Klik Saya

Monday 5 December 2011

~Al-Fatihah~

Assalamualaikum...

Hye semua!! Hidy takda apa nak buat malam ni. Mata pun rasa mengantuk dah. Selalu bila malam memang jaranglah hidy online. tapi disebabkan hidy kesunyian malam ni, on9 jugalah. Tengok berita2 semasa. Al-maklumlah..hidy ni jarang tengok berita..paper pun jarang nak baca..huhu..Selalu terlambat kalau ada pape kan.

Tadi, hidy tengok kat facebook, adik Khairul Fahmi Che Mat telah meninggal dunia akibat demam denggi tak salah hidy. Al-fatihah untuk arwah. Kawan teman hidy juga meninggal semalam. 3 orang sekali akibat kemalangan dengan lori. Hidy tak tahu nak bantu teman hidy macam mana..huhu..Dia masih berada dalam kesedihan sebab kawan baik dia pergi sekali gus. Hidy doakan agar arwah mereka dirahmati Allah. Hidy harap kepada yang baca blog hidy ni, sedekahkanlah al-fatihah untuk arwah mereka. Moga mereka tenang di sana. Al-fatihah.





Memang pedih kalau kita kehilangan orang yang rapat dengan kita, kita yang tak berada di tempat mereka, pasti hanya akan berkata.."sabarlah..ajal maut di tangan tuhan..Allah lagi sayangkan dia"..Itu sahaja yang mampu diluahkan untuk menenangkan perasaan mereka walaupun sedikit. Hidy tahu pedih. Tapi hidy harap teman hidy sabar akan dugaan ini. Dalam tahun ini jer, dah beberapa orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia. Semoga teman hidy akan tetap tabah dan akan teruskan kehidupan seperti biasa. 


P/S: Dy minta maaf sebab dy tak tahu nak tolong macam mana. Tapi dy nak awak bersabar yer. Semua ini dugaan untuk kita yang masih hidup untuk menginsafi kehidupan kita. Walau apa pun, dy nak awak tahu dy sentiasa ada bila awak perlukan dy. Maafkan dy.


4 comments:

cik pinaz said...

al-fatihah .. memang sedih .. sampai apa pun tak boleh nak buat time tu .. tapi kalau menangis je apa pun x dpt .. diri sendiri kena pujuk .. di sampin sokongn org sekeliling .. pnaz cakap berdasarkan pengalaman T.T

aReLaN said...

al-fatihah. ALLAH lebih sayangkan diorang. mati itu sesuatu yg pasti tp kte tak tau ble ajal kte.hmmm

Miss Hidy said...

@cik pinaz:ye betul tue...kalau kita hilang orng trsayng memang sgt sdih. kita kena betul2 redha baru perasaan utk menerima tkdir akan mudah.

Miss Hidy said...

@arelan: ajal maut memang di tangan tuhan. moga mereka di tempat dikalangan orang yg soleh. amin