Klik Saya

Monday 2 April 2012

Kasih Ibu

Assalamualaikum..

Pengorbanan seorang ibu semestinya tidak akan terbalas oleh kita. Kasih seorang ibu membawa ke syurga. 9 bulan 10 hari di dalam perut kita dikandungkan. Ramai anak-anak yang lebih rapat dengan ibu mereka. Semalam baru hidy perasan, helaian rambut putih mula tumbuh di anak-anak rambut ibu. Baru hidy sedar yang ibu hidy sudah menginjak memasuki umur hampir pertengahan abad. Selama ini hidy rasakan ibu hidy tak pernah tua masih berumur di dalam lingkungan 40++ tahun. Sayu rasa hati bila mengenangkan segala susah payah seorang ibu.

Hidy bersyukur mempunyai seorang ibu yang sangat menyayangi hidy. Tanpa semangat ibu, hidy rasa tak mungkin hidy berada di tahap ini. Tanpa ibu hidy tak mungkin lahir di dunia ini dan tanpa ibu hidy tak mungkin dapat mengharungi perjalanan yang penuh onak dan duri. Ya Allah..Kau panjangkanlah umur ibuku dan ayahku dan berikanlah kepada mereka kesihatan yang sempurna dan kau murahkanlah rezeki kami sekeluarga.Amin.

Ibu sentiasa ada bila hidy ditimpa kesusahan. Ibu sentiasa ada ketika hidy memerlukan ibu. Ibu...Angah rindu ibu. Angah sayang ibu. Angah nak sentiasa gembirakan ibu kerana kegembiraan ibu adalah kegembiraan angah.
Tak dapat hidy bayangkan jika hidy kehilangan ibu hidy. Hidy anak yang paling rapat dengan ibu. Ibu tak pernah menghampakan hidy. Akan ditunaikan segala permintaan hidy jika dia berkemampuan. Tidak terbalas pengorbanan ibu oleh hidy. Allah yang maha mengetahui berapa banyak jasa ibu dan pengorbanan ibu terhadap anak-anaknya.

Ibu,

Maafkan angah jika seandainya angah pernah terkasar bahasa dengan ibu, mengguris hati ibu sebelum ini. Maafkan kami anak-anak ibu jika ada tingkah laku kami yang membuat ibu bersedih. Maafkan kami kerana tidak sedar yang ibu sudah semakin dimamah usia. Halalkan makan minum kami ibu. Kami janji kami akan sentiasa menggembirakan hati ibu dan abah. Tidak akan membuatkan ibu dan abah risau akan kami. Kami janji.

Kasih ibu,

Tiada apa dapat dibayar dengan kasih ibu. Tiada apa pun di dalam dunia ini yang mampu menggantikan kasih ibu. Hargailah ibu kita sebelum dia pergi meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkannya. Kucup tangan ibu dan dahi ibu kita agar kita sentiasa di dalam restunya. Renung mata dia sedalam-dalamnya dan kita akan lihat harapan di dalam anak matanya. Sesungguhnya kasih ibu dibawa ke syurga.



2 comments:

aReLaN said...

waaaa...saya sayang mak saya jugak.

Miss Hidy said...

i love my ibu so much...