Klik Saya

Friday 21 December 2012

~Alhamdulillah Syukur~

Assalamualaikum...

Di pagi Jumaat yang mulia ini, syukur terhadap Ilahi sebab telah mengurniakan sesuatu yang amat hidy harapkan. Terima Kasih Ya Allah..Hidy yakin dengan janji Allah. Allah tahu apa yang terkandung dalam lubuk hati kita walaupun kita tidak pernah zahirkan kepada sesiapa mengenainya. Syukur sangat.

Panggilan telefon tadi amat mendebarkan hidy. Hidy tidak menaruh apa-apa harapan pun sebab hidy pasrah dan redha jika ia bukan menjadi milik hidy. Alhamdulillah..Allah Maha Kaya..Dia makbulkan doa hidy setiap hari agar hidy lepas ujian yang sangat bermakna ini. Insyaallah, peluang yang ada ini, akan hidy gunakan sebaik mungkin. Semoga peringkat seterusnya hidy akan berjaya. Insyaallah.

Terima Kasih Ibu sebab sentiasa doakan angah dan sentiasa ada untuk angah. Terima Kasih.

Syukur...Alhamdulillah...



Wednesday 19 December 2012

~Permudahkanlah Ia YA ALLAH~



Assalamualaikum...

Agak lama hidy tidak mencoret di dalam blog ini. Hanya sekadar memerhati dari jauh untuk mengetahui siapa yang dah update entry sahaja. Rasa macam tidak perlu untuk berkongsi cerita lagi. Tetapi kali ini hidy rasa hidy perlu luahkan kerana hidy tidak tahu nak luahkan dekat siapa. Ianya terlalu peribadi hidy rasa.

Sekarang ini, hidy hanya menghitung hari, waktu demi waktu kian berlalu. Masa pun dah semakin suntuk. Masih tiada apa-apa berita lagi. Semoga semuanya dipermudahkanlah hendaknya. Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir yang hidy akan lalui. Moga semuanya berjalan dengan sempurna. Walaupun hati rasa macam resah, tetapi hidy tahu ini yang terbaik. Baik untuk semua pihak yang dah tahu mengenainya.

Insyaallah..Allah akan beri nikmat kepada mereka yang ingin menuju ke arah jalanNYA. DIA Maha Mengetahui apa yang berlaku dan akan berlaku. Percaya akan dirinya kerana DIA dah merancang yang terbaik untuk hambanya. Semoga hidy istiqomah hendaknya. Insyaallah.

Hidy yakin akan janji dia. Hidy yakin. Berikan daku kesempatan buat kali ini sahaja. Permudahkan segala urusanku YA ALLAH...amin