Klik Saya

Friday 23 March 2012

KENAPA PASANGAN MEMILIH UNTUK BERPISAH?

Assalamualaikum...

Malam ini hidy macam nak kongsikan pendapat hidy mengenai percintaan yang putus di tengah jalan. Ramai kawan-kawan hidy yang berhadapan dengan masalah seumpama ini. Soalan yang terlintas di fikiran hidy ketika ini ialah KENAPA KEKASIH MEMILIH UNTUK BERPISAH?.

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi seperti ini? Tidak kira sama ada lelaki @ perempuan hidy rasa masing-masing pernah terfikir mengenai perkara ini kan? Apabila hidy tahu kawan hidy baru lepas putus dengan pasangan mereka soalan KENAPA KEKASIH MEMILIH UNTUK BERPISAH? terdetik di benak hati hidy.

 
Hati kita akan menafikan jika dia bukan orang yang kamu cari. Pintalah kepadaNYA,DIA maha mendengar..

Ada beberapa sebab yang hidy rasakan mengapa seseorang mengambil keputusan yang agak drastik seperti ini setelah bersama-sama mengharungi suka duka dalam percintaan.

1. Pasangan itu mula merasa ketidakselesaan dalam perhubungan

Walaupun hubungan yang terjalin telah bertahun-tahun pasti ada di mana situasi yang menyebabkan ketidakselesaan itu timbul. Dalam percintaan tidak semua pasangan menunjukkan sikap sebenar mereka 100%. Sikap yang agak jelas apabila pasangan itu mula mengelak apabila untuk dihubungi tidak kira sama ada mesej ataupun panggilan Apabila ketidakselesaan itu ada, maka jalan terakhir adalah mengakhiri sahaja perhubungan itu.

2. Pasangan kita ada orang ketiga

Situasi ini sering berlaku apabila perpisahan itu hadir. Tipulah kalau tiba-tiba sahaja pasangan kita berubah hati, sering mencari kesalahan kita walaupun kecil. Mesti ada orang ketiga yang mula menggoyah hatinya @ mencuit hati dia. Setiap orang mencari kesempurnaan dalam kehidupan tetapi hati yang telah diberi harapan agar sukar menerima hakikatnya. Jangan kita sakiti hati orang jika tidak mahu kita disakiti.

3. Pasangan kita tidak dapat memberi komitmen

Setiap yang bercinta semuanya mengimpikan hubungan itu berakhir dengan sebuah perkahwinan yang dihiasi dengan kasih sayang dan juga kebahagiaan. Jika kita telah bercinta bertahun-tahun lamanya akan tetapi pasangan kita tidak memberi sedikit pun  komitmen untuk menuju ke arah itu, mungkin kita akan rasa sedikit goyah dan mula memikirkan percintaan ini hanya sia-sia. Kebiasaanya apabila membicarakan soal komitmen ini, ia lebih tertumpu kepada kaum lelaki di mana mereka harus bersedia dari segi kewangan dan juga kerjaya. Kaum lelaki yang akan menjadi nakhoda dalam sebuah perkahwinan. Zaman sekarang ekonomi merupakan tunggak utama kebahagiaan sebuah perkahwinan.

4. Tidak mendapat restu keluarga

Setelah berusaha sedaya yang mampu tetapi masih tidak lagi mendapat restu keluarga pasangan kita mula merasakan perhubungan ini tidak akan kemana-mana kerana percaya tanpa restu keluarga sebuah perkahwinan itu tidak akan mendapat keberkatan. Tidak ingin merumitkan keadaan beserta pasrah dengan apa yang terjadi, pasangan itu percaya dengan takdir. Ada jodoh insyaallah tidak akan kemana. Indahnya percintaan jika semua orang gembira.

5. Pasangan masih tidak mahu berubah

Mungkin ada sikap pasangan yang tidak disenangi tetapi setelah dinasihati pasangan masih tidak berubah. Mungkin pasangan mula merasakan dia tidak akan ada masa depan yang bahagia jika sikap pasangan ini masih berterusan. Maka berpisah adalah jalan terakhir.

Banyak lagi sebab mengapa pasangan memilih untuk berpisah. Terlalu banyak yang hidy rasa tak mampu hidy kongsikan. Sedikit sebanyak hidy harap info ini dapat membantu mereka yang di dalam dilema sama ada ingin meneruskan perhubungan ataupun tidak. 

Bagi hidy, jika pasangan kita tidak dapat memberi komitmen seperti yang kita harapkan, janganlah kita sia-siakan masa kita. "Move on'".. Terdapat ramai lagi insan di luar sana yang boleh bagi komitmen seperti yang kita harapkan. Ramai yang mengatakan mencintai tak semestinya memiliki. Mungkin ianya benar tetapi selagi ada kemahuan untuk memiliki kita akan usahakan yang terbaik untuk membuktikan kasih sayang dan cinta kita kan? Jika ianya bukan jodoh kita maka redhalah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

"Simpan sedikit rasa sayang untuk diri sendiri agar kita tidak akan merasa sakitnya apabila kecundang dalam percintaan"

P/S: Let it go...Move on...Setiap orang berhak memilih...=)


 
Allah yang mengatur perjalanan hidup kita..Percaya kepadaNYA


5 comments:

msredcheesecake said...

Hati manusia mudah berubah.... Bukan pasangan saja, kekadang hati kita sendiri yang berubah.... Kena betulkan niat nak berpasangan.... Niat kerana Allah...

Miss Hidy said...

betul 2...walau apa pun dalam perhubungan biarlah keranaNYA...

aReLaN said...

hmmm...manusia memang dijadikan mudah merasa bosan ngan sesuatu kan.tapi dalam kes ni,harapnya kita tak mudah berubah.bercinta dan berkahwin pe sume bukan atas nafsu,barulah leh kekal kan.insya-ALLAH

Miss Hidy said...

betul 2...=)..moga hati tak berubah..=)

Unknown said...

cmne lak nk tnjukkan komitmen sdangkn kte mmg dh bg komitmen tggi kt dye...tgal bpe buln nk tnang,x sngka lak hbungan ptus..arap dye trima kte blik,p x sngka lak ada org ckp yg sy ni dh ada kkasih bru..ingt snang kew nk dpt kkasih bru bl harapan suma d bg kt dye...ntah la 2 alasan dye kew pe..xtaw nk wt pe dh..brusaha nk ok kan keadaan,p x sngka lak dye ckp sy ni dh ada bf bru..