Klik Saya

Thursday 10 November 2011

~Kenapa CINTA PERTAMA sukar dilupakan??~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua!! Petang ini angin sepoi-sepoi bahasa membelai sepi diri hidy. Bak kata orang, angin sepoi-sepoi bahasa...=)..Sedang hidy berjalan-jalan di blog tersohor blogger2 lain, ada satu entry blogger tue yang baru putus kasih. Hidy tumpang simpati akan keadaan sahabat hidy tue. Lumrah kehidupan, yang manis pasti ada yang pahitnya dan sebaliknya. Manusia tanpa cinta tidak akan sempurna kerana rasa cinta dan kasih ini yang megajar manusia untuk saling menyayangi antara satu sama lain. 

CINTA PERTAMA???? Semua orang memiliki cinta pertamakan? Jangan nafikan jika cinta pertama anda tidak berjaya. Jangan bersedih tetapi bersyukurlah kerana dengan cinta pertama itulah yang mengajar anda untuk menjadi lebih kuat. Hidy tak tipu. (^_~). Tak semua orang mempunyai episod cinta pertama mereka diakhiri dengan kebahagiaan. Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana derasan arus yang kuat yang menggoyahkan hubungan itu. Ada beza CINTA MONYET dan juga CINTA PERTAMA ini. Mesti ada yang menganggap cinta zaman persekolahan mereka itu sebagai CINTA PERTAMA mereka. Padahal cinta pertama adalah di mana seseorang itu merasakan dia bersedia untuk memberi sepenuh komitmen dalam percintaan yang sanggup mengharungi pelbagai onak dan duri. 

Kenapa CINTA PERTAMA ini sukar dilupakan? Anda masih mengingati si dia yang berjaya membuatkan anda berasa di awangan satu ketika dahulu? Kalau anda sekarang sudah berpasangan dengan orang lain, jangan sesekali kenangkan CINTA PERTAMA anda dahulu. Biarkan dia pergi terus dalam hidup anda. 

Sekali dia melangkah pergi, dia tidak akan kembali lagi..

Hidy tak nafikan CINTA PERTAMA ini amat pedih bila ia berakhir dengan perpisahan. Manakan tidak, kasih yang baru mula disemai dan disirami dengan cinta yang suci serta janji yang dimeterai dimungkiri. Ohhh...pedih memang pedih. Sehinggakan yang gemuk menjadi kurus dan yang ceria menjadi muram. Ada juga yang menjadi fobia akan cinta. 

Kenapa anda ingin menyeksa diri anda dengan kenangan yang lalu? Sedangkan dia terus berbahagia di saat dia melangkah pergi dari hidup anda. Hapuskan dia dalam kamus hidup anda dan mulakan hari barumu dengan semangat yang membara. Jom hidy kongsikan beberapa tips untuk lupakan CINTA PERTAMA yang membuatkan anda sakit hati:

1. Cuba bergaul dengan rakan yang lain agar anda tak merasa keseorangan. Di situ mungkin anda dapat mengenali hati budi seseorang.

2. Rela lepaskan si dia pergi untuk selamanya kerana dia bukan ditakdirkan untuk anda. Benar-benar lepaskan. 

3. Buang semua barang miliknya yang sebelum ini anda jadikan sebagai kenangan.

4. Pegang prinsip di mana, walaupun anda tak memilikinya lagi tetapi anda masih berpeluang untuk menyemai cinta bersamanya walaupun hanya seketika. Tiada jodoh di antara kalian. Cinta tak semestinya memiliki.

5. Berkongsi masalah anda dengan sahabat karib anda agar anda tidak merasa terbeban menanggung seorang diri. 

6. Percaya pada diri anda, bahawa keadaan sekarang akan menjadi lebih baik di mana akan hadir insan yang akan lebih menghargai diri anda.


Hidy doakan kepada mereka yang sedang berbahagia dengan cinta pertama mereka agar cinta ini dapat diakhiri dengan "AKU TERIMA NIKAHNYA...."...Amin ya robbal alamin.








No comments: