab kena kerja sorang-sorang...Bayangkan kerja dalam suasana yang sunyi jer..Mak aihhh...mahu mati hidy macam ni..Tapi alhamdulillah...hampir 9 bulan dah hidy menyandang jawatan sebagai seorang chemist...kalau cakap dengan korang yang bijak pandai ni mesti korang akan tahu pekerjaan ni...Tapi lagi..hehe...Cer makcik pakcik kat kampung tanya kerja apa...hah??? nak jawab apa?? Deme takdenya nak ngenal kerja chemist ni..deme je tahu pasal doctor, lawyer dan paling femes emes cikgu...Tiap kali soalan ini diajukan dekat hidy..hidy jenuh jugak nak mikiornya...eh...terloghat perak plak...hehe...

Selalunya bila orang kampung tanya hidy akan jawab pegawai kimia jer..kalau diorang tak faham hidy jawab pegawai sains...kalau lagi tak faham jawapan paling mudah hidy bagi, nak tahu apa?...SAINTIS beb...fuh...gila bapak terer hidy nak jadi saintis kan...Bukan apa..itu jer cara nak fahamkan mereka...Kita tak boleh salahkan mereka sebab profesion macam ni memang jarang orang nak tahu sangat..yela kami ni kerja di sebalik tabir je....Tapi..walau apa pun kerjaya ni memang sangat mencabar jugalah walau tak secabar seorang ENGINEER...diorang lagi pakar...lagi satu..pemahaman orang yang hidy noticed kan..kalau berkaitan dengan kimia ni mesti diorang akan kata kami ni belajar buat bom...hahahaaa...aduh...kalau betullah hidy belajar buat bom mahu kaya hidy macam ni...hehehehehe....

Okla...malas nak melalut tak tentu hala hidy nak sambung buat kerja dulu...Inilah pekerja berdedikasi..kerja leh siap update blog lagi.. Mahu kena buang kerja kalau bos tahu ni...hehehe....Jom tengok sikit apa mende hidy wat kat dalam lab....(^_~)


Mula melakukan try n error dalam setiap percubaan...hehehe...

1 comment:

Jammy Lee said...

Salam.. Very interesting post.. Tapi nak tanya sikit, kalau nak jdi chemist ni ap step dia ye? Mksud saya, dri matriks nak ambik course apa and all that. Cuz im really interested with this profession.. Im just not really clear with the step of becoming one.. Btw thanks in advance :)