Klik Saya

Saturday 19 November 2011

~Opah!!!! Angah rindu Opah~

Assalamualaikum...

Hye korang!!! Hari ini hari Sabtu. Yer hidy tahu korang semua tengah bersenang lenang di rumah ketika ini, mungkin ada yang bergelumang dengan bantal busuk mereka..hehe..Tetapi hidy masih di sini, masih bekerja demi mencari sesuap nasi. Apakan daya nasibku ini...Ok2..hidy terhiperbola seketika.. Walaupun hidy tak berapa sihat lagi hari ini, tapi hidy happy sebab lepas ni boleh pulang ke rumah terus...

Malam tadi hidy mimpi arwah Opah hidy. Hidy rindukan Opah. Hidy rasa sedih sangat masa nak bangun tidur pagi tadi. Mungkin ada yang tak tahu, arwah opah baru je meninggal dalam 4 bulan lebih dah. Kepada korang yang baca blog hidy ni, hidy pinta tolong sedekahkan al-fatihah untuk arwah Opah yer. Terima kasih korang. Moga Opah tenang di sana. Amin..

Walaupun Opah dah tiada di dunia, Opah tetap ada di hati hidy. Hidy sangat rapat dengan Opah. Opah tinggal 1 bilik dengan hidy. walaupun hidy tak selalu dok kat rumah sebab belajar kan ( asrama+matrik+uni) hidy cucu dia yang rajin sembang dengan dia. Waktu Opah sakit, opah pernah kata, "Seronok aku kau balik dayah" Hmmm...hidy macam tak boleh terima Opah dah takda dulu, Tapi sekarang hidy dah redha sebab hidy lagi tak sanggup tengok Opah menderita sebab serangan strok hari tu. Ajal maut ditangan tuhan kan? Kita yang masih bernafas ni pun masih tak tahu bila masa kita nanti. Cukupkah amalan kita nak dibawa ke sana nanti? Hidy takut sangat sebab hidy tahu hidy masih lagi tidak sempurna, masih hina lagi di sisiNYA. Moga kita semua akan taat kepadaNYA dan selalu merasa takut akan mati. 

Setiap hari hidy berdoa agar diberi kesejahteraan kepada orang yang hidy sayang moga mereka tidak pergi sebelum hidy kerana mereka sumber kekuatan hidy. Mungkin mereka yang tidak pernah merasa kehilangan akan berkata, bersabarlah..dan macam2 lagi kata semangat. Inilah kali pertama hidy merasa kehilangan yang teramat sangat. Hidy dah tiada Opah dah. Opah...angah rindu Opah. Angah akan sentiasa doakan Opah agar Opah tenang di sana yer. Al-fatihah.

Sorrylah korang hidy teremosional sedikit dalam entry kali ini. Mesti korang fahamkan sebab dengan blog ini cara hidy luahkan apa yang terpendam dalam hati hidy. Sorry again. Kita berhenti di sini dulu yer...





3 comments:

Myra Jay said...

innalillah, smoga opah hidy ditempatkan dikalangan org beriman.

Tolong komen banyak-banyak di "Contest Gadget Impian…"

AdaNaz87 said...

al-fatihah. semoga opah hidy ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. amin ya rabbal alamin.

jangan emosional sangat tau. orang cakap, kalau kita sayangkan seseorang yang telah pergi dalam hidup kita, sedekahkan al-fatihah dan doa kan untuk mereka. ((;

Miss Hidy said...

thanks korang..moga opah tenang disana..amin