Klik Saya

Monday 28 November 2011

~Salam MaalHijrah 1433~

Assalamualaikum...




Selamat Tahun Baru, Salam MaalHijrah 1433. Alhamdulillah bersyukur kita sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas menyambut tahun baru bagi umat islam. Moga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua akan menjadi yang lebih baik daripada diri kita sebelum ini. Insyaallah. Amin.

Hidy tahu hari ini hampir semua pekerja sedang berehat-rehat di rumahkan. Alangkah bahagianya kalau kilang hidy ni pun cuti juga, Tapi jawapannya haruslah tidakkan. Demi sesuap nasi hidy teruskan juga bekerja pada hari ini. (padahal memang takde cuti pun..huhu)...

Hidy drive dari rumah tadi dalam pukul 6.30 pagi, agak sedikit kehairanan pada mulanya kerana jalan tersangatlah lengang, heaven jer waktu drive tadi tanpa perlu tergopoh gapah. Rupanya baru teringat hari ini cuti umum, dengan ,mata yang masih kengantukkan hidy pun drive la juga untuk menuju ke Sungai Siput.

Korang pernah kena speed trap tak? Hidy ni tak tahulah pernah kena ke tak, tapi hidy memang bawa kereta laju, semalam BFF hidy cakap jalan Ipoh-Lumut tu ada speed trap, ramai orang kena. Tapi macam pelikla, jalan dekat situ memang clear habislah kalau nak bawa laju. Hidy pun terpengaruh nak drive laju2 sebab semua orang bawak speed lebih drp 100km/j..hidy paling tinggi pun boleh lari 120 km/j..Kalau malanglah nasib hidy, haruslah dapat surat cinta nanti. Harap-harap janganlah kan. So, siapa dekat sini yang pernah kena? Mahal tak saman dia? huhu...rabak poket hidy lepas ni..

Ok2..tak nak cerita yang sedih2 dah. Sempena dengan tahun baru ini, hidy berazam untuk menjadi seorang yang bijak berbelanja dan pandai menabung. Hidy ni boleh dikatakan species yang boros, yela..selagi ada duit, selagi tuelah nak belanja. Harap2 hidy lebih bijak menguruskan kewangan hidy dan tidak terlalu mengikut kehendak daripada keperluan hidy sendiri. Semoga hidy akan berjaya. Amin.

Macam mana dengan azam korang pula? Moga2 kita semua berjaya merealisasikannya kan. Insyaallah...

K la, will update later k...Bye2x..(^_~)V




2 comments:

Cik tikah said...

salam maal hijrah hidy :)

Miss Hidy said...

salam maalhijrah cik tikah..=)