Klik Saya

Monday 31 October 2011

~Raya Haji ramai orang buat tak kisah jer!!!~

Assalamualaikum...

Hye korang...sihat?..harap sihat semuanya..amin..hidy dah lama dah nak update tapi takda masa untuk hidy nak feeling2 gitu...memandangkan hidy terlalu sibuk dengan hal-hal kerja hidy.maka entry ini hanya dapat dibuat sekarang...(uisshhh..feeling bz la kononnya kan...)...=P...ok tak tipu..hidy memang bz untuk jangka waktu seminggu ini...ececeh....cepatla sampai hari sabtu kan....

Pejam celik dah nak raya haji pula...Di kesempatan ini hidy nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL  kat korang semua..semoga raya haji tahun ini memberikan erti pengorbanan yang bermakna dalam hidup kalian semua..amin...Ok..hidy nak tanya sikit...kenapa bila raya aidilfitri orang panggil raya puasa dan bila raya adiladha orang panggil raya haji???? cer jawab siapa yang boleh bagi jawapan hidy belanja makan free kat kedai hidy...=)...Hidy dah ada jawapan tapi tak nak bagitahu lagi..=p...Fikir-fikirkanlah...hehe

Sebenarnya hidy nak kongsi pendapat korang semua mengenai raya haji ni? Hidy macam pelik, kenapa bila raya haji ni ramai orang buat macam tak kisah jer...tak sama langsung macam raya puasa..kalau raya puasa, habis licin licau rumah tue berkilat, tukar langsir barulah, buat baju rayalah...yang paling best kuih raya nun hah....berbalang-balang....bila raya haji semua buat endah tak endah jer... (ok..hidy memang terasa...huhu)

Korang semua rasa tak benda yang hidy rasakan ni? Wah!!!!  kalau korang pun rasa macam yang hidy rasa makanya kita ada chemistry la..tak ghitu...=D....hehe...Eh...hidy...cuba ko cakap tue macam orang yang berpelajaran sikit..ni sembang benda yang ntah pape kan...Ok2x...kita serius sikit bila berbicara pasal RAYA AIDIL ADHA ni yer...=)

Hari RAYA AIDILADHA dikaitkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail untuk dijadikan korban demi memenuhi perintah Allah S.W.T. Akan tetapi dengan kuasa Allah, kibas menjadi pengganti Nabi Ismail. Begitu besar kekuasaan Allah kan kalian?..Subhanallah...

Selepas sembahyang hari raya aidiladha, akan ada penyembelihan korban. Akan adalah lembu dan unta yang akan dikorbankan. Dulu hidy ada tengok lembu dikorbankan dekat masjid rumah hidy. Kebiasaanya di kampung hidy, kaum lelaki akan bergotong-royong menyembelih dan melapah daging lembu, dan kaum perempuan pula akan bergotong-royong untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Contohnya seperti kari daging..Aktiviti seperti ini memang akan merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk kampung. Selepas penyembelihan, akan adalah agihan daging untuk setiap penduduk kampung. 

Hah...nampak macam eduction tak entry hidy kali ini..=). Hidy rasa semua orang tahu pasal hari raya haji=korban ini. Dalam kehidupan seharian kita, berbagai-bagai pengorbanan yang saban hari kita lakukan, sama ada korban untuk diri sendiri ataupun korban untuk orang lain. Korban yang paling besar adalah korban seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Nasihat hidy untuk diri sendiri dan juga kalian semua, sayangilah ibu anda kerana tanpa mereka anda tidak dapat melihat keindahan ciptaan Allah ini. Sudah pasti tidak lupa korban seorang ayah yang tidak mengenal erti susah yang mencari rezeki untuk kesenangan ahli keluarganya. Korang semua pernah berkorban??? Korban dari segi apa??  Jangan cakap dekat hidy kalau korang katakan korban cinta macam Aris Ariwatan tue. hehe...

Oklah...Setakat ini je la entry hidy kali ini yer..hidy nak kongsikan beberapa gambar pada raya haji hidy pada tahun lepas...(^_~)




daging lembu yang dah siap digantung...



kepala lembu..=)




Proses nak melapah...


Hidy ada ambil video juga tetapi macam malas nak upload...=P...so kita tengok hari ahad nanti macam mana yer..=)


P/S: Pengorbanan penting dalam kehidupan kita walaupun kadang-kadang amat perit untuk kita hadapi. Selamat Hari Raya Aidiladha daripada hidy...





No comments: