Assalamualaikum...
Berapa orang dekat sini yang hubungan cinta jarak jauh??...Sila angkat tangan....V(*_*)V...Mesti rasa macam lamanya tak jumpakan. Susahkan nak jumpa sebab banyak faktor yang mempengaruhi. Sibuk dengan hal kerja lagi, duit tak cukupla, xda transportla dan macam2 lagi. Macam mana cara korang nak bondingkan cinta jarak jauh korang?? Orang cakap kalau bercinta jarak dekat ni (selalu jumpa) akan kekal lama. Betul ke??? Hurm...hidy rasa mungkin yer dan mungkin tidak..
Hidy nak kongsikan macam mana hidy kekalkan hubungan jarak jauh ni. (^_~)....
1. KEEP IN TOUCH DGN PASANGAN
Walaupun kita jauh tak bermaksud tak boleh berhubungkan. Cara paling cepat dan mesra adalah mendail nombor pasangan anda setiap hari. Itu paling afdal dan akan membuatkan korang rasa dekat je dengan pasangan korang.
2. INGATKAN DIRI ANDA UNTUK SETIA
Selalu ingatkan diri korang yang korang sudah berpunya dan mempunyai matlamat dalam hubungan korang. Tanamkan dalam diri korang kalau korang setia, pasangan korang pun akan setia. What you give, you will get back...Ingat janji korang.
3. TRY UNTUK JUMPA PASANGAN ANDA
Walaupun korang jauh, cuba usahakan dalam sebulan atau 2 bulan korang mesti jumpa dengan pasangan korang walaupun sekejap. Jangan sampai pasangan korang tak boleh nak ingat muka korang pula nanti.
4. FAHAMI PASANGAN ANDA
Ini yang paling penting dalam setiap perhubungan. Korang kena betul2 mengenali hati budi pasangan korang untuk kekalkan hubungan cinta korang. Di sinilah BONDING yang sebenar akan hadir dalam hubungan cinta korang.
5. TERIMA SEADANYA DIA
Terimalah pasangan korang dengan hati yang terbuka seperti mana dia menerima diri korang seadanya. Di mana pasangan korang masih terima korang walaupun korang dah bertambah berat badan dan jerawat di muka.
Ada lagi bonding untuk hubungan jarak jauh ni, hidy hanya kongsikan beberapa sahaja. Semoga hubungan jarak jauh ini akan terus mekar walaupun berpisah jauh beribu batu kerana kita tetap melihat matahari yang sama...(^_~)
P/S: Mahu jumpa sama Sang Arjuna...(^_~)V
No comments:
Post a Comment